Tuesday, 30 June 2015

Rohingnya : Kronologi Sejarah Kekejaman Dan Penindasan


Asal Rohingya dalam kerajaan purba Arakan: Arab-Chandra

Bangsawan India Chandra memanggil bangsa purba berkulit gelap Arakan sebagai Rakkhasas.

788: Semasa pemerintahan raja Arakani India Chandra iaitu Raja Sing Mahat Daya telah mencatatkan beberapa buah kapal Arab pecah di Pulau Ramree. Mangsa yang selamat telah dihantar ke Arakan dan terus menetap di perkampungan-perkampungan di situ. Tercatat juga penempatan Arab yang serupa di bahagian selatan Chittagong.

785 – 957: Pedagang Arab mula menetap di Arakan dan Chittagong iaitu Bangladesh pada hari ini. Percampuran dengan populasi tempatan telah membentuk golongan pertama Chandra-Rohingyas di Arakan. Bahasa mereka dipengaruhi Sanskrit, Pali, Bahasa Arab, Krasnovodsk, Portugis yang akhirnya membentuk dialek Chandra-Rohingya yang serupa dengan dialek Chittagonian dengan sedikit perbezaan. Mereka adalah rakyat kerajaan purba Chandra.


957 – 1430: Kedaulatan Mongoloid Mogh di Arakan: Kebangkitan Rakhine Moghs
Penaklukan Mongoloid dan permulaan “Kula” (Chandra) berhijrah beramai-ramai ke Utara Arakan dan Chittagong. Permulaan Rakhine di Selatan dan Rohingya di Utara.

957: Pencerobohan Mongolia (Burma) dan kejatuhan Chandras dan permulaan dinasti Tabaung Mongoloid dan permulaan “Kula” (Chandra Indians, Rohingya purba) berhijrah beramai-ramai ke timur India (Chittagong). Rohingya adalah Muslim dan Rakhine adalah pengikut agama Buddha.

1044 – 1077: Permulaan penempatan Mongoloid Burma di Arakan dan dikenali sebagai Moghs. Agama bertukar dari Mohayana kepada Theraveda Buddhism. Rohingyas meninggalkan Arakan dan pergi ke Chittagong.

1406: Raja Burma, Raja Min Khaung Yaza telah menyerang Arakan. Raja Arakan, Noromi-kala bersama pengikut-pengikutnya telah meminta perlindungan dari Sultan Gaisuddin Azam Shah, raja Bengal. Noromi-kala dilantik menjadi pegawai tentera.



Hubungan Mrauk U dengan tamadun sematik India 

1430: Selepas 24 tahun Sultan Jalal uddin Khan menghantar Wali Khan sebagai ketua tentera kepada 20,000 askar Pathan bagi membantu Noromi-kala mendapatkan takhtanya kembali, Noromi-kala menjadi raja dengan nama Sulauman Shah.

1431: Jeneral Wali Khan mengambil alih dan memerintah Arakan sebagai pemimpin Muslim yang bebas. Beliau memperkenalkan Persian sebagai bahasa rasmi Arakan. Noromi-kala lari ke Bengal semula.

1433: Wali Khan mati dalam pertempuran dengan Jeneral Sindhi Khan dari Bengal dan Noromi-kala jadi raja Arakan. Sebagai balasan, 12 buah bandar Bengal dikembalikan termasuk seluruh selatan Chittagong. Bahasa Persian tetap digunakan di Arakan. Pengikut Jeneral Sindhi Khan menetap di Mrohaung dan kawasan luar bandar. Itu adalah permulaan budaya dan komuniti besar Rohingya.


Lanun Mogh-Portugis di kawasan bawah Bengal

1538: Sher Shah mengalahkan Sultan Gaur yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Bengal dan permulaan lanun Mogh-Portugis di Bay.

1660: Pembunuhan Shah Suja, putera Monghul dan keluarganya semasa di bawah jagaan raja Arakan, Sandathudamma.

