Wednesday 26 March 2014

KETURAH - Ibu Keturunan Melayu?


Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim AS selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.
Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim AS. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim AS ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim AS. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak AS telah merayu Nabi Ibrahim AS untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim AS bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim AS. Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob AS. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim AS di kalangan bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.


Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM AS). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim AS (ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon') tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina. Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya. Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'- menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka).
Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim AS dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim AS. Jadi, jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim AS dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi beserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)? Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland. Ada misteri di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya dari era Firaun Kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik, Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam AS. Ini kerana Nabi Adam AS mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kajian ini hanyalah satu kajian untuk mencari asal-usul kaum Melayu. Tidak perlu kita percaya bulat-bulat tentang kajian ini, hanya jadikan ianya satu bahan bacaan kerana tiada bukti sahih dari kaum Melayu dan Islam sendiri, hanya berpandukan pada kajian barat dan orang-orang Yahudi. Wallahua'lam. Tetapi sebagai orang Islam, saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT supaya kita adalah Muslimin dan Muslimat yang akan berada di samping Imam Mahadi di Hari Kebangkitan nanti. Insya'Allah.

19 comments:

  1. Kalau sunggoh bagai dikata, tidak benar lah di ktakan selama n i..Melayu yang Layu
    .

    ReplyDelete
  2. sumber diambil dari kitab bible old testament. Apa bak jadi orang mlayu skarang. Pelan pelan percaya pada bible (kononnya kitab lama....???amende ni sume)

    ReplyDelete
  3. Bonda akhirnya terbongkar juga rahsia. .sejarah yang. Hilang ditutup kemas oleh hearsay dan history hmm ...

    ReplyDelete
  4. Pang5 bermaksud ahli syuro nusawangsa kehilangan pasti..patah tumbuh hilang berganti ..kalau runtuh kota mim lam qaf papan diJawi saya dirikan. .kalau sungguh bagai dikata harta dan diri ................. serahkan..bait 2 pantun nusawangsa yang terselindung ...bukalah mata hati mu.berjalanlah dijalan yang Pengatur semesta alam telah namakan dulu kini dan akan datang ...kerana times is ticking SaahNya hampir menghampiri Subuh. ..watch out! Azab Pengatur Nak Tiba ...ketibaan yg dinantikan hampir tiba ..bergembiralah bagi ulul albab yang memahami tanda2 di langit ...kemana kamu dan aku hendak bertempat ...bertempat di tempat yg dijanjikannya ...bina jejambat menuju keseberang ...shalom Salam Damai peaceful ...adios dari nusawangsamujuga. .

    ReplyDelete
  5. sampai hari ni rabai2 yahudi dan rahib2 kristian masih khilaf tentang beberapa perkara tentang status keturah disebabkan maklumat mengenai keturah sangat terhad. Mereka tidak sependapat dalam 3 perkara :

    1.samada keturah isteri atau gundik nabi Ibrahim a.s.
    2.samada keturunannya membiak di utara arab (palestin) atau di afrika)
    3.Samada dia berkulit putih atau hitam...

    semuanya takda kena dengan melayu..yang kita dok pi sibuk dok mengaku buat apa...memalukan...cerita tentang keturah memang ada dalam bible , genesis 25:1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan,ini hanyalah teori konspirasi. Di akhir nukilan telah saya suarakan pendapat dimana ianya hanya sekadar kajian,bukan fakta yang perlu kita percaya bulat-bulat.... wallahualam

      Delete
    2. Harap Tuan dapat meneruskan kajian ini. Menurut Ustaz Abdullah, beliau telah diberi peluang untuk membaca dan diberi sebahagian manuskrip/kitab yg disimpan di Masjid Aqsa. Beliau turut menemui Sirah mengenai Keturah dan telah melawat ke sana. Moga ada manfaatnya.
      https://www.youtube.com/watch?v=11iGJSErG2I&feature=youtu.be

      Delete
    3. InsyaAllah...kajian masih diteruskan..

      Delete
    4. Skg mmg dna austronesia melayu no 2 tertua slepas niger/congo..

      Delete
  6. Itu lah sebabnya israel sdng mencari susut galur keluarga nya di timur.

    Tiada yg mustahil. Nabi ibrahim di panggil bapa kedua umat manusia selepas Nabi Adam.

    Singapura pernah di cadang tempat pemindahan kaum yahudi oleh kerajaan British sebelum plastein. Itu juga sbb singapura bersahabat rapat dgn Israel .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar dakwaan tuan. Bersama2 kita beringat

      Delete
    2. Kuan yew talibarut british dr china lagi.. komunis japan bukan laa sejahat yg kite pikirkan

      Delete
  7. Sejarah harus terungkap hari ini. Saya mengikuti sejarah Abraham dan saya mengerti baik itu dari generasi Ishak, Ismail,maupun keturah.

    ReplyDelete
  8. Ya Salam semua ... Al-Quran dan Hadis Sahih yang tiada tentang di sebut nama Keturah ... Hanya cerita tentang Keturah itu memang ada dalam Bible sahaja, tetapi kami tolak kepercayaan pada kitab Bible yang di sebut nabi Ibrahim kahwin dengan Keturah ... Tak benar sama sekali ...

    ReplyDelete
  9. Qanturah memang melayu lah...nama pun Qanturah..dah nama The Lost Tribe...Allah saja lah yang tahu...😂..itu sebab ada yang percaya ada yang tak percaya...tengok balik pada pegangan agama kita...nanti kamu sendiri dapat Jawapan...tak payah kaji sejarah..tengok pada cara hidup kita pun sama seperti Nabi Ibrahim...kita tengok pengakhiran dia.maaf salah cakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul wwehm. Org asli dr dulu bsunat n tanam bila mati.. bersih.. jaga sungai.. x berak kt sungai

      Delete
  10. Relax..bertenang..
    Itu semua Abuya Al Fata At Tamimi akan jwb..bila dia zahir semula nnti.
    insya-Allah.
    Tgk sj jemaah nya.
    Mcm x pernah2 mati pon!.
    Biasa kalau jemaah diharamkan krn SESAT..mmg terus padanlah!.
    Ttp ini tidak berlaku kpd Al Arqam.
    Malah jemaah lebih berkembang maju ke serata dunia..dan dikatakan Syt Islam terbesar di dunia dgn keluaran produks lebih 4oo jenis (w/pun x byk dihasilkan).
    Restoran ada 124 buah di seluruh dunia yg bertaraf 7 Bintang.. dgn 38 buah Ikhwan Mart dll lg.
    Semo itu tanpa pinjam bank 1sen pon!.

    Skrg dgr kata nk beli kapal terbang skrg, sbb staff2 & Villa mrk berada di merata Dunia!.
    Nk jelas, tgk cni..
    https://youtu.be/xuBgJPbJLL4

    Ampun ya ALLAH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...