Sunday, 18 May 2014
Asal Usul Meriam Secupak Lada (Acheh)
Pada suatu ketika dahulu, Sultan Alauddin menghantar utusannya untuk menghadap Sultan Sulaiman di Istanbul.
Di istana,
‘ Patik utusan Sultan Alauddin, datang ingin menghadap Duli Yang Mulia, Khalifah Sultan Sulaiman. Tujuan patik datang ke mari adalah untuk meminta pertolongan daripada kerajaan Tuanku berikutan ancaman Portugis di negara patik, Acheh. Dan bersama-sama patik, ada patik bawakan hadiah berupa lada (sangat berharga satu ketika dahulu) sebagai persembahan kepada tuanku.’
‘ Maafkan patik wahai utusan yang mulia. Yang Mulia Khalifah Sultan Sulaiman tiada ketika ini. Baginda sedang sibuk memimpin tentera-tentera Islam yang berjihad di Hungary sana.’
Kelihatan utusan tersebut tersangat kecewa kerana tiada peluang untuk bertemu dengan Khalifah. Masa berganti masa, hari berganti hari. Semakin lama menetap di Istanbul, semakin habis bekalan perbelanjaan mereka. Sehingga kedengaran pula, Khalifah Sultan Sulaiman mangkat, dan kemudian perlantikan khalifah yang baru dibuat. Ketika utusan Sultan Alauddin tersebut berniaga di pasar, dia didatangi oleh seorang lelaki,
‘ Laris sungguh jualan tuan hamba.’
‘ Terima kasih wahai orang yang mulia. Adakah tuan hamba berminat untuk membeli lada ini, namun hanya secupak yang tinggal ‘
‘ Boleh juga. Berapakah harganya secupak ? ‘
‘ Sebelum patik memberitahu harganya, bolehkah tuan hamba perkenalkan diri ? ‘
‘ Sudah tentu. Beta Khalifah……..’
‘ Maafkan patik wahai khalifah yang mulia. Sebenarnya patik sudah lama menyimpan niat untuk berjumpa dengan tuanku. Lada yang patik bawa dari Acheh ini sebenarnya hadiah untuk tuanku dari kerajaan patik. Patik diutuskan oleh Sultan Alauddin untuk meminta pertolongan tuanku kerana ancaman Portugis di nusantara.’
‘ Beta terima hadiah ini wahai utusan yang mulia. Maafkan beta kerana tidak dapat berada ketika ada orang yang memerlukan bantuan beta.’
‘ Khalifah yang mulia, maafkan patik juga kerana hadiah sembahan dari negara patik hanya tinggal secupak. Terharu benar patik kerana tuanku masih sudi menerimanya.’
‘ Beta juga hamba Allah yang biasa walau utusan yang mulia. Beta akan perintahkan tentera-tentera beta beserta meriam Turki, dan tukang yang mahir membuat senjata api dan meriam untuk mengikut tuan hamba pulang ke Nusantara. Adakah bantuan itu mencukupi ? ‘
‘ Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Melebihi dari cukup tuanku. Akan patik namakan meriam ini Meriam Lada Sicupak kerana tuanku telah memberi bantuan yang sangat banyak meskipun pertukarannya hanyalah secupak lada. Hanya Allah yang berhak membalas jasa tuanku, wahai khalifah yang mulia.’
‘ Beta tetap rasa bersalah. Kerana bantuan beta yang lewat ini. Moga Allah memberkati usaha kamu wahai utusan yang mulia.’
Lalu, pulanglah utusan itu kembali ke negaranya dan Sultan Alauddin sangat gembira menerima bantuan dari Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pada tahun 1564 Khilafah kerajaan Uthmaniah, Turki berbesar hati menghadiahkan kerajaan kesultanan Acheh sebanyak 500 buah meriam. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di dunia pada ketika itu. Dengan bantuan tersebut, Sultan Alauddin melancarkan beberapa serangan iaitu pada 1537, 1539, 1547, 1568, 1573 dan 1575 untuk merampas kembali kerajaan Melaka. Portugis berjaya disekat dari menjajah Acheh dan wilayah lain namun, oleh kerana bantuan yang lewat, Portugis sudah mula menguasai Melaka.
Kisah sejarah yang ramai antara kita yang tidak pernah ketahui. Saya juga baru sahaja membacanya, dan mendapati sangat menarik untuk diceritakan dan dikongsi bersama. Membaca kisah ini, membuatkan saya teringat akan kegemilangan Islam satu ketika dahulu, Islam menjadi pemerintah alam. Islam menjadi satu agama yang boleh diterima oleh semua agama. Begitu juga betapa hebatnya Kerajaan Melaka ketika dahulu sehingga negara berdekatan membantu untuk membebaskannya dari penjajahan.
Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566 M) yang saya ceritakan di atas, juga digelar Sulaiman The Magnificient. Era kepimpinannya dalam Kerajaan Turki Uthmaniah merupakan yang paling berjaya dalam kebangkitan bidang keilmuwan dan sains. Banyak kerajaan yang ditawan oleh baginda. Antaranya Belgrade, Armenia, Iraq, manakala armada laut Uthmaniah sangat disegani dari Laut Putih, Laut Merah sehingga ke Lautan Hindi.
Islam bangkit menguasai kepimpinan dunia sejak Kota Constantinople dibuka pada tahun 1453, namun setelah syahidnya Khalifah Sulaiman Al-Qanuni, dunia kembali jatuh kepada penjajahan barat dan mereka telah berjaya meruntuhkan kebanyakan kerajaan Islam yang kuat termasuklah Kerajaan Melaka. Bangunlah bangsa melayu,bahawasanya melayu merupakan kaum yang hebat dan gagah suatu masa dahulu.
1xbet korean betting | No Deposit Needed | Top Online
ReplyDelete2xbet korean betting. www 1xbet com It is a simple and straightforward betting strategy that is used to winnings. The main advantage is that you can't only bet at the right time