Monday 27 June 2011

Transformers: Dark of the Moon


Tajuk dia saja dah nampak menarik untuk ditonton. Filem sekuel Transformers arahan Michael Bay dan diterbitkan oleh Steven Spielberg ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 30 Jun ini. Shia LaBeouf yang menjadi aktor utama sebelum ini dikekalkan manakala aktress wanita yang sebelum Megan Fox telah digugurkan dan diganti oleh model Inggeris, Rosie Huntington-Whiteley. Aktor Peter Cullen sekali lagi diberi peranan untuk menyumbangkan suara bagi Optimus Prime manakala Hugo Weaving sebagai Megatron.




Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 iaitu dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots. Dalam filem terbaru Transformers 3 Dak of The Moon, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia. Sekali lagi khidmat Sam Witwicky dan kawan robot beliau diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut. Dalam Transformers 3, terdapat beberapa karakter baru termasuk karakter jahat dalam bentuk Shockwave (gelombang maybe). Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers dimana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa.


Berikut adalah senarai pelakon Transformers 3 Dark of The Moon:
Pengarah: Michael Bay
Penulis: Ehren Kruger
Penerbit: Steven Spielberg

Barisan pelakon Transformers 3:
Shia LaBeouf (Sam Witwicky)
Rosie Huntington-Whiteley (Carly)
Josh Duhamel (Major William Lennox)
Hugo Weaving (Megatron voice)
John Malkovich (Bruce)
Patrick Dempsey (Dylan)
Alan Tudyk (Dutch)
Ken Jeong (Ken Jeong)
Frances McDormand (Marissa Faireborn)
John Turturro (Simmons)
Tyrese Gibson (Robert Epps)
Karyn Parsons (Erica Banes)
Frank Welker (Soundwave voice)
Peter Cullen (Optimus Prime voice)
Ramon Rodriguez (Leo Spitz)

Antara lokasi penggambaran filem Transformers 3 Dark of The Moon:
1. Chicago, Illinois, USA
2. Detroit, Michigan, USA
3. Florida, USA
4. Gary, Indiana, USA
5. Houston, Texas, USA
6. Johnson Space Center – 2101 NASA Rd., Houston, Texas, USA
7. Kennedy Space Center, Titusville, Florida, USA
8. Long Beach, California, USA
9. Los Angeles, California, USA
10. Milwaukee, Wisconsin, USA
11. Playa Vista Studios, Playa del Rey, Los Angeles, California, USA (studio)
12. Washington, District of Columbia, USA


Filem kali ini mengimbas kembali peperangan antara Autobots dan Decepticon diman pihak Autobots mengalami kekalahan. Ketua Autobots,Sentinel Prime telah melancarkan sebuah kapal yang penuh dengan teknologi terkini, keluar dari planet mereka untuk mengelakkan dari dikuasai Decepticon, Kapal itu telah diserang Decepticon dan terhempas di bulan pada tahun 1961. NASA yang mula menghantar angkasawan ke bulan pada tahun 1969 telah menemui kapal tersebut namun merahsiakannya dari pengetahuan awam. 
Filem ini bertambah menarik apabila kedua-dua pihak cuba mencari dan mempelajari semua rahsia yang terkandung dalam kapal tersebut. Berjayakah pihak Autobots menghalang Decepticon dari menguasai kesemua galaksi. Jom kita tengok ramai-ramai....

1 comment:

  1. Bro, character Shockwave tu nama dia memang Shockwave. Bukan sebab dia berbentok gelombang. Hehehe. Shockwave tu berbentok tank cybertronian. Lebih kurang macam Megatron ROTF.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...