Ferrari World atau Taman Tema Ferrari dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat gergasi pembinaan iaitu Aldar Properties PJSC. Ia dibina di sebuah pulau bernama Yas Island dengan keluasan 4,843,759 kaki persegi dan merupakan taman tema indoor terbesar didunia. Bumbung bangunan Ferrari World diinspirasikan dari bentuk badan jentera Ferrari GT bertemakan warna merah yang sinonim dengan warna korporat Ferrari serta dihiasi logo ferrari yang terbesar pernah dibuat didunia.
Ferrari World dibuka secara rasmi pada 4 November 2010. Ia bukan sahaja sebuah taman tema, malah dilengkapi kompleks membeli-belah ekslusif, taman permainan kanak-kanak, restoran bertemakan masakan itali serta hotel penginapan yang cukup menarik. Bila ditanya mengenai tiket masuk,sudah pastinya agak mahal namun memang berbaloi dengan prestij serta jenama yang dibawa iaitu Ferrari.
Formula Rossa di Ferrari World merupakan roller coaster paling laju didunia dan berkelajuan 240 km/j. Ia cukup menarik kerana gerabanyak yang dibuat menyerupai kokpit kereta lumba formula 1 (rosso scuderia). Laluan sepanjang 2.07 km ini sungguh mendebarkan kerana ia dicipta untuk merasai pengalaman sebenar pemanduan pelumba formula 1 dimana tekanan sehingga 1.7G dapat dirasai.
Fiorano GT Challenge merupakan 'dual launched roller coaster' dimana dua buah gerabak dilancar serentak seolah-olah satu perlumbaan GT. Gerabaknya direkabentuk dari model Ferrari F430 Spyder dimana masing-masing berkelajuan maksima 90 km/j. Landasan roller coaster ini dibina cukup unik dimana beberapa selekoh telah ditetapkan seolah-olah kenderaan anda berjaya dipintas pihak lawan.
Selain itu, terdapat banyak lagi permainan dan tempat menarik ditawarkan iaitu :
- G-Force - menara 'spaceshot' setinggi 62m yang membuatkan darah berderau (tekanan 3.8G)
- Bell'Italia - kawasan rekreasi yang dihiasai pelbagai struktur mini bangunan terkenal di Itali. Disini anda boleh memilih untuk berjalan sendiri atau menaiki kenderaan (diatas landasan) replika Ferrari 250 California Spider atau Circa 1958.
- Scuderia Challenge - permainan simulasi F1 sama seperti yang digunakan oleh pelumba F1 semasa sesi latihan.
- Junior GT - Kawasan melatih kanak-kanak untuk memandu dengan menggunakan kenderaan bersaiz 40% dari yang sebenar (430 GT Spyder)
- Junior Grand Prix - Kanak-kanak didedahkan dengan pemanduan sebenar sebuah Ferrari F1 dimana kenderaannya bersaiz separuh dari yang sebenar.
Selain itu,anda boleh mencuba Carousel, Cinema Maranello, Galleria Ferrari, Driving With Champion, The Pit Wall, Paddock, Speed Of Magic, V12, Viaggio In Italia dan bermacam lagi
Pendek kata,segala-galanya berkaitan dengan Ferrari tak kira dalam taman permainan atau di pusat beli-belah. Apa lagi,jom la kita ke Dubai dan rasai sendiri kehebatan Ferrari World ini.
No comments:
Post a Comment