Sunday 19 June 2011

KL Gangster & PEKIDA


KUALA LUMPUR: “Kenapa saya perlu minta maaf sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung tuntutan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang memberi masa tujuh hari kepadanya untuk memohon maaf selepas mendakwa filem KL Gangster seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan samseng.
Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd itu berkata, sebagai orang lama dalam dunia perfileman, beliau tahu apa yang boleh dan tidak dalam sesebuah filem, malah KL Gangster sudah dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum ditayangkan di pawagam.
“Saya berusia 57 tahun dan sangat lama dalam bidang ini. Sudah puluhan drama dan filem berbentuk kepolisan serta jenayah kami terbitkan, kami sentiasa berhati-hati memantau semua sudut produksi supaya tidak menyentuh sensitiviti atau menyinggung mana-mana pihak.
“Saya tidak tahu apa motif mereka (Pekida) sehingga boleh memberi tempoh kepada saya memohon maaf. Bagaimana kita mahu memartabatkan industri perfileman kalau perkara begini berlaku,” katanya.
Jumaat lalu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman mendesak penerbit filem KL Gangster dan Kongsi memohon maaf kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan sinonim dengan pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, seolah-olah mengaitkan Pekida sebagai kumpulan gengster.


Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line".

Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutupannya di pawagam.

Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta, sekali gus dilihat mampu menempatkan diri antara filem paling laku dalam sejarah Malaysia.

Sesetengah pihak beranggapan, apa yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung.

Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda"yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida.

"Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang."

Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul) ketika ingin bergaduh. Ia dianggap menggugat sensitiviti sesetengah pihak.

Meskipun ia dianggap bahasa kasar yang sekadar hiburan, namun masih terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang dipaparkan.




Sehari selepas ditayangkan di pawagam, Pekida terus melenting dan memberikan tempoh tujuh hari kepada pengarah filem itu meminta maaf secara terbuka. Namun pengarah muda ini mahu berbincang terlebih dahulu.

Beliau juga menyarankan supaya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya menonton sendiri filem kelimanya itu kerana ia turut mengangkat eleman persaudaraan.

Bagaimanapun, daripada sudut yang lain, KL Gangster merupakan filem aksi Melayu pertama yang berani mengetengahkan aksi kumpulan samseng secara realistik selain berjaya menyelit elemen kritikan sosial.

Selain itu, filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak meleret-leret dan menumpukan kepada aksi lagak ngeri dan sedikit pun tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI).

Bagi pengkritik, filem itu banyak menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan dengan cemerlang oleh Syamsul.
Adegan gasaknya tidak janggal dan tidak nampak dibuat-buat.

Bagi penulis sendiri, kelemahan filem itu terserlah apabila undang-undang seolah-olah tidak wujud di ibu negara ini kerana ketika berlakunya pergelutan, pihak polis tidak langsung terlibat.

Pihak penguatkuasa hanya dipaparkan menbunyikan siren dan memerhati dari jauh semata-mata. Hal ini kemungkinan boleh mempengaruhi kegiatan gangsterisme.


KL Gangster mengisahkan Malek (Aaron Aziz) ingin mengubah hidupnya serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap pimpinan King (Rizuan Hasim) setelah dibebaskan daripada penjara.

Bagaimapun, hasrat itu tidak mudah apabila anggota kongsi gelap masih cuba menariknya kembali ke dalam kumpulan itu.

Malah, ibu dan adiknya juga tidak dapat hidup selesa kerana sering diganggu oleh kumpulan samseng.

Dalam filem itu juga, Shamsul dilihat gagal memainkan wataknnya dengan baik. Bagaimanapun, penampilan watak konco-konconya berjaya menyelamatkan keadaan dan mengembangkan perjalanan cerita filem itu dengan baik.

Kredit harus diberikan kepada Ady Putra yang membawakan watak Jai dengan mantap.

Penonton juga diperkenalkan kepada watak 'putih' yang sering tertindas seperti Zeti, adik perempuan Malik, ibunya serta watak komedi Fadil yang dilakonkan dengan baik oleh pelawak Zizan.

Di sebalik aksi-aksi ganas, filem itu bagaimanapun masih cuba mengekalkan kesopanannya dengan tidak memuatkan babak cinta cengeng dan aksi-aksi berunsur seks yang keterlaluan.


Berikut ialah kenyataan dari Dato' Yusuf Haslam sendiri :

"Saya tak ada masalah merendahkan diri menyusun jari sepuluh memohon maaf sekiranya apa yang telah berlaku menyentuh hati pihak Pekida,"

"Saya tak tahu sangat pasal gelaran dalam Pekida ini, kalau saya tahu, sayalah orang pertama yang akan menapis dan menghalang ia digunakan dalam filem KL Gangster.

"Saya difahamkan ada juga individu yang terlibat dalam filem itu yang juga ahli Pekida, tapi mereka juga tidak membuat teguran semasa penggambaran filem dijalankan,"

Kenyataan Syamsul pula :

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati terutamanya perkara yang membabitkan isu sensitif. Saya akui saya kurang peka kerana tidak pernah terfikir ia menyentuh hati pihak lain.

"Saya berjanji tak akan guna lagi perkataan yang menyentuh hati mereka. Sebenarnya semasa awal-awal isu ini dibangkitkan, saya sudah bersedia meminta maaf kerana saya bukannya berniat untuk mempersendakan mana-mana pihak.

"Bila bapa saya mengaturkan majlis ini, saya sangat bersyukur sebab kalau kita membuat kenyataan demi kenyataan kepada media, saya takut perkara ini akan jadi lebih rumit," 

Sumber dari Harian Metro dan Malaysiakini


KK tak berani nak komen mengenai isu sensitif ni tapi seharusnya diselesaikan dengan cari baik. Filem ni menarik untuk ditonton. KK dengar, filem ni dah mencatat kutipan lebih dari 10 juta. Perghh, memang dah pecahkan rekod filem melayu tempatan la. Tahniah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...