BENARKAH wujud planet yang ke-12? Jika ya, apa buktinya? Dan yang paling penting adakah planet ini berbahaya kepada bumi? Inilah persoalan yang sehingga kini masih belum terjawab. Bermula dari zaman Mesopotamia dan juga pada era kegemilangan kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezza terdapat sebuah kisah dongeng tentang planet yang ke-12 (termasuk matahari dan bulan) berada di dalam sistem solar dan dikenali sebagai Planet X atau Planet Nibiru.
Tidak seperti planet lain yang mempunyai satu orbit, planet ini mempunyai dua orbit.Beberapa pakar menganggap tamadun Sumeria ini adalah tamadun pertama dan tertua wujud di bumi. Buktinya adalah penemuan satu batu bersurat atau dikenali Skrip Cuneiform. Di dalam skrip tersebut tercatat setiap 3600 tahun, dipercayai Nibiru akan menghampiri ruang orbit di antara bumi dan bulan.
Pertengahan tahun 2003 lalu ada khabar angin mengatakan bahawa Planet X melalui sistem solar dan menghampiri bumi. Jika ini berlaku, bumi akan berhenti berputar dan mengelilingi orbit selama lebih kurang tiga hari. Beberapa catatan mengenai pekara ini tercatat di dalam kitab Injil, epik kaum Maya dan juga lagenda Hopi.Tetapi sehingga kini tiada apa-apa yang berlaku.
Ini bermula dengan khabar angin Bumi akan musnah pada tahun 2012 disebabkan tamatnya kalendar kaum Maya iaitu suatu kaum yang bertamadun tinggi yang wujud sekitar 2500 tahun sebelum Masihi di bahagian tengah Benua Amerika yang meliputi Honduras, Guatemala, El Salvador Utara sehingga ke tengah Mexico.
Ramalan Nostradamus (Michel de Nostredame (1503 – 1566), seorang ahli ramal Perancis yang tersohor dengan ramalan-ramalan beliau melalui bukunya Les Propheties ("The Prophecies") (1555). Ramalan beliau menyatakan bahawa planet Bumi akan binasa disebabkan perlanggaran dengan planet Nibiru pada 21 Disember 2012. Dakwaan ini berasaskan kepada berakhirnya kalendar kaum Maya.
Planet
bernama Nibiru atau planet x (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran
orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar
bumi dan sama besar dengan planet Jupiter( Musytari).
Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. Pada bulan Mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..
Lintasan Planet Nibiru ini ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.
Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. Pada bulan Mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..
Lintasan Planet Nibiru ini ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.
Dakwaan dan ramalan tentang ruang angkasa dan apa yang berlaku di luar ruangan atmosfera, mungkin dapat dipercayai ribuan tahun dahulu. Namun pada hari ini, sudah ada satelit dan alat pencerap untuk menyemak kebenaran dakwaan ini.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Tuan Mohd Fairos Asilan menjelaskan, “Jika benar Planet Nibiru ini akan melanggar bumi pada tahun 2012, sudah tentu ia sangat hampir dengan bumi dan kita sudah lama mengesannya.”
Tambah beliau lagi, “Dunia mempunyai banyak program pemantauan angkasa dan sistem teleskop kita boleh mengesan benda yang jauh sehingga beribu-ribu tahun cahaya.”
Kenyataan beliau ini disahkan lagi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili ketika berucap di Dewan Negara. Beliau memberitahu bahawa dakwaan Planet Nibiru akan melanggar bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012 adalah tidak benar. Bahkan kewujudan Planet Nibiru pun masih diragui.
Kononnya perlanggaran Planet Nibiru akan mengakibatkan kerosakan yang besar kepada bumi. Bahkan ada yang mengaitkan ini dengan terjadinya hari kiamat. Sudah ada banyak buku yang berani menggandingkan Kiamat dan tahun 2012.
Ini urusan penting yang membabitkan keyakinan atau akidah umat Islam. Beriman kepada hari Kiamat merupakan satu dari rukun iman yang enam. Jika benar ada manusia yang mengetahui tarikh kiamat, tentulah Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau) yang paling layak untuk mengetahuinya. Dalam catatan sejarah, Nabi Muhammad tidak pernah meramalkan bila datangnya hari kiamat.
Nabi sendiri tidak diberitahu tentang hari kiamat. Begitu juga dengan makluk yang lain, semuanya tidak mengetahui tarikh kiamat melainkan Allah Yang Maha Esa sahaja. Bahkan malaikat yang ditugaskan untuk meniup trompet hari kiamat pun tidak mengetahui bilakah trompet perlu ditiup. Nabi menjelaskan hal ini dalam satu hadis yang bermaksud,
“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan trompet ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya…” (Hadis Tirmizi, dinilai sahih oleh Al-Albani)
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment