Saturday, 2 July 2011

Trans Studio Bandung - Taman Tema Indoor Terbesar Didunia

 

Trans Corporation merupakan syarikat media terbesar di Indonesia. Pada 15 Disember 2001, Trans TV memulakan siaran ulungnya di Jakarta dan terus menjadi stesen TV paling diminati disana. Pada bulan Ogos 2006, Trans Corp. berjaya memiliki TV7 dan kini dikenali sebagai Trans7. Pemilikan kedua-dua syarikat TV paling popular ini menaikkan rating tontonan dan membawa keuntungan yang besar.



Pada 9 September 2009, Trans Corps telah melebarkan sayap perniagaannya dengan pembukaan Trans Studio Makassar. Taman tema dalam dewan dikatakan ketiga terbesar didunia itu menjadi mercu tanda dan tarikan pelancung terbaru ke Indonesia. Ini merupakan yang pertama buat stesen penyiaran didunia menceburkan diri dalam bidang perniagaan taman tema.


Trans Studio Makassar berkeluasan 12.7 hektar dengan kos keseluruhan dianggarkan bernilai USD 104 juta. Ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang juga pemilik Kalla Group, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan Trans Studio. Trans Studio ini merangkumi taman tema seluas 2.7 hektar yang direkabentuk oleh sebuah syarikat dari Amerika iaitu Goddard Group yang banyak merekabentuk tarikan utama ke Universal Studio


Trans Studio merangkumi taman tema, Trans hotel, taman rekreasi, taman rodeo, kawasan perumahan, kawasan rekreasi pantai, bangunan pejabat dan pusat membeli-belah. Trans Studio Bandung, taman tema kedua milik Trans Corps ini telah dibuka secara rasmi pada 18 Jun 2011 dan merupakan Taman Tema dalam dewan (indoor) terbesar didunia.


Studio Central
  • Trans City Theater
  • Yamaha Racing Coaster
  • Giant Swing
  • 4D Simulator
  • Vertigo
  • Transcar Racing
  • Bolang Adventure
  • Trans Broadcast Museum
  • Trans Science Center
  • Trans Movie Magic
The Lost City
  • Jelajah
  • Kong Climb
  • Sky Pirates
  • Amphitheater
  • Black Heart's Pirate Ship
Magic Corner
  • Negeri Raksasa
  • Dragon Raiders
  • Pulau Liliput
  • Dunia Lain
  • Special Effect Action

Taman tema 'indoor' di Trans Studio Bandung berkeluasan 4.4 hektar dimana lebih luas dari di Makassar menjadi daya tarikan terbaru di Bandung. Ia mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia melalui segmen Majalah Tiga. Melihat sahaja di kaca TV telah cukup untuk menarik perhatian mereka yang gemar permainan tema ini. Namun mampukah ia bersaing kehebatan Disneyland dan Universal Studio? Nantikan pula bingkisan mengenai taman tema Ferrari di Abu Dhabi yang juga dikatakan antara terbesar di dunia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...