Wednesday 22 June 2011

Kubu Bawah Tanah Singapura


Pernah tengok tak logo ni di Singapura terutama di stesen-stesen MRT (mass rapid transit) di bawah tanah? Inilah logo SHELTER atau penanda kubu bawah tanah kalis bom yang dicipta khas untuk menangani serangan udara. Program ini diperkenalkan pada tahun 1983 dengan mendua fungsikan stesen-stesen MRT bawah tanah sebagai pusat perlindungan. Pada awalnya ada 9 buah stesen bawah tanah dijadikan kawasan perlindungan dan dilengkapi dinding serta pintu kali s bom yang tahan untuk serangan udara.
Namun kini,dianggarkan lebih dari 500 buah kawasan perlindungan bawah tanah telah dibina yang diselia oleh SCDF (singapore civil defence force) yang berperanan sebagai JPAM (jabatan pertahanan awam Malaysia). Kesemua kawasan perlindungan ini mampu menempatkan lebih 900 ribu penduduk awam. Rakyat Singapura telah dilatih untuk bersedia menghadapi peperangan. Mereka telah diajar untuk berdisiplin untuk memasuki kubu-kubu bawah tanah dan diajar juga cara-cara untuk hidup semasa peperangan melalui buku-buku panduan atau di laman-laman web kerajaan. 


Kerajaan Singapura telah mewujudkan sistem catuan bekalan makanan dan minuman untuk persediaan sekiranya mereka menghadapi peperangan. Sebarang arahan latihan atau peperangan akan disiarkan beberapa saat sahaja di kaca TV melalui SBC (Singapore Broadcasting Corporation). Sejak beberapa tahun kebelakangan ni,kubu-kubu telah diperluaskan ke dalam unit-unit pangsapuri HDB (Housing Development Board). Pembinaan standard untuk HDB perlu mempunyai 3 buah bilik dan 1 stor. Stor inilah yang dibina kukuh dan khas untuk menghadapi serangan bom dari pesawat pejuang yang boleh dijadikan tempat perlindungan. Setiap rakyat Singapura perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 ribu untuk memperkuatkan lagi bilik stor mereka.


Bukan sekadar kubu, bandaraya Singapura dari Woodland hinggalah ke Jurong telah dilengkapi siren untuk serangan udara di beberapa tempat strategik sama seperti di Manila. Siren ini diuji pada hari pertama setiap bulan tepat jam 12 tengah hari. berikut adalah antara signal lain dihantar melalui siren selain dari amaran serangan.

“Alarm” Signal- wailing blasts air raid threat-imminent go to shelter
“All Clear” Signal- continual blast -air raid threat over can leave shelter
“Important Message”-pulsating blast- important broadcast mesg tune into FM radio


KK rasa mungkin boleh diberi pujian kepada kerajaan Singapura sebab telahpun bersedia untuk sebarang kemungkinan. Rakyat boleh berlindung dimana-mana tempat yang mempunyai logo CD SHELTER tidak kira di stesen MRT, sekolah, pejabat atau di kawasan perumahan sendiri. Malaysia pulak bila? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...