Flor de la Mar, Frol de la mar, atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal nau milik Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan, kapal ini direkodkan telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511. Kapal tersebut dibuat di Lisbon pada 1502. Pelayaran pertamanya adalah dibawah arahan pengemudian Estavao de Gama (abang kepada Vasco De Gama). Namun pada pelayaran kedua, kapal ini telah dibawa ke India oleh pihak Portugis pada tahun 1505. Pada pelayaran balik, ia telah belayar disekeliling pantai Tanjung Harapan sebelum kembali ke Mozambique untuk diperbaiki. Selepas dibaiki, Ia menyertai ekspedisi penjajahan Ormuz pada tahun 1507. Juga mengikuti ekspedisi pertempuran Diu pada tahun 1509, berjaya menawan Goa pada tahun 1510.
Kapal Flor de la Mar juga turut menjadi saksi tentang pelayaran Alfonso De Albuquerque, apabila beliau kembali dalam kejayaan menawan kota Melaka pada 1511, dimana kapal tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk berdozen-dozen emas, tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound untuk Raja Portugis. Namun dalam pelayaran akhir tersebut, kapal ini telah karam dan tenggelam di Selat Melaka. Atas sebab itu kehilangannya terus menjadi misteri, dan hak empunya bangkai yang masih belum dijumpai masih kekal menjadi kontroversi. Replika kapal telah diwujudkan dan diabadikan sebagai rumah pameran untuk Muzium Maritim di Melaka, Malaysia sehingga ke hari ini.
Kapal "Flor de la mar" telah dibina di Lisbon pada tahun 1502, ia merupakan kapal terbaik yang pernah dibuat pada ketika itu. Ia dibina bertujuan untuk menjajahi India Portugis. Berat mencapai 400 tan, merupakan karak terbesar yang pernah dibina, hampir dua kali saiz kapal besar yang pernah dibina didunia sebelumnya.
Kapal ini telah mengambil tanggungjawab bagi membawa pelayaran dari Portugis ke India dalam tahun 1502, dibawah arahan kapten Estevao Da Gama, saudara/sepupu/abang Vasco da Gama. Walaubagaimanapun, pelayaran balik dalam tahun 1503 telah mengalami komplikasi - apabila rempah ratus dimuatkan, berat tubuhnya dan saiznya yang besar membuatkan ia sukar untuk belayar, kesusahan ini jelas kelihatan apabila melalui Terusan Mozambique yang mempunyai arus yang deras (diyakini terletak disekitar Tanjung Correntes). Saksi yang melihat perkara tersebut Thome Lopes melaporkan terdapat kebocoran pada kapal dan terpaksa diberhentikan untuk diperbaiki berdekatan Pulau Mozambique untuk sekurang-kurangnya 2 bulan.
Pada Mac 1505, Flor de la mar kembali belayar dibawah arahan kapten Joao Da Nova, yakni dibawah misi Armada India Portugis ke-7 (Almeida, 1505), disamping pelayaran bersama 22 kapal yang lain, yang membawa D. Francisco De Almeida sebagai wizurai pertama India Portugis. Dalam perjalanan pulang pada tahun 1506, Flor de la mar sekali lagi mengalami kerumitan di Terusan Mozambique. Sekali lagi kebocoran berlaku, maka ia terpaksa dihantar kembali ke dok di Pulau Mozambique untuk kerja-kerja pembaikian yang panjang. Kapal ini terpaksa didokkan di terusan untuk lebih kurang 10 bulan. Nova cuba membawanya keluar berkali-kali, tetapi kapal ini terus berada di dalam masalah, memaksa beliau untuk kembali ke pulau, pembaikan dan cuba lagi.
Flor de la Mar dan kaptennya Nova yang dalam kekecewaan akibat tersangkutnya di Mozambique telah menemui kejayaan dalam pembaikian kapal pada Februari 1507 - hampir setahun selepas Flor de la mar meninggalkan India - dengan bantuan misi Armada India Portugis ke-8 (Cunha,1506) dibawah arahan kapten Tristao Da Cunha. Anak kapal Cunha telah membantu mempercepatkan pembaikian kapal supaya dapat segera belayar ke laut dengan baik, kemudiannya beliau mengarahkan bahan muatan rempah-ratus dalam ruangan kargo kapal Flor de la Mar untuk dipindahkan ke pengangkutan Portugis yang lain, dan seterusnya merampas Flor de la Mar yang kosong itu ke India. Dari saat itu flor de la mar tidak pernah kembali ke Portugal lagi.
