Kabbalah adalah suatu amalan mistik atau kerohanian yang diamalkan oleh masyarakat Yahudi didalam agama Judais. Amalan kerohanian Yahudi ini diamalkan diseluruh dunia kerana ia sudahpun dianggap sebagai amalan mistik yang global tanpa sebarang sekatan.
Menurut kitab Talmut dalam agama Judais, Kabbalah diasaskan oleh empat orang rabbi iaitu Akiva, Elisha bin Abuyah, Azzai dan Ben Zoma. Keempat-empat rabbi ini telah bertemu bersama untuk mempelajari ilmu kerohanian dari tuhan. Elisha bin Abuyah mati setelah mempelajari ilmu itu, Azzai menjadi gila dan Ben Zoma memusnahkan tumbuh-tumbuhan disekelilingnya. Hanya tinggal Akiva yang berjaya berada dalam keamanan dan ketenangan.
Di dalam Islam, ilmu kerohanian yang sering dikaitkan dengan kebolehan-kebolehan luar biasa adalah ilmu Tasawuf. Doktrin Kabbalah ini boleh dikatakan suatu amalan mistik yang digunakan oleh kaum Yahudi untuk menandingi kehebatan ilmu Tasawuf Islam. Tasawuf dalam Islam bermaksud mendekatkan diri kepada Allah dengan cara menjauhi hal-hal yang mendatangkan maksiat serta kelalaian.
Kitab terpenting di dalam amalan mistik Kabbalah dikenali sebagai Zohar. Kitab ini ditulis dengan bahasa Aramic di dalam mentafsirkan nilai-nilai kerohanian pada kitab utama Judais iaitu Taurat. Kitab Zohar yang dianggap sebagai salah satu kitab tafsir kejiwaan kepada Taurat ini dikarang oleh Rabbi Simeon Bar Yochai yang mana tulisannya kemudian disambung dan dihuraikan dengan lebih meluas oleh seorang rabbi dari Sepanyol iaitu Moses de Leon pada abad ke-13.
Tujuan utama kaum Yahudi memperkenalkan Kabbalah adalah untuk memupuk perasaan takut dan gentar orang bukan Yahudi atau Goyem terhadap orang Yahudi. Kabbalah dianggap jalan penyelesaian kebatinan oleh kaum Yahudi untuk menghalang sebarang usaha-usaha Goyem untuk menentang orang Yahudi.
Rabbi Simeon Bar Yochai
Dewasa ini,ajaran Kabbalah banyak berselindung disebalik konsep kemasyarakatan palsu yang direka oleh Yahudi. Mereka menawarkan kepada orang ramai mempelajari Kabbalah boleh meningkatkan perasaan kasih sayang, keikhlasan dan kesantunan dalam diri. Para rabbi Yahudi ketika ini galak mempromosikan ajaran Kabbalah sebagai satu alternatif kepada masyarakat untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Boleh dikatakan ketika ini,Kabbalah dijenamakan semula kulit luarannya supaya orang lain dapat mengaplikasikan amalan mistik Yahudi tanpa disedari. Namun hakikatnya,ia merupakan suatu penyembagan sihir yang amat memesong dari ajaran Islam.
Menurut laman web kabbalah.com, penggunaan tali merah pada pengamal Kabbalah boleh menghindarkan diri si pemakai dari unsur-unsur negatif yang berada di sekeliling. Si pemakai juga boleh menyerap unsur-unsur positif dikeliling dan dipercayai dapat mengelakkan dari sebarang gangguan unsur-unsur kejahatan.
Menurut sejarah,tali merah ini berasal dari Israel di mana satu lingkaran tali merah telah didapati meliliti batu nisan Rachel. Rachel adalah seorang perempuan Yahudi yang telah meninggal dunia lebih 3000 tahun dahulu. Tempat ini kemudiannya menjadi tempat popular untuk masyarakat Yahudi melakukan penyembahan. Rachel adalah nama bagi isteri kedua Nabi Allah Yaakub A.S yang telah melahirkan Nabi Yusuf dan Bunyamin.
Menurut laman web itu lagi, red string harus dipakai di pergelangan tangan sebelah kiri kerana dipercayai bahagian kiri badan manusia adalah bahagian yang menerima kuasa jahat. Makan pemakaian tersebut menghalang kuasa jahat dari memasuki badan. Warna merah pula melambangkan 'bahaya' dan dipercayai mempunyai tenaga tersembunyi untuk menghalang kuasa jahat dari mempengaruhi si pemakai.
Bagi masyarakat Yahudi yang mengamalkan Kabbalah, penggunaan simbol Hand Of Fatima memberikan makna lain kepada mereka. Hand Of Fatima atau disebut hamsa dalam bahasa Hebrew merupakan satu simbol semangat kerohanian kepada pemakainya. Simbol ini merupakan rupa bentuk tapak tangan yang lengkap dengan lima jari. Di tengah-tengah tapak tangan tersebut merupakan mata kejahatan yang bakal dihapuskan oleh tangan tersebut. Kebiasaannya hamsa dibuat sebagai rantai leher oleh pengamal-pengamal ajaran Kabbalah. Hamsa adalah dalam bahasa Hebrew yang bermaksud lima,
Dikalangan masyarakat Islam arab, ada juga yang mempercayai bahawa memakai simbol Hand Of Fatima ini akan memberikan mereka kekuatan tersendiri dalam melakukan sesuatu kerja. Konsep fahaman ini adalah syirik kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Namun begitu, masyarakat arab seperti juga masyarakat Islam di tempat lain, tidak semua memahami dengan betul ajaran Islam. Di negara arab, Hand Of Fatima dikenali sebagai Khamsa atau lima.
No comments:
Post a Comment