Thursday, 24 April 2014

Pulau Nangka - Harta Di Dalam Gua Milik Siapa?


Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini. Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).


"Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar," katanya.
Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.

"Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata ketua menteri.

Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus. Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun. Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas. Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta "bantuan kerohanian" sebelum melaksanakan usaha mereka. Antara perkara-perkara yang mereka "bersetuju" adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat.


Mistik : Siapa Itu Dajjal?


Dajjal berasal dari kata Arab lazim, digunakan bagi merujuk "nabi palsu". Tetapi "Al-Dajjal", merujuk kepada "Si Penyamar", satu pembohong spesifik sebelum datangnya Hari Kiamat. Istilah Al-Masih Ad-Dajal (Bahasa Arab untuk "Si Masih Palsu") adalah terjemahan berkait dengan istilah bahasa Syria "Meshiha Deghala", dimana telah menjadi kosa kata lazim di Timur Tengah selama lebih 400 tahun sebelum penurunan Al-Quran, melalui Peshitta (dimana menggunakan istilah ini sebalik dari Greek "antichristos").

Dajal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Tuesday, 22 April 2014

Israel, Yahudi Dan Zionis - Apa Bezanya?


Definisi Yahudi berdasarkan al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menggunakan perkataan ‘Yahudi’ atau ‘Bani Israel’. Ramai ulama’ termasuklah Yusuf Qardhawi mengatakan bahawa istilah Ahli Kitab di dalam al-Quran merujuk bukan sahaja kepada orang Yahudi (orang Kristian) yang sebelum dan semasa zaman Rasulallah saw. Tetapi jua merujuk kepada orang Yahudi (dan orang Kristian) yang masih hidup pada zaman sekarang.

Namun, terdapat kekeliruan sebenarnya siapakah yang boleh dikatakan sebagai ahli kitab di kalangan mereka yang mengaku diri sebagai Yahudi pada hari ini. Ini kerana Yahudi yang hidup pada hari ini telah berpecah kepada banyak kumpulan. Sebagai contoh, terdapat Yahudi Ithaca, Yahudi Ashkenazi, Yahudi Sephardim, Yahudi Mehrazim, Yahudi Ultra Orthodox, dan ramai lagi. Adakah mereka yang telah berpecah kepada banyak kelompok ini masih lagi dapat dikelaskan sebagai Yahudi tulen atau adakah di kalangan mereka yang tidak layak digelar sebagai ahli Kitab?

Satu lagi persoalan ialah adakah Yahudi atau pun ahli Kitab yang dimaksudkan dalam al-Quran juga termasuk dalam golongan atheis yakni mereka yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan serta kepada kitab-kitab suci? Bagaimana kita dapat menggelar mereka sebagai ahli kitab jika mereka tidak yakin dengan kitab-kitab suci seperti Injil, Taurat dan Zabur?  Ini merupakan satu lontaran soalan yang penting kerana  berdasarkan kepada satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa 48% atau kurang daripada separuh daripada golongan Yahudi di Amerika percaya tentang ketuhanan dan hanya 24% yang benar-benar yakin tentang kewujudan Tuhan. Justeru, adakah ayat-ayat al-Quran tentang ‘ahli-ahli kitab’ dan ‘Yahudi’ merujuk kepada golongan yang langsung tidak beramal dengan ajaran Yahudi?

Friday, 18 April 2014

Mers-CoV : Virus Selsema Membawa Maut


PENYELIDIK di Britain dan Arab Saudi mendakwa sehingga kini mereka gagal menemui jawapan bagaimana Virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) tersebar secara meluas di rantau Timur Tengah dan beberapa negara Barat.

Menerusi laporan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, saintis menyatakan mereka telah melakukan penyelidikan ke atas sampel yang diambil daripada 21 pesakit di Arab Saudi.
Mereka turut mengecualikan kelompok kes di bandar timur al-Hasa dan hanya memberi tumpuan terhadap penyebaran wabak itu di ibu negara Saudi.

"Keputusan kajian ini jelas menunjukkan Riyadh sebagai pusat utama penyebaran virus pembawa maut itu dan ia hanya merebak sekali sekala ke kawasan lain," jelas laporan itu lagi.


Penyelidikan tersebut juga sekali lagi mengulangi teori bahawa virus Mers-CoV itu mungkin disebarkan oleh haiwan kepada manusia.

Sejarah genetik virus itu menunjukkan jangkitan berulang telah berlaku, namun sumber utama virus tersebut yang menjangkiti haiwan masih tidak dapat dikenal pasti hingga kini.

Tuesday, 15 April 2014

Mistik - 6 Kelemahan Jin


Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39.
“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

Mistik - 10 Perkara Mengenai Jin


1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).

5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

Friday, 11 April 2014

#MH370 - 'HITCH' Nama Perampasnya?


