Nama asal beliau ialah Nadim Bin Jebat di lahir kan pada tahun 1436M di Pulau Besar Melaka. Bapa nya ialah Hang Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapa nya dibunuh, ibu nya melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu Pulau Besar. Penduduk Pulau itu banyak yang berketurunan Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun 1420M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai, Kelantan/Cermin dan Jeddah datang. Pada tahun 1495M rombongan Ulama Pasai yang di ketuai Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46 orang, iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki, kebanyakan nya adalah Ulama.
Setelah lahir Hang Nadim, beliau di serahkan kepada Hang Tuah untuk di didik. Anak yatim ini di didik olih Hang Tuah seperti anak nya sendiri. Hang Tuah juga ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna. Ketiga mereka ini di didik dengan ilmu ugama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih dan Pulau Besar. Mereka di hantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid Thanauddin wafat pada tahun 1510M dan makam nya ada di Pulau Besar. Setelah dewasa Hang Nadim di kawinkan dengan Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana Melaka. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana di serah kan kepada Laksamana Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi Laksamana jawatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.
Pada tahun 1510M satu peristiwa fitnah besar yang dahsyat berlaku. Pada khianat orang Tamil Muslim terjadinya pembunuhan 4 orang Pembesar Melaka iaitu;
1- Bendahara Tun Mutahir.
2- Temenggung Tun Hasan anak Bendahara Tun Mutahir.
3- Tun Ali, menantu/anak saudara Bendahara Tun Mutahir.
4- Seri Nara DiRaja, Abang Bendahara Tun Mutahir /Besan beliau.
Selepas peristiwa ini Laksamana Khoja Hasan pula dipersalahkan kerana tidak siasat hal yang sebenar. Khoja Hasan dipecat dan dihalau dari Melaka. Laksamana Khoja Hasan balik ke Pasai dan menuntut lagi ilmu ugama. Beliau ialah anak Ulama yang mentafsir kan kitab Daru’il Mazlum iaitu Maulana Sayyid Ibrahim Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail ialah bapa kepada Maulana Malik Ibrahim. Maulana Malik Ibrahim ialah KETUA WALI SONGO juga dikenali juga dengan SUNAN MAGHRIB. Nama sebenar Laksamana Khoja Hasan ialah Maulana Sayyid Fadillah. Dikatakan beliau lah yang menewaskan Portugis dan membuka Pelabuhan Sunda Kelapa menjadi JAYAKARTA atau JAKARTA.
Setelah jawatan Laksamana kosong, jawatan ini di berikan kepada Hang Nadim. Dimasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511M, beliau lah Laksamana Angkatan Laut Melaka. Pada masa itu Melaka mempunyai 100,000 orang tentera dan ada 3000 pucuk meriam. Kekalahan tentera Melaka ini bukan disebabkan KEKUATAN TENTERA PORTUGIS, tetapi kerana ada pembelot dari kalangan orang Cina, Tamil Muslim dan segelintir saudagar Jawa. Orang orang ini menjadi pedagang di Melaka dan konon nya TIDAK PUAS HATI KE ATAS CUKAI YANG DI KENAKAN. Pada permulaan Perang, Portugis hampir kalah akan tetapi Ketua Orang Jawa iaitu Utimur Raja menjadi pembelot dengan memberitahu kelemahan dan PETA Kota Melaka. KOTA MELAKA bukan A FORMOSA. Kota Melaka di dirikan oleh Tun Perak, dari kawasan Kota A Formosa terus ke Limbungan membawa ke Durian Daun membawa ke Semabok dan terus ke Bukit Senjuang dan terus ke Bandar Hilir kembali. Kota Melaka yang asal menutupi memagari seluruh bandar Melaka. Di Dataran Pahlawan, dulunya laut, masih ada lagi sisa-sisa Kota Melaka. Mesti diingatkan bahawa A Formosa ialah KOTA PORTUGIS bukan KOTA MELAKA.
Setelah Melaka kalah, Sultan Dan pembesar Melayu lari ke Pagoh. Masih ada lagi tinggalan mereka di Pagoh, Segamat. Dari Pagoh mereka menyerang Portugis kembali.Tentera Portugis menghancurkan Pagoh dan Sultan Mahmud lari kearah Kota Seluyut dalam Daerah Kota Tinggi. Serangan tetap di buat ke Melaka di ketuai Tun Biajid dan Laksamana Hang Nadim. Tun Biajid lari ke Pasai kemudian ke Patani dan kemudian ke Pahang. Pada akhir Tun Biajid, beliau menetap disatu tempat di Pahang. Laksamana Hang Nadim pula mengikut Sultan Ke Johor. Tun Guna bin Hang Tuah meninggal dunia semasa serangan Portugis di Kota Bentayan, Pagoh. Laksamana Hang Nadim banyak berkhidmat dengan banyak Sultan Melaka dan Johor, seperti Sultan Mahmud 1, Sultan Ahmad Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah 2 (Sultan Johor 1), Sultan Alaudin Riayat Syah 3. Beliau juga yang membina Kota Bintan dan juga Makam Tauhid di Kota Tinggi. Selepas mendirikan Makam Tauhid beliau “GHAIB HILANG” seperti juga riwayat Hang Tuah.
Dimasa itu Sultan Johor ialah Sultan Abdul Jalil Ali Munghayat Syah. Bendahara nya ialah Tun Seri Lanang. Dikatakan oleh orang-orang tua dahulu kala Makam Laksamana Hang Nadim berda di Pulau Besar di samping makam bonda dan ayahandanya tapi sukar dibuktikan. Dulu, kawasan di sekeliling Keramat Tempayan Pecah memang ada makam lama dan tidak diketahui siapa yang dikuburkan disitu. Tetapi sangat sayang sekali, sekarang makam kuburan ini telah di ratakan untuk membuat padang golf.
Akan tulisan didalam kitab Sulalatus Salatin, Sejarah Kesultanan Johor dan Sejarah Melayu dan Bugis boleh dirujuk. Ungkapan “Hang” adalah gelaran pangkat kebesaran yang di beri oleh Sultan Mansor Syah kepada Hang Tuah dan 7 orang lagi sahabat nya di ketuai oleh Tun Bija Sura.
Ini versi ke dua dari cerita riwayat Hang Nadim ada pula versi pertama dan ramai orang maklum adalah kisah Hang Nadim dan Temasik (Singapura) dilanggar ikan todak. Apakah ia orang yang sama atau dua orang yang kebetulan mempunyai nama yang sama.
Persoalannya sekarang dimanakah keturunan anak cucu cicit Hang Tuah dan Hang Jebat..?
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment