Tuesday, 25 March 2014

Pemuras - Senjata Hebat Melayu Nusantara


Pemuras (blunderbuss) adalah bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang kembang di muncung, dan digunakan bersama peluru timah hitam (lead). Pemuras merupakan bentuk awal bedil yang digunakan bagi ketenteraan dan kegunaan pertahanan. Istilah Terakol (Dragoon) digunakan bagi menggambarkan pemuras dalam bentuk pistol tangan.

Di Alam Melayu pula Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)



Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol. Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat. Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni. Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Anda semua mungkin hanya mengetahui yang senjata Melayu hanyalah keris , tombak , kerambit dan pedang .Didalam filem juga menunjukkan yang Melayu hanya tahu menggunakan senjata seperti yang saya nyatakan tadi dan kebanyakan adegan didalam filem menunjukkan Melayu adalah sebuah golongan yang miskin .Tahukah anda Melayu juga mempunyai meriam dan pistol buatan sendiri ?
Ini menunjukkan Melayu sememangnya tidak bodoh kerana Melayu telah mencipta senjata canggih pada masa dahulu.

Antara senjata api yang telah dicipta oleh orang Melayu adalah seperti
  • Cannon = meriam/lela
  • Portable cannon/swivel gun = lela rentaka
  • Flintlock muskeet = istinggar
  • Blunderbuss = pemuras
  • Pistol = terakol

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...