Sunday, 19 June 2011

Zami Ismail @ Pak Uda Meninggal Dunia

 
KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Zami Ismail (gambar), 67, atau lebih dikenali sebagai Pak Uda, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 10.30 pagi tadi akibat masalah jantung. Jenazah Allahyarham dikatakan akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak. 

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya. Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem “Mak Som”. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

KK cukup meminati lakonan ayah zami ni. Moga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya dapat menerima ketentuan illahi. Al fatihah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...