K3-VE, itulah kod enjin yang menjanakan Perodua Myvi sama seperti model awalnya yang dilengkapi dengan DVVT (Dynamic Variable Valve Timing) yang pastinya terbukti untuk penjimatan minyak dan DOHC (Double Overhead Cam) untuk peningkatan kuasa serta meminimakan gegaran enjin. Enjin yang cukup mantap ini dilengkapi oleh EFI (Electronic Fuel Injection).
Perodua Myvi Elegance, itulah model terkini bagi perodua yang pastinya ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Ramai yang membuat spekulasi sebelum ini bahawa Myvi baru ini akan dijana enjin Daihatsu Boon 2010 atau Toyota Passo 2010. Namun ia masih mengekalkan ciri enjin lama yang mampu menjana sehingga 90hp (kuasa kuda) @ 6,000 rpm dan tork maksimum sehingga 117Nm @ 4,400 rpm. Rekaan terbarunya yang lebih aerodinamik dan bersaiz lebih kompak.
Dari segi luaran, Perodua Myvi Elegance memang lebih bergaya dan gah dari namanya dimana lampu utama telah dinaiktaraf ke lampu projektor yang pastinya lebih terang dan rekabentuknya lebih sporty. Dibawah bamper pula telah tersedia 'fog lamp' dan cermin pandang sisinya menampilkan ciri teknologi baru apabila boleh dilipat secara elektronik serta lampu untuk membelok.
Menurut pihak Perodua, Myvi model terbaru ini dilengkapi dengan pemasangan lapisan penebat haba (tinted film) di kesemua cerminnya. Ia memberi lebih kenyamanan dan perlindungan dari sinaran UV. Ciri utama yang dijangka menjadi daya penarik utama ialah papa pemuka (dashboard) berwajah baru dengan rekaan lebih menarik disamping penggunaan dua tona warna. Bagi model Elegance ini, sistem audionya telah dinaik taraf dengan dilengkapi panel 6" skrin sesentuh (touch screen panel) untuk kendalian pemain DVD, Blutooth hands free untuk telefon bimbit dan sistem navigasi GPS.
Meter Optitron dengan kesan 3D berwarna biru kehijauan pastinya membuatkan penggunanya teruja. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan beg udara SRS disamping penambahbaikan sistem brek apabila ABS (Anti-Lock Braking System), EBD (Electronic Braking Distribution) dan BA (Braking Assist) membantu apabila anda perlu menghentikan kenderaan secara mengejut tanpa menganggu corak pemanduan cermat.
Perodua Myvi Elegance disediakan dalam 3 pilihan warna iaitu Mystical Purple (metalik), Ebony Black (metalik) dan Ivory White (solid). Jika dilihat pada variasi warna,Mystical Purple pastinya menjadi pilihan utama namun ia hanya dikeluarkan seawal bulan Ogos 2011.
Berikut ialah senarai harga Perodua Myvi 2011 Standard dan Premium -
1) Standard 1.3 SX (M) Solid – RM43,900.00
2) Standard 1.3 SX (M) Metalik – RM44,400.00
3) Standard 1.3 SX (M) Pearl White – RM44,800.00
4) Standard 1.3 EZ (A) Solid – RM46,900.00
5) Standard 1.3 EZ (A) Metalik – RM47,400.00
6) Standard 1.3 EZ (A) Pearl White – RM47,800.00
7) Premium 1.3 SXi (M) Solid – RM46,900.008 ) Premium 1.3 SXi (M) Metalik – RM47,400.00
9) Premium 1.3 SXi (M) Pearl White – RM47,800.00
10) Premium 1.3 EZi (A) Solid – RM49,900.00
11) Premium 1.3 EZi (A) Metalik – RM50,400.00
12) Premium 1.3 EZi (A) Pearl White – RM50,800.00
No comments:
Post a Comment