Tuesday, 1 April 2014

Ikan Salmon - Berkhasiat Dan GPS Terbaik Dunia


Salmon adalah sejenis ikan laut dari keluarga Salmonidae. Ikan lain yang satu keluarga dengan salmon adalah ikan Trout. Perbezaannya adalah ikan salmon bermigrasi untuk hidup dibandingkan dengan ikan trout yang menetap secara tetap. Kebanyakan spesis Salmon hidup boleh didapati di sekitar Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.

Secara umumnya, ikan salmon adalah spesis Anadromous, iaitu spesis yang bermigrasi untuk membiak. Ikan salmon lahir di perairan air tawar, bermigrasi ke lautan dan akan kembali ke air tawar untuk membiak. Terdapat suatu kepercayaan bahawa ikan salmon akan kembali ke tempat yang sama di mana ia dilahirkan untuk membiak. Kajian dan penelitian membuktikannya, namun alasan mengapa hal itu terjadi dan bagaimana salmon dapat menyimpan memori tersebut masih misteri.

 Antara spesis ikan salmon


Makhluk ciptaan Allah ini sangat canggih. Tanpa skrin LCD, tanpa cip pengesan, Allah mencipta ikan salmon dengan Global Positioning System (GPS) dengan sistem medan magnet. Penemuan baru menunjukkan ikan salmon Pasifik telah dibekalkan peta magnet sejak lahir. Tidak menghairankan jika ikan ini menetas di akuarium buatan manusia sekalipun, ikan salmon ini akan sentiasa bergerak mengikuti laluan yang telah menjadi kebiasaan nenek moyang mereka.
 
 
Penyelidik dari Oregon State University menyiarkan laporan tentang beratus-ratus anak ikan jenis Salmon Chinook dalam hubungannya dengan medan magnet di pusat penyelidikan penetasan Oregon. Ikan-ikan ini menunjukkan respon pada pergeseran medan magnet buatan dan kemudian ikan-ikan ini akan menuju ke kawasan sumber makanan.
 
“Menariknya adalah tentang percubaan ini, ikan yang kami uji tidak pernah meninggalkan tempat penetasan dan dari hal itu kami tahu bahawa respon mereka bukan kerana belajar atau berdasarkan pengalaman, tetapi lebih kepada warisan ” kata ketua penyelidik Nathan Putman.
 
 
Kisah tentang ikan salmon memang sangat menarik. Setiap tahun ikan-ikan salmon dewasa berhijrah semula ke air tawar sejauh ratusan hingga ribuan klometer dari laut untuk bertelur dan mat. Anak-anak yang ditetaskan dari telur-telur itu akan kembali (berdasarkan kajian ini) mengharungi wilayah keturunan mereka dengan GPS.
 
 
Ikan salmon sememangnya terkenal sebagai salah satu makanan yang kebiasaan di ambil oleh mereka yang mementingkan kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi pelbagai khasiat yang amat berguna untuk kita semua. Bukan sahaja mempunyai kadar nutrisi yang tinggi, bahkan rasanya juga enak untuk di makan. Mari kita lihat khasiat ikan salmon.
 
Tisu dan otot
Protein memang di kenali bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Protein di dalam ikan salmon sangat mudah untuk di hadam dan di serap masuk ke dalam badan. Protein dan amino asid membantu proses pembinaan otot dan juga tisu. Ikan salmon juga tidak mempunyai bahan yang menyebabkan kanser seperti sumber protein yang lain.
 
 
Penglihatan
Omega-3 dan DHA yang terkandung dalam ikan salmon ini dapat membantu masalah mata kering yang kronik. Molekul yang terdapat dalam omega-3 di percayai membantu mengurangkan keradangan mata. Ia juga boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan anda di usia lanjut.
 

Fungsi otak
Ikan salmon dapat mengurangkan risiko berkaitan masalah otak. Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat di tingkatkan dan risiko kemurungan boleh di kurangkan. 


Kulit dan rambut
Sel kulit boleh di lindungi dan kelembapan boleh di kekalkan dengan adanya Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon. Bukan sahaja melindungi, bahkan ia menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat. Asid lemak yang kaya di dalam ikan salmon dapat mengekalkan kekuatan rambut, folikel dan juga membantu menyihatkan rambut anda agar kelihatan bermaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...