Monday, 31 March 2014

Diego Garcia - Antara Strategi Atau Konspirasi


Diego GarcĂ­a adalah karang atol (pulau koral yang mengelilingi sebuah laguna sebahagian atau keseluruhannya) dan pulau terbesar di Kepulauan Chagos. Pulau ini dibawah jajahan British Indian Ocean Territory (BIOT). Ia terletak di Lautan Hindi sekitar 1,970 batu nautika (3,650 km) selatan pesisir pantai Afrika (Tanzania), 967 batu nautika (1,790 km) barat daya pesisir India (Kanyakumari) dan 2,550 batu nautika (4,720 km) barat laut Australia (Cape Range National Park,Barat Australia). Negara yang paling hampir dengan pulau ini adalah Sri Lanka dan Maldives.



Penduduk asal Diego Garcia berketurunan Afrika

Penjajah Portugis merupakan orang Eropah pertama yang melakukan penjelajahan ke Pulau Diego Garcia. Penjelajah Pero de Mascarenhas dianggap sebagai penemu ketika berlayar di bawah kepemimpinan Dom Garcia de Noronha pada tahun 1512-1513. Pada tahun 1960, Kepulauan Chagos secara rahsia disewakan atau dipajakkan kepada pihak Inggeris. Pada tahun 1971, British dan Amerika Syarikat menyetujui perjanjian dimana pulau ini akan didirikan Pangkalan Tentera.
 
Sejak itu, British telah memaksa lebih 2000 penduduk pulau itu yang berketurunan Afrika serta buruh dari India yang dibawa masuk oleh Perancis pada abad ke-18 ke pulau-pulau sekitarnya, termasuk Mauritius, yang berjarak 1.200 batu nautika. Sebagai gantinya,pangkalan tentera gabungan British - Amerika Syarikat didirikan.


Mistik - Ditindih Sewaktu Tidur (Sleep Paralysis)


Fenomena ini mungkin telah seringkali dialami oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.



Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat yang menamakan fenomen ini sebagai“Sleep Paralysis“ ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut, terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa semalaman.

Thursday, 27 March 2014

#MH370 - Dirampas Amerika (Dakwaan Pihak Rusia)


Spekulasi demi sepekulasi dapat kita dengar sepanjang kehilangan pesawat MH370 kepunyaan MAS semenjak 8 Mac 2014 yang lepas. Sebelum ini,blog Kurik Kundi belum pernah mencoret sebarang kisah mengenai Konspirasi kerana kami lebih gemar mencoret mengenai sejarah ketuanan melayu. Namun,kami terpanggil untuk berkongsi kisah dari rakan2 blogger lain agar dapat dinilai secara positif,bukan untuk dipercayai 100% tapi menggunakan logik akal untuk mengaitkan spekulasi ini dengan kehidupan sebenar kita hari ini. Berfikirlah secara bijak kerana kita sebagai rakyat marhaen hanya mampu berdoa dan bertawakal semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi


Wednesday, 26 March 2014

Bangsa Melayu Berasal Dari Keturunan Bani Israel?


Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi Melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim AS, jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal dari salah satu kaum bani Israel yang hilang. Nak tahu mengenai sejarah dan rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim AS yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yang hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum bani Israel yang sesat atau bangsa Yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:


01. Reuben

02. Simeon

03. Levi

04. Judah

05. Issachar

06. Zebulun

07. Dan

08. Naphtali

09. Gad

10. Asher

11. Joseph

12. Benjamin

KETURAH - Ibu Keturunan Melayu?


Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim AS selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.
Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim AS. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim AS ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?

Tuesday, 25 March 2014

Lela Rentaka - Senjata Hebat Melayu Nusantara


Lela merujuk kepada salah satu daripada jenis senjata api tradisional Melayu yang menggunakan ubat bedil. Reka bentuk Lela adalah jenis bedil mudah alih dan agak kecil. Pada kebiasaannya, Lela diperbuat daripada tembaga dan lebih panjang berbanding Rentaka dalam jenis meriam Melayu.Meriam/Lela digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya. Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara

Pemuras - Senjata Hebat Melayu Nusantara


Pemuras (blunderbuss) adalah bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang kembang di muncung, dan digunakan bersama peluru timah hitam (lead). Pemuras merupakan bentuk awal bedil yang digunakan bagi ketenteraan dan kegunaan pertahanan. Istilah Terakol (Dragoon) digunakan bagi menggambarkan pemuras dalam bentuk pistol tangan.

Di Alam Melayu pula Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Darth Vader - Topeng Misteri


Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spilbearg adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara. Maka tidak hairanlah jika dikatakan setiap watak dalam filem menjadi idola bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa. Satu-satunya watak yang amat mencurigakan ialah watak Darth Vader yang bertindak sebagai bapa kepada si hero iaitu Skywalker. Watak jahat yang agak gentlement ini tidak dibenci oleh kebanyakan penonton kerana ia membawa imej yang bersih, berkaliber dalam setiap aksi kejamnya.

Namun begitu, kemusykilannya adalah berdasarkan pereka grafik yang mencipta watak dan wajah Darth Vader ini. Dari manakah idea mencipta wajah Darth Vader ini diambil oleh pereka grafik filem Starwars? Ini kerana imej topeng Darth Vader kelihatan terpampang di salah satu menara Washington National Cathedral dengan ciri-ciri yang jelas dan tinggi kedudukannya. Imej itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perlu menggunakan teropong untuk melihatnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...