Friday, 1 July 2011
Obor-Obor Menyerang Stesen Janakuasa Nuklear
Dengar pada tajuk pun dah cukup menyeramkan. Inilah yang berlaku di United Kingdom apabila sekumpulan obor-obor menganggu kolam yang menyalurkan air untuk penyejuk ke sistem reaktor Stesen Janakuasa Nuklear milik Sotland berhampiran East Lothinian,Edinburg.Ia mengakibatkan dua reaktor nuklear Stesen Janakuasa Torness terpaksa ditutup.
Stesen Janakuasa Nuklear Torness ini menggunakan sistem penyejukan air dengan menyalurkan air dari laut dan sungai berdekatan ke reaktor nuklearnya. Dua antara reaktornya terpaksa ditutup dengan kahidaran obor-obor ini didalam air yang menjadi bahan penyejuknya.
Saintis berkata, gangguan hidupan laut dalam sisrtem penyejukan reaktor nuklear jarang berlaku di Britain tapi memang selalu berlaku di negara lain terutama Jepun. Obor-obor akan bergerak dalam sekumpulan terutama dikawasan yang airnya tenang.
KK belum penah jumpa obor-obor dalam kuantiti yang banyak tapi dekat Malaysia dan Thailand,obor-obor ni jadi mata pencarian utama nelayan dan pengusaha makanan laut. Selalunya ia dibuat dalam bentuk sate dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutama kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment