Thursday 16 June 2011

Website Malaysia Kena Serang?

DDoS Attack !!! (Distributed Denial of-Service).....Itu merupakan trademark serangan dari Anonymouse ke beberapa website kerajaan di seluruh dunia. Sebelum ini mereka menyerang kerajaan India dengan cara yang sama diikuti Turkey yang juga diserang dengan DDoS yang diakhiri dengan penahanan 32 hackers Anonymouse disana.

Hari ini,seperti yang dijangka,laman web kerajaan Malaysia telahpun diserang seawal jam 3.30 pagi tadi waktu tempatan. Mereka mendakwa telah menggodam sebanyak 18 laman web kerajaan termasuklah lama pelancongan Sabah, Asean Connect, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Perbendaharaan, Parlimen, Jobs Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Majlis Sukan Negara. Sebelum itu,laman web Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah digodam lebih awal. Berikut ialah senarai laman web yang telah digodam :



Sehingga jam 9.20 pagi ini,laman www.malaysia.gov.my masih belum dapat dilayari. Sebelum ini mereka telah menukar kenyataan di laman-laman berkenaan :

“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” petik kenyataan itu dalam bahasa Inggeris.


Dragon Force yang kemungkinan terlibat secara lansung dengan Anonymouse dikatakan menjadi penggodam utama website kerajaan. Ini semua terjadi antaranya sebab KRU telah membuat laporan terhadap Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia untuk memblok semua akses ke web file sharing. Ini menaikkan kemarahan kebanyakan pihak yang mempunyai akaun berbayar dengan lama berkenaan. Minggu lepas,SKMM telah memblok 10 laman web file sharing termasuklah Pirate Bay dan Megaupload kerana dikatakan telah melanggar undang-undang hak cipta.

Dragon Force crew sebelum ini telah menggodam beberapa lama web kerajaan termasuk laman politeknik. Mereka telah mempunya lebih seribu orang peminat di laman web sosial dan dijangka akan terus bertambah. Pada waktu ini,kebanyakan laman web kerajaan telah ditutup sementara termasuklah kemungkinan untuk mengelakkan dari digodam tanpa belas kasihan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...