Erk....kenapa nampak marah bebeno burung tu dengan babi tu? Inilah permainan strategi yang mula menjadi kegilaan kita sekarang tidak kira usia terutama mereka yang menggunakan telefon pintar dan tablet pc berasaskan android. Namun,tahukah anda dari mana asalnya permainan ini? Jom sama-sama kita terjah....
Angry Birds dibangunkan oleh syarikat Rovio yang berpengkalan di Finland. Rovio ditubuhkan pada tahun 2003 sebagai sebuah studio pembangunan perisian permainan bergerak (mobile). Pada tahun 2009,Rovio telah mengeluarkan permainan Angry Birds yang dicipta khas untuk telefon bimbit pintar skrin sesentuh (touch screen) yang akhirnya menjadi fenomena seluruh dunia setahun selepasnya. Permainan ini akhirnya di francaiskan ke beberapa negara dan dibuat pelbagai versi bahasa. Dengan kejayaan ini,Rovio telah mengembangkan bidang perniagaannya.
Management Team
Mikael HedChief Executive OfficerNiklas HedChief Operating Officer
Peter Vesterbacka
Chief Marketing Officer
Selain Angry Birds,Rovio juga ada mengeluarkan beberapa jenis permainan lain yang juga agak hebat :
- Bounce Tales
- Bounce Touch
- Bounce Boing Voyage
- Burger Rush
- Burnout
- Collapse Chaos
- Cyber Blood
- Darkest Fear 2
- Darkest Fear 3
- Dragon & Jade
- Formula GP Racing
- Gem Drop
- Marine Sniper
- Mole War
- Need for Speed
- Paid to Kill
- Paper Planes
- Patron Angel
- Playman Winter Games
- Shopping madness
- Star Marine
- Sumea Ski Jump
- Swat Elite Troops
- Totomi
- War Diary Burma
- War Diary Torpedo
- Wolfmoon
- Angry Birds Seasons
- Angry Birds Rio
- Angry Birds Magic
Macam mana nak main permainan Angry Birds ni?...... senang jer. Cara permainan ni dengan melastik burung ke arah struktur bangunan untuk menghapuskan babi yang menjadi musuh utamanya. Setiap level mempunyai grafik atau struktur bangunan yang berlainan manakala setiap burung juga mempunyai corak serangan berlainan yang boleh dikenali melalui warnanya.
Apa yang menariknya permainan ni ialah apabila kita gagal memusnahkan babi yang menyorok dalam struktur bangunan tu. Perasaan marah yang meluap-luap itulah menjadi pendorong untuk kita terus bermain sampai habis. Sekarang,Angry Birds ini turut boleh dimainkan dalam versi PSP dan komputer yang tidak menggunakan platform android. Fenomena terbaru apabila pelbagai cenderahati berbentuk patung mainan dan hiasan telah dikeluarkan untuk simpanan peminatnya. Jom la try main.....mesti geram tak ingat...yeah
game ni mmg best.hehehe
ReplyDelete