Kapten Flor de la Mar iaitu João da Nova sebagai tanda persahabatan, penghargaan dan bagi meneruskan tradisi penjajahan ke timur telah menyertai operasi kapten Cunha bagi menawan Socotra. Selepas itu, Nova telah dikejutkan, bahawa Flor de la mar diperintahkan untuk kekal di Laut Arab, bekerjasama dengan skuadron peronda yang diketuai oleh Alfonso De Albuquerque. Maka atas arahan tersebut, Nova dan Flor de la mar telahmenyertai misi penawanan yang diketuai oleh Albuquerque dibeberapa bandar utama iaitu Curiati (Kuryat), Muscat pada Julai 1507, Khor Fakkan, (juga menerima penyerahan bandar Kalhat dan Sohar) serta Ormuz pada tahun yang sama. 2 tahun kemudian di India, Flor de la mar telah diarahkan untuk menyertai misi bendera D. Francisco De Almeida dalam Pertempuran Diu.
Dalam tahun 1510, dibawah arahan Alfonso de Albuquerque, Flor de la mar diaruh kepercayaan untuk memberi bantuan dalam penawanan Goa, dan seterusnya diperlukan bagi menawan Melaka pada tahun 1511. Flor de la Mar telah sekian lama terkenal atas misi dan peranannya. Dalam tempoh sekitar 3 hingga 4 tahun selepas kapal ekspedisi India ini dibina ia sudah cukup terkenal. Flor de la mar merupakan kapal misi ke India yang tahan paling lama pernah dibina. Walaubagaimanapun, tugasnya sebagai kapal kargo telah banyak meninggalkan kesan yang mendalam. Ia merupakan kapal yang bahaya sekiranya muatan dimasukkan secara penuh, ia merupakan kapal Portugis yang berjaya melengkapkan misi penjajahan ke India dengan sekali tanpa apa-apa masalah selepas membatalkan pelayaran balik ke Portugis selepas tahun 1507.
Diantara harta Kerajaan Melayu Melaka menurut catatan yang terdapat dalam kapal tersebut adalah seperti berikut :
- Perempuan perempuan penenun kain.
- Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka (Tun Fatimah dikatakan turut diculik dan dibawa menaiki Kapal ini, tapi mati semasa kapal itu karam).
- Tiang tiang Istana yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak.
- Tandu gajah Sultan Melaka yang disepuh emas.
- 600 Tan Emas barang kemas.
- Meja berkaki emas 7. 7.Gelang Sakti Nakhoda Beego.
- 6 bijik Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina.
- Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah.
- Baju2 berkain baldu dan sutera.
- Mangkuk mangkuk perak.
- 2 pasu besar.
- perabot2 indah…. 14. 200 kotak berlian, rubi, permata permata mahal.
Kedudukan bangkai kapal masih terus menjadi kontroversi sehingga ke hari ini. Empunya pemilikan kapal juga masih terus menjadi kontroversi ada pihak yang menuding jari mengatakan bangkai kapal dan segala isinya termasuk limpahan hartanya masih tetap milik Portugis, ada pula mengatakan milik Malaysia kerana apabila kapal itu datang ke Melaka, ia kosong, rekod menunjukkan segala muatan kapal dan limpahan harta karun yang limpah ruah adalah milik kerajaan negeri Melaka yang dirampas Portugis. Indonesia pula mendakwa, laporan sejarah kapal karam menyatakan kedudukan relatif kapal karam itu jelas berada diperairan negaranya. Robert Marx, pencari harta karun Amerika berkata, dia telah menghabiskan 20 juta dollar Amerika dalam projek untuk membawa Flor de la mar ke permukaan. Menurutnya: Ia (Flor de la mar) ialah kapal kaya raya yang telah hilang di lautan, dengan ianya menampung 200 tong dipenuhi batu permata berharga, berlian dari saiz kecil setengah inci sehingga sebesar genggam manusia.”
