Tuesday 2 September 2014

Wong Fei Hung - Ulama Islam, Tabib & Jaguh Kungfu Berbangsa Cina


Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata seorang muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib. Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Lee

SIAPAKAH SEBENARNYA WONG FEI HUNG...?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China. Wong Fei Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa Arab kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (Wushu / Kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu Wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini kemudian diwariskan kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan menjadikan Keluarga Wong sebagai idola mereka.


Thursday 17 July 2014

Sejarah Awal Palestin Dan Bani Israel


Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Seperti yang diceritakan di dalam al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya yang beriman sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut. Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.

Kita boleh baca sendiri di dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala dengan meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah. Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).

Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia. Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.


Sunday 18 May 2014

Ratu Isabella - Pemusnah Kerajaan Uthmaniah


Ratu Isabella dilahirkan pada Khamis, 22 April 1451  di bandar Murcia,  wilayah Madrigal di bawah pemerintahan  kerajaan Castile. Pada masa itu Sepanyol terbahagi kepada empat kerajaan iaitu  Castile yang terbesar, Aragon di bahagian sebelah utara Sepanyol sekarang, Granada di sebelah selatan dan Navarre di utara.

Siapa sangka Isabella semasa kecilnya seorang anak gadis yang comot pernah menderita  akibat kekejaman abang tirinya Raja Enrique akhirnya muncul sebagai tokoh yang paling berjasa di Sepanyol. Beliau dan suaminya Ferdinand berjaya menghapuskan pemerintahan Islam yang telah berkuasa di Sepanyol selama 800 tahun sehingga seolah-olah Islam tidak pernah wujud di Negara tersebut. 


Zaman kemuncak pemerintahan Sepanyol apabila kekuasaannya meliputi Negara  Jerman,  Belanda, Belgaria, Austria, Swiss, sebagian besar Italia, sebagian Perancis, Cekoslowakia, Poland, Hunggari,  Yugoslavia dan  sebagian besar daerah Amerika Selatan. Ternyata Ratu Isabella seorang  wanita yang bijak, berpandangan jauh, licik dan begitu fanatik terhadap agamanya. Apabila abang tirinya  Raja Enrique atau King Henry IV memaksanya berkahwin dengan Raja Portugal dengan tujuan politik bagi meluaskan pengaruhnya,  Isabella memilih  Ferdinand anak raja Aragon menjadi suaminya. Raja Enrique marah lalu menamakan anak perempuannya Yuana yang masih kecil sebagai pewaris takhta. 

Asal Usul Meriam Secupak Lada (Acheh)


Pada suatu ketika dahulu, Sultan Alauddin menghantar utusannya untuk menghadap Sultan Sulaiman di Istanbul. 

Di istana,

‘ Patik utusan Sultan Alauddin, datang ingin menghadap Duli Yang Mulia, Khalifah Sultan Sulaiman. Tujuan patik datang ke mari adalah untuk meminta pertolongan daripada kerajaan Tuanku berikutan ancaman Portugis di negara patik, Acheh. Dan bersama-sama patik, ada patik bawakan hadiah berupa lada (sangat berharga satu ketika dahulu) sebagai persembahan kepada tuanku.’

‘ Maafkan patik wahai utusan yang mulia. Yang Mulia Khalifah Sultan Sulaiman tiada ketika ini. Baginda sedang sibuk memimpin tentera-tentera Islam yang berjihad di Hungary sana.’

Kelihatan utusan tersebut tersangat kecewa kerana tiada peluang untuk bertemu dengan Khalifah. Masa berganti masa, hari berganti hari. Semakin lama menetap di Istanbul, semakin habis bekalan perbelanjaan mereka. Sehingga kedengaran pula, Khalifah Sultan Sulaiman mangkat, dan kemudian perlantikan khalifah yang baru dibuat. Ketika utusan Sultan Alauddin tersebut berniaga di pasar, dia didatangi oleh seorang lelaki,
 
‘ Laris sungguh jualan tuan hamba.’

