Saturday 25 June 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak 2011


Keputusan rasmi untuk Maharaja Lawak 2011 :

Tempat Pertama (wang tunai RM 300k + Trofi) - SEPAH
Tempat Kedua (wang tunai RM 250k + Trofi) - JOZAN
Tempat Ketiga (wang tunai RM 150k + Trofi) - NABIL
Tempat Keempat (wang tunai RM 50k + Trofi) - JAMBU

Seperti yang telah dijangka,Sepah akhirnya berjaya memegang takhta kemenangan buat julung kalinya dan dimartabatkan sebagai Maharaja Lawak pertama. Mereka berjaya menewaskan saingan yang paling kuat iaitu kumpulan duo, Jozan. Suasana stadium Melawati, Shah Alam begitu gamat dengan kegembiraan penyokong dan tidak lupa juga titisan air mata dari Siti Sarah yang pastinya terlalu gembira akan kemenangan Shuib iaitu salah seorang ahli kumpulan Sepah. Sejak dari minggu pertama,Sepah berjaya menarik ribuan peminat untuk menonton maharaja lawak dengan gaya dan identiti tersendiri. Dafi AF5 menjadi tetamu jemputan kumpulan Sepah kerana seringkali menjadi sebutan dan bahan lawak. Sepah merupakan pemenang Raja Lawak musim ketiga dengan mengalahkan Jihan serta Amir.


Tidak lupa juga kehebatan Johan dan Zizan yang terkenal dengan trademark 'Mail Lambung' dan 'Ah Cai' yang tentunya mempunyai peminat tersendiri. Lawak era baru yang masih segar dan penuh spontan dari Jozan membuktikan kematangan serta pengalaman yang banyak telah ditimba. Gandingan mantap ini membuktikan lawak muzikal merupakan yang terbaik buat mereka. Zizan, naib juara Raja Lawak pertama pernah bertarung bersama Johan yang mendapat tempat ketiga namun digandingkan sebagai pengacara pada musim berikutnya. Keserasian ini akhirnya membentuk kumpulan Jozan yang cukup hebat dan berani.


Nabil,juara Raja Lawak musim kedua dan pernah digandingan dalam filem bersama pelawak terkenal negara iaitu Saiful Apek hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Namun,pujian harus diberikan kerana beliaulah peserta tunggal bukan berkumpulan yang dapat bertahan hingga ke final. Usaha gigihnya cukup berjaya namun beliau terpaksa akur dengan kehebatan Sepah,juara Raja Lawak musim ke 3 dan dinobatkan sebagai Maharaja Lawak pertama.


Bermula dengan kemenangan Yus sebagai juara Raja Lawak musim pertama, dia digandingkan dengan Tauke yang ketika itu mendapat tempat keempat selepas Zizan dan Johan. Keunikan kumpulan Jambu dapat dilihat dengan pakaian dan prop berwarna merah jambu. Mereka yang lebih cenderung kepada teater berjaya memikat peminat dengan gandingan mantap ini. Setiap minggu akan ada idea-idea lawak baru yang bakal ditonjolkan. Mereka dianggap cukup bernasib baik kerana telah terkeluar di minggu ke 13 namun telah diberi imuniti oleh pihak juri untuk turut sama bertanding dalam final Maharaja Lawak. Tahniah buat gandingan mantap ini walaupun hanya berjaya di tempat keempat namun motonya, "muka legend tapi dalam hati kiut" benar-benar memikat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...