Haikal Sulaiman dipercayai telah didirikan pada tahun 960 SM oleh Nabi Sulaiman a.s. Pada 370 tahun kemudian bangsa Babylon menaluk Jerusalem dan menghancurkan kuil tersebut. Setelah itu, tentera Parsi yang dipimpin Cyrus telah menaluki Jerusalem dari tangan Babylon dan membangunkan semula Haikal Sulaiman. Tetapi pada tahun 70 M, pasukan Romawi telah menyerang Jerusalem dan menghancurkan kembali Haikal Sulaiman serta meratakannya separas tanah.
Kurun demi kurun berlalu, namun cita-cita kaum Zionis-Yahudi untuk membangunkan kembali Haikal Sulaiman terus membara. Kerana bagi mereka Haikal Sulaiman yang termaktub dalam Torrah (kitab Taurat) itu adalah pusat dunia dan di situ jugalah bakal bersemayamnya Messiah bagi orang Yahudi. Oleh kerana itu, mereka memerlukan persedian untuk menyambut Messiah.
Rancangan telah lama disusun, ketika gerakan Zionisme Antarabangsa memulakan kongres pertama di Bassel, Swiss, pada tahun 1897, seorang rabbi utama Yahudi, Theodore Hertzl telah menyeru agar semua bangsa Yahudi dari seluruh pelusok dunia kembali semula ke Tanah Suci Palestin (Israel kini) yang disebutnya dalam Taurat sebagai The Holy Land.
Bagi kaum Yahudi berfahaman Zionis,
mereka percaya bahawa ditapak Masjid al-Aqsa inilah Haikal Sulaiman
pernah didirikan. Oleh kerana itulah, mereka berpendapat bahawa tidak
ada pilihan lain selain daripada menghancurkan Masjid al-Aqsa dan
kemudian membangun kembali Haikal Sulaiman di atas tapak runtuhan itu.
Mereka
percaya, Kuil Sulaiman harus dibina untuk menyambut kedatangan Messiah
Yahudi yang akan bertahta di atas singgahsana-nya. Berbeza dengan kaum
Yahudi yang menolak Zionisme, mereka berpendapat bahawa Messiah
sendirilah yang akan datang dan memimpin kembali pembangunan Haikal
Sulaiman yang pada akhirnya diperuntukkan bagi pusat pemerintahan dunia
(One World Government).
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Yahudi Zionis bagi membutakan mata serta minda umat Islam di dunia tentang Masjid al-Aqsa. Jika
pembaca pernah melihat gambar diatas, itulah apa yang dikatakan sebagai
antara usaha yang dilakukan oleh Yahudi dan konco-konconya (media) bagi
mengelirukan umat Islam khasnya umat manusia amnya.
Tahun 2012 ini menyaksikan Israel semakin rakus dalam usaha mencapai
impian mereka untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa dan membina semula Haikal
Sulaiman.
Namun sampai bilakah langkah ini berterusan menjadi tanda tanya memandangkan sikap kerajaan zionis Israel sendiri yang suka melakukan provokasi ke atas penduduk Palestin dan pengyahudian Baitulmaqdis bukan lagi sesuatu agenda yang rahsia.
Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang menyimpan impian untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang mahu digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif untuk menguatkan dakwaan pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya masjid-masjid di atasnya.
Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya berlandaskan kerja-kerja arkeologi itu. Kaum Yahudi kelihatan begitu teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka dan perlu dilaksanakan, yang menjadi persoalan hanyalah bila Haikal Sulaiman itu akan dibangunkan?
Mereka (membelakangkan Kitab Allah)
dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan
dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak
mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak
Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah
yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua
malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka
berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka
menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan
(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan
mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari
mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami
dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan
dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya
membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi
sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa
yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik
di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk
diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
|Surah Al-Baqarah 102|
No comments:
Post a Comment