Friday, 11 April 2014

#MH370 - 'HITCH' Nama Perampasnya?


Kenyataan yang dikeluarkan di dalam laman web The Voice Of Russia pada 8 April 2014 yang lepas. Sumber ini dikatakan rapat dengan agensi risikan Russia (FSB). Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines MAS MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.
 
Menurut akhbar news The Moskovsky Kosomolets yang memetik sumber enggan dikenali menyebut sumber itu berkata juruterbang pesawat MAS MH370 tidak bersalah dalam kejadian itu.

“Penerbangan MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas telah dirampas, kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan pesawat dirampas oleh pesawat yang dikenali, kami hanya mengetahui nama pengganas yang memberikan arahan sebagai ‘Hitch’.

“Pesawat itu kini berada tidak jauh di Kandahar berdekatan dengan sempadan Pakistan,” dakwa akhbar news berkenaan yang dipetik laman web voiceofrussia.com.

Menurut laporan itu, sumber berkenaan mendakwa pesawat itu diletakkan di sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak, kemungkinan akibat pendaratan yang agak kasar.

“Semua penumpang terselamat dan mereka diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan,” katanya.

Sumber yang tidak didedahkan namanya itu berkata beberapa orang ‘pakar’ yang berjumlah 20 orang dari Asia telah ditahan dengan seorang daripada mereka warga Jepun. Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat elektronik Freescale Semiconductor. Biarpun begitu pendedahan akhbar news itu t idak menular ke seluruh dunia mahupun ke Amerika Syarikat.

Akhbar news itu melaporkan, pihak berkuasa Malaysia membuat pengumuman bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi. Sebelum itu, akhbar news The Independent pada 16 Mac pernah melaporkan spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah terbang di kawasan yang dikawal oleh militan Taliban.

“Pesawat MAS MH370 yang hilang telah diterbangkan tanpa dikesan radar ke kawasan Taliban di sempadan Afghanistan,” menurut laporan The Independent. 






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...