1665: Shaista Khan lancar penaklukan ke atas Chittagong sebagai balas dendam atas kematian Shah Suja dan menghentikan aktiviti lanun Mogh-Portugis. Mogh tinggalkan para isteri dan anak-anak Bengali mereka yang kini dikenali sebagai Baruas atau Rajbanshis, bererti anak-anak Moghs.

Permulaan Pengusiran Rohingya dari Arakan

1666: Lanun Mogh yang kalah kembali ke Arakan semula dan bermulalah episod anti Bengali, anti Rohingya dan rasa tidak puas hati di Arakan. Ramai Rohingyas meninggalkan Arakan agar terlepas daripada dibunuh.

1670, lanun Mogh dilaporkan telah terlibat dengan rusuhan anti Muslim.

1684: Raja Arakan, Sandathudamma mati.

1685 – 1783: Anarki di Arakan dengan 10 raja pada waktu itu.

1760: Cubaan Burma untuk menyerang Chittagong telah digagalkan oleh British dengan sokongan yang menggalakkan daripada orang Bengali di Chittagong.

1784 – 1824: Burma memerintah Arakan.

1799: Ahli sejarah British, Francis Buchanon Hamilton melawat Burma dan berjumpa beberapa orang Rohingya yang bercakap dalam bahasa yang dipanggil Roinga.

Migrasi Mogh-Rohingya ke Chittagong dan Bukit Chittagong dari Bangladesh

1784 – 1785: Raja Burma, Bodapawpaya menakluk Arakan yang membawa kepada migrasi besar-besaran Mogh dan Rohingya ke Chittagong. Rohingya melarikan diri mengikut jalan laut dan Mogh ke hutan.

Pendudukan British Di Burma
Mogh-Rohingya kembali ke Arakan semasa pemerintahan British

1824: Perang pertama Anglo-Burma dan British menawan Arakan dan Tenasserim. Sebilangan Rohingya kembali ke Arakan dan lain-lain menetap di Selatan Chittagong.

1824 – 1826: Burma menyerahkan jalur persisiran pantai Arakan, antara Chittagong dan Cape Negrais.

1852: Perang Anglo-Burma kedua dan penaklukan Pegu

1885: Perang Anglo-Burma ketiga dan penaklukan bahagian atas Burma

1917 – 1918: Kebangkitan pergerakan Pejuang Kebangsaan Burma dalam pembentukan Persatuan Buddha Lelaki Muda (Young man’s Buddhist Association (YMBA)).

1930: Rusuhan Burmese-Indian. Sami Utomo dari Arakan mengetuai rusuhan anti Indian di Rangoon dan Arakan. Mogh secara rasmi menukarkan nama mereka kepada Rakhine.

1935: Burma berpisah dari British India

1938: Rusuhan Buddhist-Muslim

Penjajahan Jepun Di Burma
Migrasi Rohingya ke Chittagong

1942: Penjajahan Jepun di Burma dan nasionalis ultra Burma melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap golongan minoriti seperti Haren, Shans, Chin dan Rohingya. Lebih 100,000 orang Rohingyas dibunuh. Gerakan penentangan bersenjata oleh Rohingya yang dipimpin oleh Jaffor Kawwal, Mohammed Abbas, dan Kassim. Kerajaan Burma memanggil Rohingya sebagai pemisah.

1945: British menakluk semula Burma dan Jepun diusir keluar. Sebilangan Rohingya kembali ke Arakan.

Demokrasi Parlimen

1948: Kemerdekaan Burma. Golongan minoriti yang tidak berpuas hati seperti Karen, Mon dan lain-lain, termasuk Rohingya memberontak.

1949: Pemberontakan Karen dan Mon. Rohingya menduduki sebahagian besar utara Arakan.

1950: Memorandum oleh orang ramai Maungdaw menuntut hak-hak asasi dan penghantaran balik tanpa syarat pelarian Rohingya yang meninggalkan Arakan pada tahun 1942 ke Chittagong.

1951: Rohingya menuntut penamatan segera pembunuhan beramai-ramai Rohingya di Arakan. Hartanah Rohingya dirampas dan nasionalis mula mengenepikan Rohingya dari kerja kerajaan.

