Batuk dan selsema.... Itulah penyebab utama blog ini tidak di update. Maaf buat pengunjung blog ini yang menantikan entry baru dari KK. Dah dekat seminggu batuk dan selsema menyerang. Ditambah plak masalah laptop yang rosak. Nasib baik la ada laptop wife yang selalu dia guna untuk bukak pesbuk dan jugak hadiah sempena birthday dia beberapa bulan lepas maka dapat la update entry ni.
Bercerita pasal laptop KK yang rosak,Alhamdulillah sebab masih ada warranty sebab KK beli waktu PC Fair di KLCC tahun lepas. Rosak apa? sebelum ni takde la kritikal walaupun tiapkali on kena set balik jam dan tarikhnya tapi sejak kebelakangan ni,laptop ni cepat panas sampaikan dia akan shutdown sendiri dan keluar peringatan "overheat". Hairan jugak sebab baru on tak sampai sejam.
Minggu depan,KK akan walk in ke service centre HP ni di Bukit Damansara untuk hantar laptop kesayangan ni. Waktu beli dulu takde la murah sebab ni dikira laptop high spec...lebih kurang sama harga dengan iPad 2 32G wifi+3G tu. Buat masa ni kena la tumpang netbook Asus wife KK ni sementara laptop KK siap dibaikpulih.
Berikut ialah beberapa petua menghilangkan batuk :
- Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi
- Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
- Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
- Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
- Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
- Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
- Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
No comments:
Post a Comment