Video Kantoi Dengan Bini Dalam Bas,Rupanya Hanya Lawak April Fool?
Pasti ramai yang telah menonton video yang kelihatan datangnya dari negara jiran kita Singapura berdurasi sekitar 2 minit yang kemudiannya disambung dalam bahagian ke 2 juga sekitar 2 minit, menjadi trending atau viral di media sosial. Situasi dimana seorang isteri (kelihatan seperti wanita umur pertengahan) memarahi suaminya di khalayak ramai,di dalam pengangkutan awam,kononnya si suami ini telah bermain kayu tiga dimana kelihatan juga seorang wanita muda disampingnya.
Pelbagai reaksi dapat dilihat apabila rakyat Malaysia yang prihatin ini memberi komen. Tapi,tahukah anda bahawa anda baru sahaja tertipu dengan lakonan yang cukup berjaya? Ditambah lagi dengan elemen rakaman “Handphone”, maka ramai yang mempercayai kejadian itu seakan benar-benar berlaku dan dirakam tanpa disedari.
Melalui laman Facebook Stesen TV Singapore, Media Corp memuatnaik
gambar 3 pelakon ini dengan caption “HAPPY APRIL FOOL’S DAY” bersempena
tarikh 1 April pada hari ini. Video ini juga dibuat untuk rancangan TV
Popular di negara itu, The Noose. Rancangan komedi di Singapura yang telah masuk musim ke tujuh bermula 1 April 2014 ini yang jika dibaca seakan2 'THE NEWS'. Rancangan THE NOOSE merupakan parodi bagi program berita tempatan Singapura dimana ia kelihatan seperti berita yang dikomedikan. Rancangan ini pernah memenangi 'Best Comedy Programme' di Asian Television Awards.
Inilah dia makcik berbaju pink dalam video tu,rupanya masih muda
Kita semua sepatutnya dapat menjangkakan perkara ini lebih awal. Namun
memandangkan si pelaku sangat serius yang mempercayai lenggang lenggok
pelakon itu. Watak utama dalam video itu dilakonkan oleh Siti Khalijah Zainal,
Melayu kelahiran Singapura, yang turut dibantu oleh watak suami bisu dan
gadis gedik.
Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh
manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda
kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik
mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak
menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan
tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas
sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya,
kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar
beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk
bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR
Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan
amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara
serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan
seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:
Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan
itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli
keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
No comments:
Post a Comment