Thursday 20 December 2012

FREEMASON (part 1) - Haikal Sulaiman


Haikal Sulaiman dipercayai telah didirikan pada tahun 960 SM oleh Nabi Sulaiman a.s. Pada 370 tahun kemudian bangsa Babylon menaluk Jerusalem dan menghancurkan kuil tersebut. Setelah itu, tentera Parsi yang dipimpin Cyrus telah menaluki Jerusalem dari tangan Babylon dan membangunkan semula Haikal Sulaiman. Tetapi pada tahun 70 M, pasukan Romawi telah menyerang Jerusalem dan menghancurkan kembali Haikal Sulaiman serta meratakannya separas tanah.

Kurun demi kurun berlalu, namun cita-cita kaum Zionis-Yahudi untuk membangunkan kembali Haikal Sulaiman terus membara. Kerana bagi mereka Haikal Sulaiman yang termaktub dalam Torrah (kitab Taurat) itu adalah pusat dunia dan di situ jugalah bakal bersemayamnya Messiah bagi orang Yahudi. Oleh kerana itu, mereka memerlukan persedian untuk menyambut Messiah.

Rancangan telah lama disusun, ketika gerakan Zionisme Antarabangsa memulakan kongres pertama di Bassel, Swiss, pada tahun 1897, seorang rabbi utama Yahudi, Theodore Hertzl telah menyeru agar semua bangsa Yahudi dari seluruh pelusok dunia kembali semula ke Tanah Suci Palestin (Israel kini) yang disebutnya dalam Taurat sebagai The Holy Land.

Monday 29 October 2012

Kaum Maya & Planet Nibiru (Planet 12)


BENARKAH wujud planet yang ke-12? Jika ya, apa buktinya? Dan yang paling penting adakah planet ini berbahaya kepada bumi? Inilah persoalan yang sehingga kini masih belum terjawab. Bermula dari zaman Mesopotamia dan juga pada era kegemilangan kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezza terdapat sebuah kisah dongeng tentang planet yang ke-12 (termasuk matahari dan bulan) berada di dalam sistem solar dan dikenali sebagai Planet X atau Planet Nibiru.

Tidak seperti planet lain yang mempunyai satu orbit, planet ini mempunyai dua orbit.Beberapa pakar menganggap tamadun Sumeria ini adalah tamadun pertama dan tertua wujud di bumi. Buktinya adalah penemuan satu batu bersurat atau dikenali Skrip Cuneiform. Di dalam skrip tersebut tercatat setiap 3600 tahun, dipercayai Nibiru akan menghampiri ruang orbit di antara bumi dan bulan.

Pertengahan tahun 2003 lalu ada khabar angin mengatakan bahawa Planet X melalui sistem solar dan menghampiri bumi. Jika ini berlaku, bumi akan berhenti berputar dan mengelilingi orbit selama lebih kurang tiga hari. Beberapa catatan mengenai pekara ini tercatat di dalam kitab Injil, epik kaum Maya dan juga lagenda Hopi.Tetapi sehingga kini tiada apa-apa yang berlaku.

Kaum Maya & Kalendar Kiamat?


Kaum Maya merupakan penduduk selatan Mexico dan utara Amerika Tengah yang kaya dengan sejarah yang merangkumi tempoh selama 3,000 tahun. Maya merupakan sebahagian daripada kebudayaan Pra-Colombia Mesoamerika. Bertentangan kepada dongeng popular, Orang Maya tidak pernah hilang walau berjuta-juta orang Maya masih hidup di kawasan ini. Ramai daripada mereka masih bertutur dalam salah satu keluarga bahasa Maya.

Maya terkenal dengan piramidnya, dan juga peninggalan-peninggalan yang lain termasuk lukisan-lukisannya yang berharga. Maya juga terkenal sebagai satu bangsa yang mahir dalam pelbagai bidang seperti matematik dan astronomi yang dari itu terhasil kalendar Maya yang penuh rahsia ini. Kalendar ini dikatakan kalendar paling tepat yang pernah ada dibumi sampai sekarang.


Wednesday 24 October 2012

Terusirnya Nabi Adam a.s Dan Hawa


Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
Surah Taha: 121

Maka berlari-lari adam mencari dedaun untuk menutup aibnya dan terjumpa pula pohon semacam tembikai.

"Pohon ini cantik lembut daunnya juga mudah terkoyak jadi tak layak menutupi sesuatu." maka Adam berlari lagi.

Akhirnya Adam bertemu pohon Tin. Pohon tu kesian pada Adam dan memberikan 3 helai daunnya. Daun tu cukup besar untuk Adam menutup keaibpan dirinya. Kemudian Hawa pula datang, pohon Tin memberi pula 5 helai daunnya.

Setelah itu Adam tidak lagi layak tinggal di syurga dan akan diusir. Adam dan Hawa meratap kesalan. Adam cuba berpaut pada pepohon syurgawi tetapi mereka mengelak walaupun mereka menangis, kecuali dua benda, emas dan perak.

Kenapa kamu tidak meratapi Adam kepada kedua-duanya.?
 

Khasiat Buah Tin


Buah Tin, yang namanya tercantum dalam Al-Qur`an disamping buah zaitun, disebut-sebut oleh hasil kajian perubatan terbaru sebagai buah yang bermanfaat untuk mencegah kanser.

Menurut hasil kajian perubatan yang disiarkan oleh harian Al-Raya, Qatar, Sabtu (5/1),buah tin kaya dengan kalsium dan potasium juga mengandung zat benzaldehyde yang bermanfaat melawan sel-sel kanser.
 

Di dalam buah tin yang rasanya manis itu juga mengandungi zat yang sangat penting bagi tubuh manusia kerana dapat mengurangi kolesterol jahat, menguatkan jantung dan menormalkan pernafasan bagi penderita sesak nafas.
Buah yang juga dikenal dengan nama Ara atau Figs itu banyak dijumpai di negara-negara Arab. Buah ini mudah dicerna oleh alat pencernaan, bermanfaat untuk mengubati kesulitan buang air besar,juga bermanfaat untuk hati dan limpa.

Buah yang rasanya manis seperti kurma ini juga lebih mirip sebagai makanan biasa kerana mengenyangkan seperti buah kurma. Sehingga warga Arab tidak menganggap buah tin ini sebagai buah-buahan namun mereka menganggapnya sebagai makanan ruji.
 

Kajian tentang kandungan benzaldehyde dalam buah Tin sebenarnya telah diungkap dalam jurnal yang dimuat website Cancer Cure Foundation. Website ini menyatakan bahawa kajian yang dilakukan para ahli dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti efektif dalam menghapuskan tumor.Selain itu, Jabatan Pertanian Amerika Serikat menyatakan bahawa buah Tin mengandungi bermacam nutrisi dari vitamin A, C, kalsium, magnesium hingga potasium. Buah ini juga baik untuk mengendalikan nafsu makan dan membantu usaha penurunan berat badan. Jus buah Tin pun merupakan minuman yang baik untuk membunuh bakteria jahat dalam badan menurut sebuah kajian yang telah dilakukan.

Tuesday 23 October 2012

18 Sebab Jin Menganggu Manusia


WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
 

MEKAH : Bumi anbiya sebagai pusat bumi


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi 
Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.


Tuesday 14 February 2012

Sejarah Angin Ahmar

Sejarah Doa Angin Ahmar a.k.a Penyakit Tamparan Syaitan

Memadai kita amalkan sekali dalam sepanjang hidup kita ayat seperti yang tertera diabawah. Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad SAW umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...