Diego GarcĂa adalah karang atol (pulau koral yang mengelilingi sebuah laguna sebahagian atau keseluruhannya) dan pulau terbesar di Kepulauan Chagos. Pulau ini dibawah jajahan British Indian Ocean Territory (BIOT). Ia terletak di Lautan Hindi sekitar 1,970 batu nautika (3,650 km) selatan pesisir pantai Afrika (Tanzania), 967 batu nautika (1,790 km) barat daya pesisir India (Kanyakumari) dan 2,550 batu nautika (4,720 km) barat laut Australia (Cape Range National Park,Barat Australia). Negara yang paling hampir dengan pulau ini adalah Sri Lanka dan Maldives.
Penjajah Portugis merupakan orang Eropah pertama yang melakukan penjelajahan ke Pulau Diego Garcia. Penjelajah Pero de Mascarenhas dianggap sebagai penemu ketika berlayar di bawah kepemimpinan Dom Garcia de Noronha pada tahun 1512-1513. Pada tahun 1960, Kepulauan Chagos secara rahsia disewakan atau dipajakkan kepada pihak Inggeris. Pada tahun 1971, British dan Amerika Syarikat menyetujui perjanjian dimana pulau ini akan didirikan Pangkalan Tentera.
Sejak itu, British telah memaksa lebih 2000 penduduk pulau itu yang berketurunan Afrika serta buruh dari India yang dibawa masuk oleh Perancis pada abad ke-18 ke pulau-pulau sekitarnya, termasuk Mauritius, yang berjarak 1.200 batu nautika. Sebagai gantinya,pangkalan tentera gabungan British - Amerika Syarikat didirikan.
Peta kepulauan Chagos
Pada 23 Jun 1976, Aldabra, Farquhar dan Desroches dikembalikan kepada Seychelles ketika negara tersebut merdeka. BIOT menjadi enam buah kepulauan di gugus kepulauan Chagos. Kepulauan Diego Garcia yang merupakan pulau terbesar dan paling selatan merupakan pangkalan angkatan laut gabungan antara British dan Amerika Syarikat. Pulau-pulau yang lain tidak berpenghuni. Status pinjaman atau pajakan kepada Amerika Syarikat akan berakhir pada tahun 2016. Mauritius diketahui telah membuat tuntutan keatas gugusan kepulauan Chagos.
Balai polis di Diego Garcia
Kebanyakan pulau-pulau di wilayah ini tidak mempunyai jalan. Diego
Garcia memiliki jalan yang menghubungkan antara pelabuhan dan lapangan
udara. Pengangkutan utama disini ialah menggunakan basikal. Satu-satunya
pelabuhan dan lapangan udara di wilayah ini terdapat di Diego Garcia.
Beberapa landasan terbang di Diego Garcia memiliki panjang 3.000 meter.
Kemudahan sokongan tentera laut,Amerika Syarikat di Diego Garcia menyediakan Pangkalan Perkhidmatan Operasi (Base Operating Services). Misi utamanya ialah untuk menyediakan sokongan logistik kepada operasi angkatan laut serta udara yang dikerahkan ke Lautan Hindi dan Teluk Parsi
Pemandangan dari udara pulau diego garcia
- Skuadron Pra-kedudukan Kapal Maritim (Maritime Pre-Positioning Ship Squadron)
- Klinik Kesihatan Daerah
- Stesen Komputer dan Telekomunikasi Tentera Laut,Timur Diego Garcia (Naval Computer And Telecommunications Station)
- Batalion Pembinaan Tentera Laut (Naval Mobile Construction Battalion)
- Pusat Media Tentera Laut Diego Garcia (Naval Media Center)
- Pejabat Pemerintah Pengangkutan Laut Angkatan Tentera(Military Sealift Command)
- Kemudahan Bantuan Misi
- Pusat Logistik Armada Diego Garcia
- Kemudahan Kejuruteraan Tentera Laut (Naval Facilities Engineering Command atau NAVFAC
- 36th wing Angkatan Udara Pasifik
- Det 1, 715th Air Mobility Operations Group (AMOG)
- AFSPC Det 2, 22nd Space Operating Squadron (operasi GPS dan ARTS)
- AFSPC Det 2, 18th Space Surveillance Squadron (GEODSS)
Ground-base Electro-Optical Deep Space Surveillance (GEODSS)
Mungkin ramai yang masih tidak faham dengan kemudahan sokongan yang diberitahu diatas, Disimpulkan bahawa Diego Garcia ini merupakan pangkalan tentera yang paling strategik milik Amerika Syarikat dimana segala bantuan logistik dan kekuatan tentera laut serta udara disediakan di pulau ini. Pulau ini juga termasuk antara 33 lokasi pendaratan kecemasan untuk kapal angkasa NASA,namun ia belum pernah digunakan untuk tujuan itu.
Seperkara lagi yang menjebakkan pulau ini dalam banyak kisah konspirasi adalah kerana kemudahan ETOPS. Apa itu ETOPS? Secara ringkasnya,ETOPS (Extended Range Twin Engine Operations) ialah lokasi pendaratan cemas untuk mana-mana pesawat komersil. Ia adalah kemudahan lengkap untuk pesawat komersil yang menggunakan enjin berkembar (twin engine) contohnya Airbus A330, Boeing 737 dan Boeing 777 untuk membuat pendaratan cemas.
Antara pesawat bersaiz besar menggunakan twin engine seperti boeing 777
Satu perkara unik untuk pangkalan tentera Amerika di Diego Garcia ini,segala peralatan dan makanan dibawa masuk melalui udara dan laut. Namun,bukan sebarangan pengimport boleh membekalkan peralatan ini kerana semuanya dikawal ketat oleh pasukan tentera mereka. Bermula dari tahun 1970 hingga 1973,pasukan tentera laut Amerika LST mengambilkan peranan menjadi pembekal. Kemudian bermula dari tahun 1973, Kapal awam yang dilantik khas,menjadi pembekalnya pula. Dari tahun 2004 hingga 2009,kapal kontena Amerika, MV Baffin Strait (DGAR Shuttle) ditugaskan menghantar 250 kontena setiap bulan dari Singapura ke Diego Garcia. Kapal kontena itu menghantar lebih 200,000 tan kargo ke pulau itu setiap tahun dimana ia ditugaskan menghantar balik sisa besi buangan dari pulau itu ke Singapura sebagai bahan kitar semula.
Salah satu hangar rahsia di Diego Garcia
No comments:
Post a Comment