Wednesday, 15 June 2011

Ancaman Anonymous


Apa benda plak Anonymous ni? Jangan kata korang,aku sendiri pun baru je nak kenal depa semua ni.... Setahu aku la,Anonymous ni bukannya nama pertubuhan atau kelab macam kelab remaja sekolah tu tapi dikenali sebagai para pakar dalam bidang IT ni yang rajin menggodam (hack) mana-mana laman sesawang yang diorang tak suka terutama kepunyaan kerajaan.

PETALING JAYA 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www malaysia gov my di bawah “Operation Malaysia” awal Khamis ini.

Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3 30 pagi Khamis ini waktu Malaysia 7 30 petang waktu GMT esok.
Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http i imgur com PTFWh png 

Mikko Hypponen ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4 42 pagi tadi waktu Malaysia.


Tiada butiran lain diperoleh ketika ini kata laporan itu.
Laporan itu menambah tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia

Tu dia amaran Anon ni terhadap website kerajaan Malaysia. Kita tengok esok samada diorang ni berjaya atau tidak sebab diorang terpaksa berlawan dengan hackers (white hat) di Malaysia. Anonymouse ni dikatakan antara hackers yang membantu wikileaks mendapatkan maklumat-maklumat penting. Sebab tu diorang cukup marah mana-mana negara yang blok akses ke wikileaks dan Pirate Bay. Dibawah ni antara statement atau sebab utama diorang nak menyerang Malaysia.


Greetings, Malaysia,

   We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. 
The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. 
This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. 
For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We are Anonymous.

We are Legion.

We do not forgive.

We do not forget.

Expect Us.
Sebelum ini,diorang penah mencabar untuk menggodam Sony melalui permainan online PS3. Pihak pengurusan Sony yang angkuh dan menganggap diorang mempunyai 'white hat' paling hebat telahpun digodam sebanyak lebih dari 12 kali sehinggakan mereka terpaksa meminta pertolongan pihak perisikan FBI. 3 orang penggodam telah dapat ditangkap oleh polis Sepanyol kerana di dakwa terlibat dalam kes menggodam PSN Sony pada bulan April lepas. Namun sampai sekarang Sony masih digodam dari seluruh dunia. Sebabnya hanya kerana pihak Sony telah menyaman seorang pengguna yang juga penggodam (hackers) yang telah membuat baikpulih sendiri PS3 dia yang bermasalah kononnya dia telah melanggar EULA Sony.

Di India,penggodam yang juga ahli Anonymouse telah menyerang kerajaan India dan menggodam 'National Informatic Centre' termasuklah website tentera India. Tujuannya untuk menyedarkan ahli-ahli kerajaan yang sukakan rasuah. Diorang hanya hack untuk sejam tapi didakwa berjaya mencuri data-data penting dan akan bocorkan dimasa akan datang.

Banyak lagi aktiviti Anonymouse seluruh dunia termasuk menggodam beberapa website penting di US,Denmark dan Israel. Citibank pun penah digodan teruk dan beribu-ribu data penggunanya telah dicuri oleh pihak yang sama.

Kesimpulannya,Anonymouse ada dikalangan kita yang pakar dalam bidang IT dan mempunyai prinsip yang sama seperti semua ahli Anonymouse. Baru-baru ni,beberapa website dekat Malaysia ni pun telah digodam oleh kumpulan diberi nama Dragon Force yang mungkin juga ada kaitan dengan Anonymouse. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku.....


1 comment:

  1. Pagi ni memang www.malaysia.gov.my takleh bukak samada diorang shutdown server untuk elak kena hack atau memang dah kena serang pun....tunggu je la berita

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...