Wednesday, 24 October 2012

Terusirnya Nabi Adam a.s Dan Hawa


Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
Surah Taha: 121

Maka berlari-lari adam mencari dedaun untuk menutup aibnya dan terjumpa pula pohon semacam tembikai.

"Pohon ini cantik lembut daunnya juga mudah terkoyak jadi tak layak menutupi sesuatu." maka Adam berlari lagi.

Akhirnya Adam bertemu pohon Tin. Pohon tu kesian pada Adam dan memberikan 3 helai daunnya. Daun tu cukup besar untuk Adam menutup keaibpan dirinya. Kemudian Hawa pula datang, pohon Tin memberi pula 5 helai daunnya.

Setelah itu Adam tidak lagi layak tinggal di syurga dan akan diusir. Adam dan Hawa meratap kesalan. Adam cuba berpaut pada pepohon syurgawi tetapi mereka mengelak walaupun mereka menangis, kecuali dua benda, emas dan perak.

Kenapa kamu tidak meratapi Adam kepada kedua-duanya.?
 
 
Ya Tuhan kami, Engkau sudah beri amaran kepadanya, kenapa dia lupa.? Maka itu salah Adam sendiri, kenapa kami mahu menangis untuknya.?

Sekalian benda menangis dan bersedih kerana Adam, semua makhluk menghormati Adam kecuali kamu. kerana sebab ini, didunia nanti anak Adam akan memakai emas dan perak sebagai perhiasan ingatan pada peristiwa ini, walaupun kamu hanyalah tanah keras yang menjadi batu (logam).
 
 
Pada pohon Tin pula ditanya

Wahai pohon Tin, Kenapa kamu berikan Adam daun-daun kamu supaya Adam menutup dirinya, sedangkan pohon lain enggan berkongsi?

Jawab pohon tin, Ya Tuhan, Aku mempelajari sifat pemurah dari Engkau. Engkau berikan aku banyak daun lebih dari yang aku perlukan, mengapakah tidak boleh aku izin kan dia tumpang kemakmuran yang Engkau anugerah kepada Ku?

Kamu akan turut bersama mereka turun ke bumi, dan bunga kamu tidak akan berkembang keluar, sebaliknya ke dalam.

Pohon Ud' (gaharu) pula yang paling terlebih menangisnya meratapi Adam dan cuba melindungi Adam dengan ratapannya.

Kamu pun akan turun ke bumi bersama Adam, dan dia akan memotong kayu kamu dan membakarnya, agar dia dapat mencium keharuman mu dan mengingatkan dia terhadap Istananya di syurga dahulu.

Turunlah kamu berdua dari syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain kemudian jika datang kepada kamu pertunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut pertunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.
Surah Taha: 123

Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.
Surah Al-A'raf: 25

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.
Surah Al-A'raf: 27.

Setelah Nabi Adam dikeluarkan dari syurga, dan beliau diturunkan ke bumi di Tanah Besar Hindi iaitu di Serindik (Sarandib), yang dikenali dengan Sri Lanka sekarang ini.

Hawa pula diturunkan di Tanah Besar Arab iaitu Jeddah.

Akhirnya mereka dipertemukan di Jabal Rahmah.

Dikala itu Tanah Dataran Bumi belum lagi merekah dan belum lagi dilanda banjir besar seperti sekarang ini dan waktu itu terdapat empat dataran tanah besar di bumi.

1 - Dataran Tanah Besar Sunda.
2 - Dataran Tanah Besar Hindi.
3 - Dataran Tanah Besar Arab.
4 - Dataran Tanah Besar Afrika.

Sebelumnya itu bumi ini telah pun dibersihkan ratusan ribuan tahun dari segala halangan termasuk mahluk raksasa (dinosaur) dihapus matikan untuk memberi ruang dipersiapkan akan kedatangan seorang khalifah dari langit....

Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...