Wednesday 26 March 2014

Bangsa Melayu Berasal Dari Keturunan Bani Israel?


Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi Melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim AS, jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal dari salah satu kaum bani Israel yang hilang. Nak tahu mengenai sejarah dan rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim AS yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yang hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum bani Israel yang sesat atau bangsa Yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:


01. Reuben

02. Simeon

03. Levi

04. Judah

05. Issachar

06. Zebulun

07. Dan

08. Naphtali

09. Gad

10. Asher

11. Joseph

12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.


Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.



Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s.). Nabi Yusuf a.s. ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia? 



Hasil kajian Pn Zaharah Sulaiman dari dari Ikatan Arkeologi Malaysia bersama-sama beberapa professor dari UKM, USM dan UiTM berasaskan data yang dikumpul oleh projek Human Genome yang merupakan peta DNA paling lengkap yang pernah dikumpul.

3 comments:

  1. Boleh kongsikan info maklumat penyelidik UKM tersebut ? artikel @ hasil penyelidikannya. Boleh pm saya. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.youtube.com/watch?v=qQreBYu8AoM&feature=youtu.be

      ini video yang saya dapat dalam youtube mengenai hasil penyelidikan Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia dimana kajian usahasama bersama UKM, USM dan UiTM

      Delete
  2. Kisah Qeturah isteri ibrahim a.s hanya ada dari kitab bible. Bible juga orang percaya..ya. Betul ke ni sume?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...