Kenyataan yang dikeluarkan di dalam laman web The Voice Of Russia pada 8 April 2014 yang lepas. Sumber ini dikatakan rapat dengan agensi risikan Russia (FSB). Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines MAS MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.
 

Monday, 7 April 2014

Flor De La Mar - Tenggelam Bersama Harta Kesultanan Melaka


Flor de la Mar, Frol de la mar, atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal nau milik Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan, kapal ini direkodkan telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511. Kapal tersebut dibuat di Lisbon pada 1502. Pelayaran pertamanya adalah dibawah arahan pengemudian Estavao de Gama (abang kepada Vasco De Gama). Namun pada pelayaran kedua, kapal ini telah dibawa ke India oleh pihak Portugis pada tahun 1505. Pada pelayaran balik, ia telah belayar disekeliling pantai Tanjung Harapan sebelum kembali ke Mozambique untuk diperbaiki. Selepas dibaiki, Ia menyertai ekspedisi penjajahan Ormuz pada tahun 1507. Juga mengikuti ekspedisi pertempuran Diu pada tahun 1509, berjaya menawan Goa pada tahun 1510.

Kapal Flor de la Mar juga turut menjadi saksi tentang pelayaran Alfonso De Albuquerque, apabila beliau kembali dalam kejayaan menawan kota Melaka pada 1511, dimana kapal tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk berdozen-dozen emas, tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound untuk Raja Portugis. Namun dalam pelayaran akhir tersebut, kapal ini telah karam dan tenggelam di Selat Melaka. Atas sebab itu kehilangannya terus menjadi misteri, dan hak empunya bangkai yang masih belum dijumpai masih kekal menjadi kontroversi. Replika kapal telah diwujudkan dan diabadikan sebagai rumah pameran untuk Muzium Maritim di Melaka, Malaysia sehingga ke hari ini.

Thursday, 3 April 2014

24 Nabi Palsu Dari Zaman Jahiliyah Hingga Kini



Seperti yang wajib dipercayai oleh umat Islam, utusan Allah S.W.T atau nabi hanya ada 25 orang yang wajib kita ketahui dan Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir dan tidak akan ada lagi nabi-nabi lain selepas Baginda..Namun, masih ada lagi golongan manusia yang mengaku sebagai Nabi dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Berikut ialah 24 individu diantara beratus lagi yang mengakui diri mereka nabi Allah. Nak tahu siapa mereka ini, meh usha kat bawah..


1. Lia Aminuddin (Lia Eden)
Pengasas agama Salamullah (kaum Eden) dimana mempercayai semua agama adalah benar. Dilahirkan di Surabaya,Jawa Timur. Mengaku menerima wahyu dari malaikat Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dia juga menganggap dirinya boleh meramalkan hari kiamat. Dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung.


2. Ahmad Mukti 
Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa.


3. Dedi Mulyana (Eyang Ended)
Berasal dari Banten dan merupakan ‘nabi’ yang berkelakuan aneh. Mengaku memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut. Telah merogol lebih 30 wanita untuk ritual agamanya. Dia juga mendakwa boleh mengubat pelbagai jenis penyakit dan meramalkan Tsunami.

Restoran The New Lucky - Bersarapan Di Sebelah Kubur


Ingin makan bersama dengan mayat? Ada sebuah restoran di Ahmedabad, India, di mana anda boleh melakukan hal itu. Restoran The New Lucky dibina di atas tanah perkuburan Muslim dan dikelilingi sekitar 12 kubur terletak di antara meja dan kerusi. Alih-alih memindahkan  kubur, pemilik restoran, Krishan Kutti ingin mempertahankan kubur sebagai tanda penghormatan. Perkerja  restoran membersihkan dan meletakkan bunga segar pada kubur setiap pagi. Kubur juga dilindungi oleh pagar logam untuk mencegah orang menyentuh.




P/S : agak-agaknya,restoran ni malam jumaat dibuka sampai jam berapa ye?

#MH370 - Perkataan 'Berakhir" Pilihan Terbaik

 Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang ketika menyampaikan taklimat dan sidang akhbar kepada wakil media tempatan di Kedutaannya di sini. Foto Bernama

Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang. Bercakap dalam sidang akhbar di kedutaan China di sini hari ini, Huikang mempertahankan perkataan yang digunakan oleh Najib dalam usaha bagi mengelakkan makna yang mendatangkan keburukan dalam kalangan anggota keluarga penumpang.

"Saya faham, Najib berhati-hati memilih perkataan "berakhir" daripada jatuh, terhempas atau tiada siapa yang terselamat kerana jika beliau memilih perkataan itu ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada anggota keluarga .

"Anggota keluarga (warga) China masih berharap orang yang mereka sayangi masih selamat," katanya.


