Tuesday, 14 June 2011

Bulat Itu Bowling






Sebut pasal bowling,semua akan terbayang dengan bola bulat yang berat tapi berlubang membalun botol plastik yang tengah lepak berdiri. Tapi,tahukah anda sejarah permainan bowling ni? Mengikut kajian, permainan bowling ni bermula seawal tahun 5200 sebelum masihi di Mesir. Ini bermakna dah lebih 7000 tahun permainan ini dimainkan. Pada tahun 1930,seorang pengkaji British bernama Sir Flinders Petrie menjadi orang pertama menemui bukti dengan penemuan peralatan seakan permainan bowling di sebuah kubur lama mesir. Penemuannya menjadi kontroversi kerana ada yang mendakwa bahawa bowling mula dimainkan di Jerman dan bukan di mesir.


Evolusi terus berkembang dan saiz batu semakin kecil sehinggalah ditukar kepada pembuatan bola dari bahan kayu.Sejarah bowling ni agak menarik kerana pada abad ke 5 selepas masihi,rakyat di Jerman menjadikan permainan ini sebagai upacara keagamaan dengan melontar bola yang diperbuat dari batu kearah pin yang diberi nama 'KEGEL' kerana mereka percaya dengan ritual ini akan menghapuskan dosa dan memakmurkan negara mereka.


Di England, permainan ini cukup popular dan dimainkan dikawasan padang yang diberi nama "lawn Bowling" (sehingga kini). Permainan bowling ini pernah diharamkan sewaktu pemerintahan King Edward III dan King Richard II di England pada awal kurun ke 14 kerana kelalaian tentera mereka menjalani latihan memanah untuk berperang. Pengaharaman ini merebak dari Eropah ke seluruh dunia sehingga diberi jolokan "Evil It Leashes On Society". Permainan bowling ini mula tiba ke Amerika seawal abad ke 17 oleh keluarga bangsawan dari Belanda kerana pada waktu itu,bowling hanya dimainkan oleh golongan berada dan bangsawan. Di belanda, ia dikenali sebagai skittles dan agak berlainan cara permainannya. Bowling dimainkan sekitar bandar New York dengan hanya 9 pin dan diberi nama "Bowling Green". Pada tahun 1841, Connecticut mengharamkan permainan bowling 9 pin kerana terdedah dengan perjudian haram diikuti negeri-negeri lain. Sejak dari itu permainan bowling dimainkan dengan 10 pin sehingga kini.




 Tahukah anda,apabila permainan bowling ini mula dimainkan didalam dewan,pin akan disusun secara manual oleh beberapa orang pekerja buruh dan kanak-kanak. Bola pertama yang diperbuat dari mineral yang dipanggil "Mineralite ball" mula dicipta pada tahun 1914 oleh Brunswick Corporation yang cukup popular dan pada tahun 1948,syarikat sama telah memperkenalkan tanda titik dan anak panah pada lane untuk memudahkan permainan yang digunakan sehingga kini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...