Sunday, 19 June 2011

Astro Naik Rege?


Astro All Asia Networks merupakan sebuah syarikat terulung dalam perniagaan media merangkumi perkhidmatan radio komersil dan tv. Ia mula beroperasi pada tahun 1996 sebagai perkhidmatan tv berbayar dan hanya mempunyai 22 saluran sehinggalah kini yang telah berjumlah sekitar 119 saluran tv berbayar merangkumi lebih dari 3 juta pengguna. Anak syarikat Astro iaitu Measat Broadcast Networks Systems pemegang lesen eksklusif untuk penyiaran satelit DTH (direct to home) sehingga tahun 2017. Pada 14 Jun 2010, Astro telah disenaraikan di Bursa Malaysia hasil pengambilalihan oleh Astro Holding Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan Khazanah Nasional Bhd. Berikut ialah senarai ahli lembaga pengarah dan pengurusan Astro.



DATO' HAJI BADRI HAJI MASRI

Chairman and Non-Executive Director

RALPH MARSHALL
Deputy Chairman/ Group Chief Executive Officer



 DATO' MOHAMED KHADAR MERICAN
Non-Executive Director/ Independent Director

 BERNARD ANTHONY CRAGG
Non-Executive Director/ Independent Director

 CHIN KWAI YOONG
Non-Executive Director/ Independent Director

ROHANA ROZHAN
Chief Executive Officer - MEASAT Broadcast Network Systems

GRANT FERGUSON
Chief Financial Officer - ASTRO

DATO' BORHANUDDIN OSMAN
Executive Director - Airtime Management and Programming Sdn Bhd

ZAINIR AMINULLAH
Executive Director - Astro Entertainment Sdn Bhd

RAGHVENDRA MADHAV
Executive Director - India

KEN WANG
Executive Director - China

LOUIS FOO
General Manager - MEASAT Publications Sdn Bhd

LAKSHMI NADARAJAH
General Counsel - ASTRO
       


Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menyokong kempen yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk meraih sokongan rakyat bagi memboikot penyedia perkhidmatan siaran berbayar, Astro kerana ingin menaikkan yuran pakej antara RM1 sehingga RM15. Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak mendakwa bahawa Astro memperolehi keuntungan menjangkau 831 juta setahun. Dari jumlah tersebut, 31 juta merupakan hasil keuntungan dari siaran iklan (sekitar 50 minit) dimana hanya 20% dari minit masa yang dibenarkan kerana pihak Astro dibenarkan menyiarkan iklan sehingga 240 minit bersamaan 4 jam sehari.

Bayangkan sekiranya pihak Astro memenuhi masa siaran iklan yang dibenarkan. Disamping itu,Astro juga mengenakan caj RM20 untuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan nilai yang sama dikenakan sekiranya kita lewat menjelaskan bil sedangkan ia tidak menggunakan sebarang kerja teknikal. Mengikut Seksyen 198 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, penyelarasan harga hendaklah selaras dengan prinsip penetapan kadar


Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang berkata penyelarasan harga yang diumumkan oleh pihak syarikat televisyen berbayar itu baru-baru ini, masih belum muktamad.

"Kementerian memang sentiasa memantau dan berunding dengan Astro. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penyelarasan harga yang telah diberitakan belum muktamad.

"Pada masa kini, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berunding, meneliti dan menganalisa apakah hajat Astro untuk naikkan harga ini wajar atau tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad meminta supaya kementerian memantau langkah Astro untuk mengenakan bayaran yang agak tinggi terhadap pakej-pakej yang ditawarkan demi kepentingan rakyat.

Sementara itu, Joseph berkata bagi mana-mana perkhidmatan televisyen berbayar termasuk Astro, penetapan kos langganan adalah berdasarkan kos yang ditanggung dalam menyediakan perkhidmatan termasuklah kos pemerolehan dan pembelian kandungan dan hak penyiaran dari pihak ketiga.


Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

"Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka," katanya.

Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais. Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Presiden Cassa Dr Jacob George berkata, kempen itu perlu diteruskan memandangkan rakyat pada masa ini telahpun terbeban dengan keadaan ekonomi semasa.

“Apa teladan yang (Astro) tunjuk pada masyarakat? Masyarakat pun (sudah) tertekan dalam keadaan ekonomi sekarang (tapi Astro) faham tentang diri sendiri saja,” katanya lagi.
George mendakwa, Astro juga telah menolak jemputan persatuan berkenaan untuk mengadakan perbincangan dua hala berhubung kenaikan harga itu.
“Apa justifikasi yang (Astro) bagi? (Cassa) minta perbincangan dua hala, (Astro) tidak mahu dengan kita," katanya yang menambah, konglomerat media itu perlu menjelaskan sebab kenaikan harga berkenaan kepada pengguna. George berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang menyifatkan notis kenaikan bayaran perkhidmatan Astro sebagai tidak sah.
Astro sepatutnya mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Rais yang menegaskan bahawa bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro pada masa ini tidak akan berubah.


Bagi KK, walau apa pun keputusan yang bakal dibuat oleh pihak Astro, masalah seperti gambar diatas perlu diselesaikan tiapkali hujan rintik-rintik turun. Jangan hanya mengharapkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kebajikan penggunanya....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...