‘ Terima kasih wahai orang yang mulia. Adakah tuan hamba berminat untuk membeli lada ini, namun hanya secupak yang tinggal  ‘

‘  Boleh juga. Berapakah harganya secupak ? ‘

‘ Sebelum patik memberitahu harganya, bolehkah tuan hamba perkenalkan diri ? ‘

‘ Sudah tentu. Beta Khalifah……..’

‘ Maafkan patik wahai khalifah yang mulia. Sebenarnya patik sudah lama menyimpan niat untuk berjumpa dengan tuanku. Lada yang patik bawa dari Acheh ini sebenarnya hadiah untuk tuanku dari kerajaan patik. Patik diutuskan oleh Sultan Alauddin untuk meminta pertolongan tuanku kerana ancaman Portugis di nusantara.’

‘ Beta terima hadiah ini wahai utusan yang mulia. Maafkan beta kerana tidak dapat berada ketika ada orang yang memerlukan bantuan beta.’

‘ Khalifah yang mulia, maafkan patik juga kerana hadiah sembahan dari negara patik hanya tinggal secupak. Terharu benar patik kerana tuanku masih sudi menerimanya.’

‘ Beta juga hamba Allah yang biasa walau utusan yang mulia. Beta akan perintahkan  tentera-tentera beta beserta meriam Turki, dan tukang yang mahir membuat senjata api dan meriam untuk mengikut tuan hamba pulang ke Nusantara. Adakah bantuan itu mencukupi ? ‘

‘ Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Melebihi dari cukup tuanku. Akan patik namakan meriam ini Meriam Lada Sicupak kerana tuanku telah memberi bantuan yang sangat banyak meskipun pertukarannya hanyalah secupak lada. Hanya Allah yang berhak membalas jasa tuanku, wahai khalifah yang mulia.’

‘ Beta tetap rasa bersalah. Kerana bantuan beta yang lewat ini. Moga Allah memberkati usaha kamu wahai utusan yang mulia.’

Hang Tuah Pahlawan Melaka


Generasi sekarang sudah ada yang tidak tahu kisah Hang Tuah atau mungkin kenal akan namanya saja tetapi tidak tahu sejarah hidupnya. Tidak mustahil nama pahlawan Melayu itu akan hilang dan pupus dari lipatan sejarah jika usaha menafikan kewujudannya itu berjaya. Akibatnya generasi Melayu akan datang tidak mempunyai pahlawan yang dibanggakan.

Setelah Melaka ditakluk Portugis maka segala khazanah melayu termasuk kitab-kitab agama dan sejarah telah dirampas lalu di bawa balik ke negara mereka. Ada pula yang mengatakan kapal yang membawa khazanah itu telah karam di selat Melaka (Flor De La Mar).





Kerana itu antara sumber rujukan kita yang masih ada ialah Sulalatus al Salatin iaitu Pertuturan Segala Raja-raja (Sejarah Melayu) ditulis oleh Tun Seri Lanang. Tuhfat al-Nafis (Sejarah Melayu dan Bugis) karangan Raja 'Ali-al-Haji Riau dan buku Sejarah Melayu naskah Raffles No. 19 atau naskhah Shellabear (naskah Munshi Abdullah).

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. ) Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.


Thursday 24 April 2014

Pulau Nangka - Harta Di Dalam Gua Milik Siapa?


Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini. Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).


"Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar," katanya.
Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.

"Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata ketua menteri.

Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus. Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun. Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas. Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta "bantuan kerohanian" sebelum melaksanakan usaha mereka. Antara perkara-perkara yang mereka "bersetuju" adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat.


Mistik : Siapa Itu Dajjal?


Dajjal berasal dari kata Arab lazim, digunakan bagi merujuk "nabi palsu". Tetapi "Al-Dajjal", merujuk kepada "Si Penyamar", satu pembohong spesifik sebelum datangnya Hari Kiamat. Istilah Al-Masih Ad-Dajal (Bahasa Arab untuk "Si Masih Palsu") adalah terjemahan berkait dengan istilah bahasa Syria "Meshiha Deghala", dimana telah menjadi kosa kata lazim di Timur Tengah selama lebih 400 tahun sebelum penurunan Al-Quran, melalui Peshitta (dimana menggunakan istilah ini sebalik dari Greek "antichristos").