Wednesday, 2 April 2014

#MH370 - Tiada Perbualan Pelik Dalam Rekod Transkrip


“Transkrip ini dikongsi bersama dengan keluarga penumpang. Tiada perkara yang pelik direkodkan dalam transkrip” - Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Tiada perkara pelik yang direkodkan di dalam transkrip perbualan di antara pesawat Malaysia Airlines MH370 dan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) di Subang, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata, transkrip itu menunjukkan perbualan terakhir yang direkodkan pada 1.19 pagi. 

“Transkrip ini dikongsi bersama dengan keluarga penumpang. Tiada perkara yang pelik direkodkan dalam transkrip,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataannya hari ini. Bagaimanapun, Hishammuddin menjelaskan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat transkrip tersebut untuk memastikan sama ada perbualan tersebut dibuat oleh juruterbang ataupun pembantunya. 

“Malaysia Airlines (MAS) sebelum ini berkata, mereka mengenal pasti suara itu adalah milik pembantu juruterbang. “Polis kini sedang berusaha untuk mengesahkan perkara itu, dan penyiasatan forensik terhadap rakaman asal sedang dilakukan,” katanya. 

Selain itu, pasukan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia masih berpendapat pergerakan pesawat tersebut telah dilakukan dengan sengaja oleh seseorang yang berada di dalam pesawat tersebut. “Pasukan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia berpendapat, sehingga hari ini ketika pesawat hilang dari radar ‘primary’ tentera, pergerakan pesawat MH370 disengajakan oleh individu dalam pesawat,” ujarnya. 

Berikut adalah transkrip penuh perbualan di antara pesawat Malaysia Airlines MH370 dan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) di Subang:

#MH370 - Kata-Kata Terakhir Pembantu Juruterbang


"HABIS LAH! Kita akan terhempas. Ini tidak mungkin terjadi!" kata salah seorang pembantu juruterbang.

"Tapi, apa yang berlaku?" balas seorang lagi pembantu juruterbang, beberapa saat sebelum pesawat 330 Airbus milik Air France menjunam ke Lautan Antlantik, yang mengorbankan 228 nyawa pada 1 Jun 2009.

Perbualan akhir dalam kokpit dengan situasi cemas dan takut itu diperoleh hasil transkrip daripada kotak hitam pesawat yang ditemui selepas dua tahun kejadian tersebut berlaku. Menerusi analisis terhadap kotak hitam tersebut, Biro Penyiasatan dan Analisis Perancis (BEA) menggambarkan keadaan di dalam kokpit Pesawat 447 Air France itu dalam situasi huru-hara serta kekeliruan juruterbang hingga membawa kepada kemalangan.


Pesawat 447 yang sepatutnya terbang selama 11 jam ke Paris dengan membawa 216 penumpang dan 12 anak kapal itu terhempas semasa merentasi kawasan ribut di Lautan Atlantik setelah empat jam berlepas dari Lapangan Terbang Tom Jobimi, Rio de Janeiro, Brazil. Sehingga kini, hanya perbualan antara juruterbang, Kapten Marc Dubois, 58, dan dua pembantu juruterbang, David Robert, 37 tahun dan Pierre Cedric Bonin, 32, berjaya dianalisis keluar dari kotak hitam.

Video Kantoi Dengan Bini Dalam Bas,Rupanya Hanya Lawak April Fool?


Pasti ramai yang telah menonton video yang kelihatan datangnya dari negara jiran kita Singapura berdurasi sekitar 2 minit yang kemudiannya disambung dalam bahagian ke 2 juga sekitar 2 minit, menjadi trending atau viral di media sosial. Situasi dimana seorang isteri (kelihatan seperti wanita umur pertengahan) memarahi suaminya di khalayak ramai,di dalam pengangkutan awam,kononnya si suami ini telah bermain kayu tiga dimana kelihatan juga seorang wanita muda disampingnya.


Tuesday, 1 April 2014

#H370 - Kotak Hitam Akan Sukar Dikesan Seminggu Lagi


Selepas 24 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi. Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi. Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir.




FREEMASON (part 2) - Kabbalah



Kabbalah adalah suatu amalan mistik atau kerohanian yang diamalkan oleh masyarakat Yahudi didalam agama Judais. Amalan kerohanian Yahudi ini diamalkan diseluruh dunia kerana ia sudahpun dianggap sebagai amalan mistik yang global tanpa sebarang sekatan.

Menurut kitab Talmut dalam agama Judais, Kabbalah diasaskan oleh empat orang rabbi iaitu Akiva, Elisha bin Abuyah, Azzai dan Ben Zoma. Keempat-empat rabbi ini telah bertemu bersama untuk mempelajari ilmu kerohanian dari tuhan. Elisha bin Abuyah mati setelah mempelajari ilmu itu, Azzai menjadi gila dan Ben Zoma memusnahkan tumbuh-tumbuhan disekelilingnya. Hanya tinggal Akiva yang berjaya berada dalam keamanan dan ketenangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...