1954: Memorandum rayuan oleh Rohingya untuk menuntut hak-hak asasi dan kebebasan.

1958: Jeneral Ne Win telah memulakan program penghapusan Rohingya. 20,000 Rohungya berlindung di Chittagong.

1958: Pemberontakan Shan dan Kachin

1959: Pemberontakan Kayah

U Nu, Perdana Menteri Pertama Burma

Migrasi Rohingya ke Chittagong

1959: Burma bersetuju dengan Gabenor Pakistan Timur Zakir Hossain untuk mengambil kembali pelarian Rohingya yang telah berlindung di Chittagong pada tahun 1958.

1960: Memorandum rayuan Rohingya kepada pengerusi perlembagaan Jawatankuasa Penyemak oleh Utara Arakan Awam melalui Encik Sultan Mahmud. U Nu membentuk Pentadbiran Sempadan Mayu dan diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat. Moghs memanggilnya sebagai dasar pecah dan perintah kerajaan pusat. Pusat penyiaran Rohingya dibenarkan.

Memorandum oleh Ahli Parlimen Rohingya yang menuntut negeri autonomi atau pemerintahan kerajaan secara langsung atau Rohingya menerima kesamaan perkhidmatan dalam pemberiaan perkhidmatan di negeri Arakan. Encik M.A. Subhan menjadi wakil kepada Perdana Menteri U Nu mendesak pembebasan tanpa syarat bagi tahanan di Pusat Penjara Akyab yang ditangkap di bawah Akta Kewarganegaraan, Akta Pindaan Kecemasan Pemberiaan Imigresen.

1961: Mujahid Rohingya menyerah kalah pada 4 Julai. Brigadier Aung Gi memanggil Rohingya sebagai komuniti aman. U Nu mengisytiharkan agama rasmi Burma ialah Buddha. Pembentukan pentadbiran tentera di kawasan Rohingya.

1962: UN membuka seminar persekutuan bagi mendengar masalah golongan minoriti.

Diktator, Jeneral Ne Win (Perdana Menteri ke-3 Burma)
Kerajaan ketenteraan Ne Win dan permulaan pembunuhan beramai-ramai Rohingya secara sistematik

1962: Jeneral Ne Win ambil alih kuasa pada 2 Mac dan membatalkan seminar persekutuan serta menangkap pemimpin-pemimpin golongan minoriti. Pengusiran dari Burma bermula. Kebanyakan berjalan kaki dan meninggal dunia dalam perjalanan ke India dan Pakistan. Tempat Rohingya di Arakan turut dimusnahkan.

1970: Kerajaan Burma bersetuju kawasan Rohingya ditabir oleh tentera bersama Arakanese Burmese dalam pentadbiran.

1972: Memorandum kepada Jeneral Ne Win oleh pemimpin Rohingya untuk menghentikan situasi Rohingya yang semakin tenat.

1973: Pembentukan Rohingya Patriotic Front

1974: Kerajaan menafikan hak Rohingya untuk mengundi. Demonstrasi Rohingya di seluruh Arakan membawa kepada penangkapan besar-besaran.

Program peraturan satu parti sosialis

1978: Penghijrahan Rohingya seramai 207,172 orang pelarian ke Bangladesh.
Selepas siasatan agensi antarabangsa terhadap dokumen yang dibawa oleh pelarian yang membuktikan mereka adalah warganegara Burma yang sah, kerajaan Burma bersetuju untuk menghantar balik pelarian ke Burma.

1981: Pemimpin Rohingya masih ada di Bangladesh, India dan negara asing yang lain.

1982: Kerajaan Tentera meluluskan Akta Kewarganegaraan yang menafikan kewarganegaraan Rohingya sebagai rakyat Burma. Dasar tentera adalah melakukan penyingkiran Rohingya dari jawatan awam, sekatan dipergiatkan ke atas pergerakan mereka dan merampas harta benda mereka.


