Thursday, 9 June 2011

Apa Itu Kurik Kundi

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa
.



Itulah pantun melayu yang mengambarkan kehalusan budi bahasa dalam masyarakat kita yang penuh dengan polemik.

Apa itu kundi dan apa itu saga?

Menurut kamus dewan,perkataan kurik bermaksud bintik-bintik.Disini dapat kita simpulkan bahawa pantun ini terhasil apabila orang tua-tua dahulu menggambarkan bahawa buah yang berbintik-bintik (kurik) itu ialah buah kundi manakala yang berwarna merah tu ialah buah saga.

Jika masih sangsi,boleh semak di : Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Namun,ada sesetengah pihak mengambarkan maksud berlainan dimana perkataan kundi itu sendiri membawa maksud peralatan bermain batu seremban dan perkataan kurik pula membawa maksud menguis buah kundi itu.Jangan pula tersilap menyebut kendi kerana membawa maksud cerek.Adakah kita nak mengorek cerek air?

Walau apa pun pembayangnya,maksud sebenar perlu difahami dimana perkara yang elok dibuat ialah berbudi disamping mengindahkannya lagi dengan bahasa yang sopan. 

1 comment:

  1. Permainan kurik kundi sepasang dengan permainan congkak yang menggunakan biji saga :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...