Thursday 9 June 2011

Apa Itu Kurik Kundi

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa
.



Itulah pantun melayu yang mengambarkan kehalusan budi bahasa dalam masyarakat kita yang penuh dengan polemik.

Apa itu kundi dan apa itu saga?

Menurut kamus dewan,perkataan kurik bermaksud bintik-bintik.Disini dapat kita simpulkan bahawa pantun ini terhasil apabila orang tua-tua dahulu menggambarkan bahawa buah yang berbintik-bintik (kurik) itu ialah buah kundi manakala yang berwarna merah tu ialah buah saga.

Jika masih sangsi,boleh semak di : Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Namun,ada sesetengah pihak mengambarkan maksud berlainan dimana perkataan kundi itu sendiri membawa maksud peralatan bermain batu seremban dan perkataan kurik pula membawa maksud menguis buah kundi itu.Jangan pula tersilap menyebut kendi kerana membawa maksud cerek.Adakah kita nak mengorek cerek air?

Walau apa pun pembayangnya,maksud sebenar perlu difahami dimana perkara yang elok dibuat ialah berbudi disamping mengindahkannya lagi dengan bahasa yang sopan. 

6 comments:

  1. Permainan kurik kundi sepasang dengan permainan congkak yang menggunakan biji saga :)

    ReplyDelete
  2. Semakin saya membaca semakin saya sedar banyak yang saya tidak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi berhentilah membaca 😁

      Delete
  3. Yg kami faham kurik itu adalah warna, bila anak suka mandi sungai yg keruh, bila badan nya kering maka warna badan nya menjadi berkurik.. Kirim tu adalah warna kelabu macam cerek aluminium yg lama tu...

    ReplyDelete
  4. Pantun tu maksud kan yg kurik dan yg merah tu adalah warna benda, bukan perbuatan, kundi yg di maksudkan oleh admin adalah perbuatan iaitu permainan, saya lebih suka pilih kendi sbb warna kendi aluminium yg lama tu berwarna kurik sama warna badan Anak2 kampung suka main sawah, badan mereka jadi berkurik, bila di garu terbentuk garisan kelabu berwarna kurik..

    ReplyDelete
  5. Kurik itu bermaksud berbintik- bintik. Jadi buah yg berbintik-bintik itu buah kundi. Manakala buah yang berwarna merah ialah buah saga.
    Itu lh maksud pembayang pantun yang sebenar. Orang dulu-dulu mengbil unsur alam yang sebrenar sebagai rujukan. Mereka bukan pakai hentam saja utk menyedapkan pantun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...