Dajal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Tuesday 22 April 2014

Israel, Yahudi Dan Zionis - Apa Bezanya?


Definisi Yahudi berdasarkan al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menggunakan perkataan ‘Yahudi’ atau ‘Bani Israel’. Ramai ulama’ termasuklah Yusuf Qardhawi mengatakan bahawa istilah Ahli Kitab di dalam al-Quran merujuk bukan sahaja kepada orang Yahudi (orang Kristian) yang sebelum dan semasa zaman Rasulallah saw. Tetapi jua merujuk kepada orang Yahudi (dan orang Kristian) yang masih hidup pada zaman sekarang.

Namun, terdapat kekeliruan sebenarnya siapakah yang boleh dikatakan sebagai ahli kitab di kalangan mereka yang mengaku diri sebagai Yahudi pada hari ini. Ini kerana Yahudi yang hidup pada hari ini telah berpecah kepada banyak kumpulan. Sebagai contoh, terdapat Yahudi Ithaca, Yahudi Ashkenazi, Yahudi Sephardim, Yahudi Mehrazim, Yahudi Ultra Orthodox, dan ramai lagi. Adakah mereka yang telah berpecah kepada banyak kelompok ini masih lagi dapat dikelaskan sebagai Yahudi tulen atau adakah di kalangan mereka yang tidak layak digelar sebagai ahli Kitab?

Satu lagi persoalan ialah adakah Yahudi atau pun ahli Kitab yang dimaksudkan dalam al-Quran juga termasuk dalam golongan atheis yakni mereka yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan serta kepada kitab-kitab suci? Bagaimana kita dapat menggelar mereka sebagai ahli kitab jika mereka tidak yakin dengan kitab-kitab suci seperti Injil, Taurat dan Zabur?  Ini merupakan satu lontaran soalan yang penting kerana  berdasarkan kepada satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa 48% atau kurang daripada separuh daripada golongan Yahudi di Amerika percaya tentang ketuhanan dan hanya 24% yang benar-benar yakin tentang kewujudan Tuhan. Justeru, adakah ayat-ayat al-Quran tentang ‘ahli-ahli kitab’ dan ‘Yahudi’ merujuk kepada golongan yang langsung tidak beramal dengan ajaran Yahudi?

Friday 18 April 2014

Mers-CoV : Virus Selsema Membawa Maut


PENYELIDIK di Britain dan Arab Saudi mendakwa sehingga kini mereka gagal menemui jawapan bagaimana Virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) tersebar secara meluas di rantau Timur Tengah dan beberapa negara Barat.

Menerusi laporan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, saintis menyatakan mereka telah melakukan penyelidikan ke atas sampel yang diambil daripada 21 pesakit di Arab Saudi.
Mereka turut mengecualikan kelompok kes di bandar timur al-Hasa dan hanya memberi tumpuan terhadap penyebaran wabak itu di ibu negara Saudi.

"Keputusan kajian ini jelas menunjukkan Riyadh sebagai pusat utama penyebaran virus pembawa maut itu dan ia hanya merebak sekali sekala ke kawasan lain," jelas laporan itu lagi.


Penyelidikan tersebut juga sekali lagi mengulangi teori bahawa virus Mers-CoV itu mungkin disebarkan oleh haiwan kepada manusia.

Sejarah genetik virus itu menunjukkan jangkitan berulang telah berlaku, namun sumber utama virus tersebut yang menjangkiti haiwan masih tidak dapat dikenal pasti hingga kini.

Tuesday 15 April 2014

Mistik - 6 Kelemahan Jin


Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39.
“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

Mistik - 10 Perkara Mengenai Jin


1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).

5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

Friday 11 April 2014

#MH370 - 'HITCH' Nama Perampasnya?


Kenyataan yang dikeluarkan di dalam laman web The Voice Of Russia pada 8 April 2014 yang lepas. Sumber ini dikatakan rapat dengan agensi risikan Russia (FSB). Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines MAS MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...