Pemerintahan tentera

1991 – 1992: Laporan antarabangsa pelarian menyatakan:
“Rohingya menghadapi penindasan berterusan oleh kerajaan tentera di Burma, dan telah melarikan diri ke Bangladesh dalam jumlah yang besar. Kebanjiran pelarian terbesar berlaku pada tahun 1991 dan 1992, apabila lebih 250,000 Rohingya menyeberangi sempadan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelarian telah dihantar semula ke Myanmar. Lebih kurang 21,500 pelarian tinggal di dua kem di selatan Bangladesh. Pelarian bergantung sepenuhnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi-agensi bantuan makanan.

Dianggarkan 200,000 Rohingya tinggal secara haram di Bangladesh tanpa akses kepada perlindungan atau bantuan kemanusiaan. Pada 1992, beribu-ribu pelarian di selatan-barat Bangladesh. Dijangkakan dua kem itu akan ditutup pada Jun 2003. Pelarian yang baru tiba dari Burma disitu telah dinafikan akses kepada kem-kem ini sejak 1995 dan terdapat kira-kira 100,000 hingga 200,000 Rohingya tinggal di luar kem.”

2004: Laporan Antarabangsa Pelarian menyatakan Rohingya:
“… perlu kebenaran untuk kembara di luar kawasan kampung mereka, tanah mereka dirampas oleh kerajaan untuk digunakan oleh pendududk beragama Buddha, masjid mereka dimusnahkan oleh tentera dan mereka menjadi buruh paksa secara rutin.”
2005: Penangkapan ahli parlimen Rohingya dan diberi hukuman sepanjang hidup kerana membantu orang-orangnya.


Cadangan Pembunuhan Beramai-ramai Rohingya di dalam kesusasteraan Rakhine

2005: Pengarang bersama buku “Influx Viruse”, Aye Chan iaitu seorang pro ketenteraan kerajaan, Mogh/Rakhine, telah merendahkan martabat Rohingyas sebagai musuh berbahaya yang perlu dihapuskan dari muka bumi ini.

2006: Rusuhan anti-Muslim terjadi daripada khabar angin mengatakan beberapa lelaki Muslim telah merogol perempuan Burma telah disokong oleh beberapa orang Sami Buddha dan ditentang oleh pencinta keamanan Burma di Rangoon tetapi merebak ke Arakan menyebabkan ketegangan antara umat Islam dan penganut Buddha. Larangan berkahwin dengan Rohingya diperkenalkan sebagai satu pembunuhan beramai-ramai terhadap kemanusiaan.

Arakani National Council, sebuah organisasi Rakhine yang takut dengan ancaman orang luar (xenophobia) telah mengisytiharkan Rohingya sebagai orang Bangladesh dan di dalam agenda mereka telah mencadangkan kepada pemimpin demokrasi supaya mengecualikan Rohingya daripada apa jua perkongsian kuasa di Arakan pada masa depan.


Menurut Perlembagaan, kumpulan-kumpulan etnik yang tinggal dalam wilayah Burma sebelum 1823 adalah penduduk asal Burma dan layak menjadi rakyat Burma. Rohingya tidak termasuk dalam takrif ini dan dilabelkan sebagai orang asing di Burma. Burma mempunyai 135 etnik yang diiktiraf tetapi Rohingya tidak termasuk di kalangan kumpulan etnik tersebut.


2009: Peningkatan bilangan bot orang Rohingya di laut:
“Dengan kem-kem pelarian di Bangladesh yang telah lama berhenti menerima orang, kini Rohingya mencari jalan ke Thailand dan kemudian melakukan perjalanan di darat ke Malaysia, dan Indonesia. Tentera Thai telah dituduh merampas beratus-ratus pelarian, menunda mereka keluar ke laut dan “meninggalkan mereka mati” tanpa enjin dan hampir tiada apa-apa makanan atau air.”

2010: Kerajaan mengumumkan bahawa undang-undang pilihan raya yang telah lama ditunggu-tunggu diluluskan, dengan peruntukan sebuah suruhanjaya pilihan raya yang dipilih oleh junta.

Perdana Menteri Thein Sein
Ketenteraan Thein Sein disokong kerajaan awam dalam pembunuhan beramai-ramai Rohingya

2011: Thein Sein mengangkat sumpah sebagai presiden baru.

