Tuesday, 12 July 2011

Qingdao Haiwan - Jambatan Terpanjang Didunia


HANDONG - Dengan jarak sejauh 42.5 kilometer, jambatan Qingdao Haiwan di China dengan mudah mengambil alih gelaran jambatan terpanjang di dunia daripada pemegang rekod sebelum ini, iaitu jambatan Tasik Pontchartrain di Louisiana, Amerika Syarikat.

Struktur gergasi itu menyambungkan bandar pelabuhan Qingdao di wilayah Shandong dan bandar Huangdao, merentasi lautan di Teluk Jiaozhou.




Dibina dalam tempoh hanya empat tahun dengan kos sebanyak 5.5 bilion pound (RM26 bilion), pembinaan jambatan itu menggambarkan kecanggihan teknologi dan kejuruteraan kuasa besar Asia itu.

Jambatan enam lorong itu disokong oleh lebih 5,200 tiang dan direka oleh syarikat tempatan, Shandong Gausu tanpa menggunakan kepakaran dari luar.



Jambatan ini telahpun dibuka pada 30 Jun 2011 yang lepas dan akan menampung lebih 30,000 buah kereta setiap hari serta dapat mengurangkan waktu perjalanan diantara 20 ke 30 minit.

Hampir 10,000 pekerja terbabit dalam pembinaan jambatan itu yang mulanya dibina di dua penghujung bertentangan sebelum dicantum pada bahagian tengah.


Bayangkan berapa jauh 42 kilometer tu. Harap-harap ada la stesen minyak di tengah-tengah jambatan tu. Kalau tidak,letih jugak nak menolak sampai hujung jambatan kalau minyak habis. Jaraknya lebih kurang dari KLCC ke Putrajaya tu.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...