“Tidak ada apa yang terselamat kecuali mahkota dan pedang emas dan cincin bertakhta batu delima yang disampaikan oleh Raja Siam kepada Raja D. Manuel. Antara yang hilang, Afonso de Albuquerque sangat berduka kebanyakan semua gelang yang dia telah temui di Naodabegea, yang dia mendapat anugerah kepujian untuk ditunjukkan kepada raja, dan empat (atau enam) singa gangsa dari Sultan Melaka yang dia berhasrat untuk menguburinya sendiri (membuangnya tidak mahu disimpan lagi)”
Banyak hasil kesusteraan Melayu yang telah musnah ditelan zaman dan
peperangan. Antara punca kemusnahan tulisan kesusteraan Melayu adalah
seperti lenyapnya Kerajaan Seri Wijaya serta kedatangan agama Islam ke
alam Melayu, yang membawa kepada lenyapnya segala naskah-naskah
kesusasteraan Melayu yang berasal dari zaman Hindu dahulu.
Selain itu kerana istana raja ialah menjadi tempat perhimpunan buku-buku, kebanyakannya musnah binasa di makan api seperti dalam peristiwa kebakaran istana Sultan Mansor Shah seperti tersebut kesahnya di dalam buku Sejarah Melayu yang mengatakan bahawa dalam peristiwa itulah kerajaan daripada Sang Nila Utama telah dibakar.
Selain itu dengan kejatuhan kerajaan Melaka, banyak kehilangan naskah-naskah kesusasteraan lama Melayu apabila Kerajaan Melayu Melaka alah dilanggar oleh Feringgi banyak buku dan kitab yang musnah terbakar atau tenggelam bersama Flor De La Mar (Flower of the seas). Kapal laksamana Alfonso De Albuquerque dari Portugis yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh Tamiang dan Pasai pada Disember 1511 membawa banyak harta rampasan perang Melaka.
Selain itu kerana istana raja ialah menjadi tempat perhimpunan buku-buku, kebanyakannya musnah binasa di makan api seperti dalam peristiwa kebakaran istana Sultan Mansor Shah seperti tersebut kesahnya di dalam buku Sejarah Melayu yang mengatakan bahawa dalam peristiwa itulah kerajaan daripada Sang Nila Utama telah dibakar.
Selain itu dengan kejatuhan kerajaan Melaka, banyak kehilangan naskah-naskah kesusasteraan lama Melayu apabila Kerajaan Melayu Melaka alah dilanggar oleh Feringgi banyak buku dan kitab yang musnah terbakar atau tenggelam bersama Flor De La Mar (Flower of the seas). Kapal laksamana Alfonso De Albuquerque dari Portugis yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh Tamiang dan Pasai pada Disember 1511 membawa banyak harta rampasan perang Melaka.
Benarkah Kapal Flor De La Mar ini tenggelam dipikul ribut atau sebaliknya kerana ketua kapalnya ketika itu, Alfonso De Albuquerque berjaya menyelamatkan diri sedangkan beratus lagi anak kapal dan tawanan tidak berjaya keluar dari kapal. Mereka telah tenggelam bersama kapal dan harta. Menurut buku 'Hang Nadim Laksamana Jihad', yang dikarang oleh penulis novel sejarah terkenal di Malaysia, Abdul Latip Talib, Kapal Flor De La Mar telah tenggelam di perairan Selat Melaka akibat diserang oleh 3 orang pendekar hebat kerajaan Melaka,dan juga orang kanan Hang Nadim, anak kepada Hang Jebat yang dibesarkan oleh Hang Tuah. Ketiga-tiga pendekar itu dikenali sebagai Panglima Hitam, Panglima Kundur dan Panglima Kundang yang telah membuat serangan hendap apabila mendapat tahu bahawa kapal itu ingin meninggalkan Melaka dan membawa bersama segala harta kemewahan kesultanan Melaka.
Kapal itu tenggelam di palembang
ReplyDeleteBagi invrstor yg ingin kerjasam dengan saya maka saya akan tunjukan dmna kapal itu tenggelam.ini no hp saya 085368859686
ReplyDelete