2012: Dakwaan rogol dan bunuh seorang wanita Rakhine Buddha berusia 27 tahun dan pembunuhan 10 jemaah Islam mencetuskan pergaduhan di antara Buddha dan Muslim di Arakan bermula pada 8 Jun. Provokasi terkemuka, Aye Chan dan Ko Ko Gui bekerjasama dengan pasukan keselamatan. Presiden Sein mengisytiharkan darurat kerana keganasan perkauman terjadi di antara Rohingya dan Rakhine.

“Menurut rejim, pada 21 Jun, 21 orang telah meninggal dunia dan 1662 buah rumah dan masjid telah musnah akibat pergolakan itu. Walau bagaimanapun, pelbagai organisasi menyatakan angka kematian mungkin lebih tinggi akibat serangan dan tindakan balas meningkat telah menjejaskan Rohingya Muslim dan Rakhine Buddha.”

Selama berdekad, dasar-dasar dan amalan diskriminasi pihak berkuasa telah mensasarkan Rohingya dengan permusuhan kaum dan agama antara kedua-dua komuniti di Arakan. Rohingya telah mengalami sekatan ke atas perkahwinan, kebebasan bergerak, dan amalan agama. Di samping itu, rejim telah rutin menjadikan Rohingya sebagai buruh paksa, diperas ugut, rampasan tanah, dan pelbagai lagi pencabulan hak asasi manusia. Bangladesh menolak kembali lebih daripada 2,000 Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Arakan.

Thein Sein telah memberitahu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa berjuta Rohingya di Rakhine (dulu dikenali sebagai Arakan) tidak dialu-alukan di Myanmar. Mereka perlu diletakkan di kem atau dihantar balik. Rohingya dikatakan etnik yang berbeza dengan majoriti Burma, dan beragama Islam. Thein Sein mencadangkan satu penyelesaian iaitu menyerahkan Rohingya kepada PBB sebagai pelarian atau penempatan semula Rohingya di negara ketiga yang sanggup menerima mereka. Laporan dari Rakhine (Arakan) mengesahkan pembersihan etnik Rohingya masih berterusan.

Bantahan di India

2013: Rusuhan antara Muslim dan Buddha di Meiktila, selatan Mandalay berlaku pada bulan Mac, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang mati. Pada Mei 2013, Presiden Thein Sein telah melawat Washington, Amerika. Presiden Obama memuji kemajuan politik dan ekonomi Myanmar, tetapi mengkritik keganasan terhadap Rohingya Islam. Rentetan dari perisitwa rusuhan di Meiktila, 6 orang Islam dipenjarakan dan tiada orang Buddha disabitkan kesalahan.

2014: Etnik Kachin memberontak di utara.

2015: Kerajaan menarik balik hak mengundi sementara dari Rohingya Muslim menjelang cadangan referendum perlembangaan, berikutan demonstrasi jalanan oleh pengikut Buddha. Pada Mac 2015, satu draf perjanjian gencatan senjata di antara kerajaan dan 16 kumpulan pemberontak ditandatangani. Pada Mei 2015, beribu-ribu Rohingya di atas kapal yang uzur dalam keadaan lapar dan tidak bermaya di lautan. Mereka mahu masuk ke Malaysia dan Indonesia, negara yang majoritinya Islam, melalui penyeludup. Rentetan itu menimbulkan ketegangan kepada negara-negara jiran Myanmar bagi menangani kebanjiran pelarian tersebut. Malah, pihak Myanmar menyalahkan negara-negara jiran kerana menolak pelarian daripada memasuki negara mereka. Myanmar juga menyatakan mereka tidak bersalah dan hal itu berlaku kerana masalah penyeludupan manusia sahaja.
Thailand akan menjadi tuan rumah bagi persidangan serantau bagi membincangkan isu itu pada hujung bulan Mei ini. Myanmar pula menyatakan tidak akan menghadirinya sekira disebut tentang Rohingya.

Kem Pelarian Rohingnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...