Tuesday, 19 July 2011
Sejarah Enjin Turbo
Sebut saja turbo,semua akan terbayang kereta-kereta idaman Malaya dan 80% akan membayangkan Mitsubishi Lancer Evolution serta Kancil modified L5. Tapi,tahukah anda mengenai asal usul enjin yang menjadi kegilaan pemilik kereta diseluruh dunia? Turbo ialah alat pemampat gas yang dijana oleh turbin. Tugas turbo ini ialah meningkatkan ketumpatan udara masuk ke enjin untuk memberi lebih kuasa.
Sunday, 17 July 2011
Sejarah Puasa Ramadan
Difardukan pada 2hb. Sya`ban, tahun ke 2 hijrah. menerusi 4 ayat dari surah Al-Baqarah, iaitu ayat-ayat 183-187. Ayat-ayat ini tidak diturunkan serentak, malah ia diturunkan satu demi satu yang dipisahkan dengan jarak masa yang tertentu.
Keempat-empat ayat tersebut telah memberi penjelasan terperinci tentang masa, cara dan apa-apa tegahan semasa berpuasa. Ia tidak membiarkan baginda menjelaskannya, tidak seperti ibadat-ibadat lain yang memerlukan Hadis Amali dari baginda yang menjelaskan cara perlaksanaannya dengan betul. Sebagai contohnya, ayat pertama menunjukkan hukum melakukan puasa yang difardukan ke atas orang-orang Islam, ia juga ke atas umat-umat lampau.
Pelan Pemulihan Lotus
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju dengan pelan pemulihan Group Lotus memandangkan ia boleh dilaksanakan dan dicapai.
Beliau diberi taklimat mengenai pelan berkenaan semasa lawatan ke ibu pejabat Group Lotus di Norwich pada hari Sabtu. Group Lotus, anak syarikat milik penuh pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd, dijangka mengeluarkan kereta sports baru di bawah pelan berkenaan.
Beliau diberi taklimat mengenai pelan berkenaan semasa lawatan ke ibu pejabat Group Lotus di Norwich pada hari Sabtu. Group Lotus, anak syarikat milik penuh pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd, dijangka mengeluarkan kereta sports baru di bawah pelan berkenaan.
Tuesday, 12 July 2011
Qingdao Haiwan - Jambatan Terpanjang Didunia
HANDONG - Dengan jarak sejauh 42.5 kilometer, jambatan Qingdao Haiwan di China dengan mudah mengambil alih gelaran jambatan terpanjang di dunia daripada pemegang rekod sebelum ini, iaitu jambatan Tasik Pontchartrain di Louisiana, Amerika Syarikat.
Struktur gergasi itu menyambungkan bandar pelabuhan Qingdao di wilayah Shandong dan bandar Huangdao, merentasi lautan di Teluk Jiaozhou.
Saturday, 9 July 2011
Batuk & Laptopku Rosak
Batuk dan selsema.... Itulah penyebab utama blog ini tidak di update. Maaf buat pengunjung blog ini yang menantikan entry baru dari KK. Dah dekat seminggu batuk dan selsema menyerang. Ditambah plak masalah laptop yang rosak. Nasib baik la ada laptop wife yang selalu dia guna untuk bukak pesbuk dan jugak hadiah sempena birthday dia beberapa bulan lepas maka dapat la update entry ni.
Tuesday, 5 July 2011
iPhone 5 Keluar Oktober Ini?
Pasti ramai yang ternanti-nanti kemunculan telefon pintar baru dari Apple selepas berjaya memasarkan iPhone 4. Mengikut beberapa sumber,rekabentuk iPhone 5 jauh berbeza dari model sebelumnya. Ia menggunakan cip processor jauh lebih berkuasa dan lebih laju malah dilengkapi kamera 8mp yang boleh digunakan untuk rakaman video 'Full HD" (1080p) serta mempunyai dual flash untuk kualiti gambar lebih baik.
Monday, 4 July 2011
Sunday, 3 July 2011
Ferrari World Abu Dhabi
Ferrari World atau Taman Tema Ferrari dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat gergasi pembinaan iaitu Aldar Properties PJSC. Ia dibina di sebuah pulau bernama Yas Island dengan keluasan 4,843,759 kaki persegi dan merupakan taman tema indoor terbesar didunia. Bumbung bangunan Ferrari World diinspirasikan dari bentuk badan jentera Ferrari GT bertemakan warna merah yang sinonim dengan warna korporat Ferrari serta dihiasi logo ferrari yang terbesar pernah dibuat didunia.
Saturday, 2 July 2011
Trans Studio Bandung - Taman Tema Indoor Terbesar Didunia
Trans Corporation merupakan syarikat media terbesar di Indonesia. Pada 15 Disember 2001, Trans TV memulakan siaran ulungnya di Jakarta dan terus menjadi stesen TV paling diminati disana. Pada bulan Ogos 2006, Trans Corp. berjaya memiliki TV7 dan kini dikenali sebagai Trans7. Pemilikan kedua-dua syarikat TV paling popular ini menaikkan rating tontonan dan membawa keuntungan yang besar.
Friday, 1 July 2011
Obor-Obor Menyerang Stesen Janakuasa Nuklear
Dengar pada tajuk pun dah cukup menyeramkan. Inilah yang berlaku di United Kingdom apabila sekumpulan obor-obor menganggu kolam yang menyalurkan air untuk penyejuk ke sistem reaktor Stesen Janakuasa Nuklear milik Sotland berhampiran East Lothinian,Edinburg.Ia mengakibatkan dua reaktor nuklear Stesen Janakuasa Torness terpaksa ditutup.