Tuesday 5 July 2011

iPhone 5 Keluar Oktober Ini?


Pasti ramai yang ternanti-nanti kemunculan telefon pintar baru dari Apple selepas berjaya memasarkan iPhone 4. Mengikut beberapa sumber,rekabentuk iPhone 5 jauh berbeza dari model sebelumnya. Ia menggunakan cip processor jauh lebih berkuasa dan lebih laju malah dilengkapi kamera 8mp yang boleh digunakan untuk rakaman video 'Full HD" (1080p) serta mempunyai dual flash untuk kualiti gambar lebih baik.




Apple iPhone 5 Specs :

Processor 1.4GHz Apple A5 Dual Core Processor
Ram 1GB
Storage Memory 32GB/64GB
Screen Size 4 OLED screen
Resolution 960 x 640
Connectivity WiFi/UMTS/HSDPA/HSUPA/3G/HSPA+/4G, GSM, Bluetooth. 1xEV-DO (Supported in Verizon Version)
Camera 8 Megapixel Autofocus with dual LED flash light
Records Video? 1080p HD at 25fps/720p at 30fps
Weight (ounces) 5.1
Size 4.82 x 2.53 x 0.34
Battery Life 8 Hr over 4G and 13Hr over 3G/12 Hr Web
Standby time 420 hours


Apple iPhone 5 dijangka akan menggunakan cip A5 yang dibangunkan oleh Samsung dimana lebih berkuasa dari cip A4 yang digunakan sekarang. Ini merupakan cip terakhir dibangunkan oleh Samsung dimana pihak Apple tidak akan lagi menggunakan khidmat mereka disebabkan kes mahkamah yang sedang berlansung di Amerika Syarikat sekarang. Pihak Apple telah mendakwa yang pihak Samsung meniru secara lansung produk keluarannya untuk produk-produk terbaru Samsung. Disebabkan itu,Apple telah cuba menyekat penjualan 4 produk terbaru Samsung iaitu Galaxy S 4G, Infuse 4G, Droid Charge Smartphone dan komputer tablet Galaxy Tab.


Kemungkinan disebabkan itu,pihak Apple akan mengeluarkan segera iPhone 5 untuk mengelakkan dari ianya ditiru dan menyayingi pasaran telefon pintar lain yang semakin canggih dijana aplikasi Android. Apple yang telah berjaya membangunkan sistem operasi iOS 5 bakal menggunkannya untuk menambah kehebatan iPhone 5 dan iPad 3 yang bakal keluar dijangka pada Oktober tahun ini.


Kita nantikan saja iPhone 5 yang bakal keluar dan mampukah ia menyayingi telefon pintar yang lain. Cip A6 yang masih dalam pembangunan (sudah pastinya bukan dari Samsung) akan lebih berkuasa dan jauh meninggalkan pesaingnya. Tunggu dan lihat




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...