Monday, 3 February 2014

Makhluk Sebelum Nabi Allah Adam A.S

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah:30)


Jika anda antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, anda juga adalah salah seorang diantara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah Adam as. Kemungkinan ramai tidak sedar akan hakikat itu.

Ahli keilmuan arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang ini kita berada di tahun 2013, ini bermakna tamadun Mesopotamia berusia sekitar 6013 tahun yang lalu.

4000BC + 2013AD= 6013 tahun.

Dikatakan Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan adalah agama Hindu Kuno telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu Kuno terawal dibentuk, sehingga kini pun tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu Kuno ini.

Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu Kuno yang pada mula-mula ia diasaskan pada asalnya agama tauhid berubah menjadi agama pemujaan kepada dewa-dewa. Sepertimana juga agama lain, kecuali agama Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian.

Disebabkan agama Hindu Kuno adalah agama tertua di dunia, ahli keilmuan arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun kuno purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Kitab Veda dan itulah yang berlaku sekarang ini.




Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Rahib-rahib daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya diturunkan ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mahluk manusia Adam mengisi populasi bumi dan memulakan kitaran tamadun sejarah manusia itu sehingga kini.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah mahluk pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa sudah ada ‘Adam’ lain yang telah wujud sebelum Adam bapa kita ini. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita ini, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga setengah ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi ini dan daripada bumi.




Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang melampau. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229). Ada kemungkinan hal ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci.

Jika dari awal tadi diberkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Mungkin ada yang akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu.

Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum mahluk bangsa manusia.

Ahli keilmuan arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada sekitar 65 juta tahun yang lampau. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur. Tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli keilmuan arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.




Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan itu 65 juta tahun yang lampau. Berbanding dengan permulaan tamadun mahluk bangsa manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan jarak langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur. Seperti di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka dia adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.

Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Persoalannya bagaimana pula tarikh permulaan kehidupan Dinosaur...? Bagaimana pula dengan usia umur Bumi...? Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat kehidupan mahluk-mahluk sebelum turunnya Nabi Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah anta membaca atau mendengar kuliah ceramah agama tentang perdebatan antara malaikat dan Allah swt ketika hendak mencipta Adam as?



Surah Al-Baqarah ayat ke 30.

Baris ayat "...orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah..." daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia sifat masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.

Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada hampir disisi Allah tapi jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Di hijabkan Allah dan sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah untuk perjalanan setiap makhluk-Nya. Jadi bagaimana malaikat boleh mengetahuinya...?

Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan suatu mahluk sebelum penciptaan Adam as. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam dan keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum mahluk bangsa manusia Adam yang telah diturunkan ke bumi dengan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam as berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun lama kelamaan mereka derhaka kepada aturan syariat Allah swt waktu itu dan selepas dimelimpahkan kenikmatan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat keengkaran kebiadapan mereka menyekutukan Allah. Maka Allah swt telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ penghapusan sebahagian dari mereka sehingga tidak tertinggal melainkan sedikit bilangannya.




Menurutnya MID perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka sebelum Adam. Beberapa manuskrip lama dari Sweeden turut menjadi bukti walau bagaimana pun ia masih didalam perdebatan para cendekiawan. Adakah benar selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian dari itu muncul pula tamadun bangsa jin...?

Disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak cucu Adam.

Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang dari 12 puak Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'...?



MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh;

“Sebelum Nabi Adam as turun ratusan ribuan tahun bumi ini telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga ada syariat agama tauhid iaitu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga ada diantara mereka yang engkar terhadap ketetapan seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya peperangan ledakan bom-bom atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Nabi Adam as diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para bangsa Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang ini ialah peninggalan suatu mahluk bangsa kuno.

Wallahualam.

5 comments:

  1. Assalamualaikum wr.wb,
    memang benar ada makhluk nyata sebelum nabi adam, mereka suka saling merusak dan membunuh.
    pada surat Al baqarah ayat 30
    Allah telah berfirman,
    “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:’Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi . Mereka bekata:’Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ” (QS.Al-Baqarah: 30).

    Makhluk sebelum adam ini tidak mempunyai hati dan juga tidak berakal.

    kita lihat lagi firman Allah pada surat Al baqarah ayat 33,
    Dan (ingatlah)Allah berfirman: “Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini”. Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: “Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?” ( Qs Al Baqarah : 33 )

    ternyata bahwa Adam adalah seorang manusia yg mempunyai hati dan bijak, tidak seperti makhluk sebelumnya yg di sangkakan oleh para malaikat.

