Tuesday, 21 June 2011

Sukhoi Su-30MKM Tercanggih Di Dunia


Sukhoi Su-30 (NATO kod = "Flanker-C") merupakan pesawat pejuang yang dimajukan oleh Russia's Sukhoi Aviation Corporation dan mula beroperasi pada tahun 1996. SU-30 merupakan pesawat pejuang air superiority generasi ke 4++(MRCA).

Su-27 dan Su-30MK2 (Indonesia) dibina oleh KNAAPO Corp.

Su-30MKM (Malaysia) pula dibina oleh IRKUT Corp.

Kedua-dua syarikat ini bernaung di bawah payung Sukhoi Groups. KNAAPO merekabentuk pesawat untuk kegunaan negara China dan merupakan versi maritime dengan sistem elektronik yang sederhana. Manakala IRKUT merekabentuk pesawat untuk tugasan jarak jauh dan 'multirole'.

Su-30MKM (Malaysia) merupakan pesawat setanding Su-30MKI (India) dan perbezaan ketara hanyalah sistem avionics (HUD, NAVFLIR, LDP Damocles, MAWS, LWS, BARS NIIP N011M AESA radar, EW system dan OLS) yang dipilih dari pengeluar terbaik dalam kelasnya dari Perancis, Afrika Selatan dan Russia sendiri

Manakala variasi Su-27 dan Su-30MK2 (Indonesia) pula merupakan versi asas untuk komersial namun masih tetap mempunyai taring sebagai pesawat MRCA.


Persenjataan bagi kedua-dua pesawat pejuang milik Indonesia dan Malaysia merangkumi keseluruhan persenjataan Sukhoi (misil dan bom) namun TNI-AU buat masa ini menjuruskan keperluannya terhadap misil dan persenjataan udara ke bumi serta anti kapal. Namun demikian, misil asas udara ke udara turut mereka miliki. TUDM pula menjuruskan terhadap perkara sama memandangkan misil termaju udara ke udara telahpun dimiliki bersama pemilikan Mig-29N.

Perbezaan utama antara dua pesawat ini (MKK/MK2 dan MKM/MKI) ialah pada sistem radarnya. MKK/MK2 menggunakan radar Phazotron NIIP Zhuk MS/MSE, manakala MKI/MKM menggunakan Tikhorimov NIIP N011M Bars.

Zhuk MS/MSE adalah upgrade kepada sistem radar Zhuk-M yang dibina khas untuk MIG-29. ianya diubahsuai sebagai alternatif yang lebih ekonomi bagi SU-27/30. Bagi melengkapi platform Su-27/30, saiz antenna array dinaikkan dari 0.7 meter kepada 0.97 meter. jarak pengesanan ialah 190km untuk sasaran udara dengan RCS 5 meter persegi. bagi sasaran darat, ianya mamapu mengesan sebuah kereta kebal pada jarak 30km dan sebuah jambatan pada jarak 125km. berat radar ialah 255kg.


N011M Bars, adalah sistem yang serba baru direka khas untuk melengkapi pesawat2 generasi 4++ seperti SU-37 terminator. perbandingan N011M bars dan Zhuk MS/MSE adalah seperti membandingkan Mitsubishi LAN EVO dengan Perodua Viva. Sekali pun N011M adalah sistem PESA (Passive Electronically scanned array) namun ianya menghampiri keupayaan sistem AESA. Ini ialah radar pesawat pejuang operational paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Russia. Jarak pengesanan bagi sasaran udara dengan RCS bersaiz 5 meter persegi ialah 350km manakala bagi kereta kebal pula sejauh 50km. kekurangan utama sistem ini ialah beratnya yang melampau iaiatu 680kg.

Kenapa MKM/MKI ada canard dan MKK/MK2 tak ada? salah satu sebab utama ialah berat radar N011M yang melampau. Canard pada MKI/MKM adalah bagi mengimbangi perubahan centre of graviti.


Kenapa Sukhoi Su-30MKM?

Berdasarkan maklumat yang KK perolehi, pada awalnya kerajaan Malaysia ingin membuat pembelian F-16 iaitu jet pejuang moden milik Amerika yang kebanyakannya digunakan oleh negara-negara ASEAN termasuk Singapura ( memiliki lebih dari 400 buah pesawat pejuang pelbagai jenis), Thailand dan Indonesia.

Kerajaan terpaksa membatalkan pembelian apabila kerajaan Amerika tidak membenarkan penjualan misil udara ke udara seperti yang terdapat dalam perjanjian atas desakan kerajaan Singapura (sekutu kuat Amerika). Akhirnya pembelian Sukhoi Su-30MKM yang diinspirasikan dari pesawat sukhoi milik India (Su-30MKI) dimana lebih canggih dari yang dimiliki oleh Rusia sendiri. Sukhoi kepunyaan Malaysia seakan sama dengan milik India cuma beberapa komponen pesawat India adalah buatan Israel manakala Malaysia diperbuat oleh Perancis disamping beberapa sistem lain seperti radar dan avionik yang ternyata berbeza.


Pesawat F-16 Singapura pernah tewas dengan pesawat Sukhoi Su-30MKI milik India dalam latihan ketenteraan yang dinamakan SINDEX 2004. Ini membuktikan kehebatan dan kemampuan pesawat negara kita Su-30MKM berbanding jiran ditambah lagi dengan pakej pembelian misil udara ke udara BVR (beyond visual range) yang ditentang hebat oleh jiran terdekat. Tentera Udara Di Raja Malaysia harus disanjung demi mempertahankan ruang udara negara kita terutama skuadron 11 yang berpengkalan di Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan.

Namun,masihkan kerajaan Malaysia berminat untuk membeli pesawat pejuang supersonik F/A-18E/F Super Hornet milik Boeing yang popular digunakan oleh tentera Amerika dan Australia. Kita tunggu dan lihat..

2 comments:

  1. Ada sedikit kesilapan disitu.. Kalau x silap saya Malaysia masa tu nk amik F 18 Super Hornet tapi x jadi amik sbb US x nak jual aim 120 kat Malaysia sbb Singapore x kasi

    ReplyDelete
  2. Rugi beli Pesawat jet US.. Baik beli dari Europe @ Russia.. Contoh Raffale & Mirage, Saab Grippen, Eurofighter Typhoon

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...