    Apabila makhluk pertama yg tinggal dimuka bumi ini sebelum adam Adalah jin,adalah tidak mungkin, karena jin punya hati dan akal juga seperti kita.walaupun jin adalah makhluk kasat mata.mereka tidak dapat merusakkan bumi apalagi menumpahkan darah dimuka bumi ini.
    seperti firman Allah pada alquran surat Al A'raaf ayat 179..Jadi makhluk pertama adalah makhluk yg tidak punya hati dan bodoh.Makhluk ini adalah makhluk purba bukan manusia purba..

    wassalamualaikum wr.wb,

    sayyid






    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara yang sudi memberi komen

      Delete
  2. GOLONGAN DAT ADALAH PERTAMA YANG WUJUD DIBUMI INI ATAU JUGA DIKENALI SEBAGAI MANNUS IAITU PARA- PARA(LELAKI) DAN PARI- PARI (PEREMPUAN)DAN MEREKA INI SAMA DENGAN MANUSIA TETAPI TIDAK BERNAFSU DAN TIDAK ADA MANUSIA YANG DAPAT MENGENALI MEREKA INI DAN HANYA KALANGAN NABI SERTA RASU SAHAJA YANG DAPAT KENALI MEREKA ..KENAPA KALANGAN DAT INI PERTAMA WUJUD DI BUMI..SESUNGGUNHYA DAT INILAH SEBAGAI ‘YANG CIPTA’ IAITU YANG MEMBAWA BENIH AKIK(LELAKI) DAN BENIH ATIT(PEREMPUAN) IAITU BENIH MANUSIA SEBENAR UNTUK KANDUNGAN DI LUAR RAHIM ATAU KANDUNGAN BAYI TABUNG UJI YANG KITA SEDIA MAKLUM DI ZAMAN INI DAN SECARA LANGSUNG MEREKA INI AKAN MENJAGA MANUSIA SEBENAR SEBAGAI IBU BAPA DAN SETELAH ADA MANUSIA SEBENAR DI BUMI INI SELAMA 42 TAHUN MAKA LAHIRLAH UTUSAN PERTAMA IAITU NABI ADAM DAN 7 TAHUN KEMUDIAN LAHIRLAH PULA SITI HAWA DARIPADA GOLONGAN JIN ATAU JIENNEIY YANG JUGA SEBAGAI PERANTARA PERTAMA BAGI NABI ADAM SERTA RASU HAWA SEBAGAI PEMBAWA WAHYU PERTAMA IAITU KITTAB NUSYIL..INILAH KISAH SEBENAR YANG DAPAT DITERIMA OLEH OTAK SERTA AKAL WARAS KITA DAN KITA MANUSIA SEBENARNYA BUKAN ANAK CUCU NABI ADAM DAN HAWA KERANA KITA AMAT BERBEZA DARI RUPA PARAS SERTA WARNA KULIT MALAH FIZIKAL PUN TIDAK SAMA..KERANA MANUSIA BERASAL DARIPADA ZARAH DAN KALANGAN NABI SERTA RASU (ISTERI) DARIPADA SARAH DAN KETUA NABI ADALAH DARIPADA ZAT MAKA ADA 4 PERBEZAAN MANUSIA DI BUMI INI IAITU DARIPADA DAT(KALANGAN MANNUS),ZAT(KETUA NABI),SARAH(KALANGAN NABI SERTA RASU) DAN ZARAH(KALANGAN MANUSIA SEBENAR)..SEBENARNYA ADA SEORANG NABI YANG WUJUD SEBELUM NABI ADAM IAITU MAKHLUK YANG HIDUP DI BULAN YANG TELAH KIAMAT BAGINYA IAITU KETUA NABI MAKHLUK BULAN YANG HIDUP DALAM SURGA DAN SETELAH SAMPAI MASA DITETAPKAN TUHAN MAKA TURUNLAH KETUA NABI BULAN KEBUMI SETELAH WUJUDNYA GOLONGAN DAT ATAU MANNUS DI BUMI SEBELUM ADANYA MANUSIA SEBENAR DAN SELAMA 84 TAHUN KETUA NABI BULAN BERADA DI BUMI SEBAGAI NABI SAMPINGAN SEBELUM LAHIRNYA NABI ADAM SEHINGGA NABI ADAM BERUMUR 42 TAHUN IAITU SETELAH SELESAI KITTAB PRTAMA NABI ADAM MAKA WAFATLAH KETUA NABI BULAN SERTA ISTERINYA DI BUMI INI..SEBAB ITULAH SETIAP KETUA NABI DI CIPTAKAN DARIPADA ZAT..BEGITULAH SETERUSNYA APABILA KIAMAT BUMI INI MAKA AKAN ADA PULA MAKHLUK YANG SEPERTI MANUSIA YANG HIDUP DI PLANET ATAU DUNIA LAIN DAN BEGITULAH KETUA NABI BUMI PULA AKAN TURUN DARI SURGA KEDUNIA MAKHLUK SELEPAS MANUSIA SEBAGAI NABI SAMPINGAN PERTAMA SEBELUM WUJUDNYA NABI PERTAMA BAGI MEREKA..ITULAH SIFAT ZAT YANG SESUAI UNTUK DUNIA AKAN DATANG..SEKIAN SALAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...satu info yang menarik saudara kongsikan. Jazakallah

      Delete
    2. Sebenarnya dinasour itu sendiri adalah keturunan jin.bila matinya dinasour semuanya menjadi minyak sbgai bhn api kita hari ini.dinasour adalah jin sbb dijadikan dri api yang menyala dan mati menjadi menjadi minyak sbgai yg mwnjadi bahan bakar api.kita manusia dijadikan dr tanah dan mati pun menjadi unsur tanah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...