Thursday, 9 July 2015

Songkok Atau Tanjak?

Gambar Hiasan

".....Berbaju putih bersongkok merah....."

Itulah antara frasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu melalui manuskrip Syair Siti Zubaidah (Perang Cina) yang dianggarkan telah ditulis pada atau sebelum tahun 1840. Manuskrip ini telah disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia.

Songkok, perhiasan kepala yang sinonim dengan masyarakat melayu di nusantara terutama sekali di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia begitu berbangga dengan songkok sebagai budaya Melayu namun sebenarnya tanggapan itu adalah salah. Songkok ialah Peci yang dipopularkan oleh Soekarno presiden indonesia pertama. Pengaruhnya telah masuk ke Malaysia semasa Presiden Soekarno telah merancang penyatuan negara-negara Nusantara dibawah panji Indonesia. Konsep "Greater indonesia" atau Indonesia Raya, menjadi laungan Bung Soekarno. Ini juga untuk menjadikan Malaysia sebagai hak indonesia.

Soekarno, Presiden Pertama Indonesia

Tujuan asal Songkok ini dibuat ialah untuk konsep penyatuan semua etnik, bangsa di Indonesia bagi meggantikan Dekstar, ikat kepala atau penutup kepala yang mewakili setiap etnik dan bangsa di seluruh Indonesia. Ini penting kerana selepas menggabungkan Jawa, Sulawesi, Kalimantan dan sumatera di Indonesia meyebabkan mempunyai terlampau banyak bangsa dan etnik yang amat memegang teguh pada adat budaya kaum, etnik atau bangsa sendiri. Maka Songkok atau Peci dicipta untuk mewakili dan mengadili semua pihak.

Tanjak atau Tengkolok ialah simbol sebenar orang Melayu dan bukanya songkok. Hingga hari ni ramai yang tidak tahu perkara sebenar mengenai Songkok atau Peci. Belum ada lagi dalam sejarah Melayu sebelum datangnya British menggunakan Songkok sebagai simbol Melayu atau Islam. Kekuatan pengaruh Soekarno untuk menyatukan semua bangsa dan etnik di negara Indonesia dengan Konsep "Greater indonesia" atau Indonesia Raya telah sampai ke Malaysia hingga menyebabkan Orang Melayu sekarang lebih sukakan Songkok dari Tanjak atau Tengkolok. Pengaruh Ini juga terjadi apabila penghijrahan rakyat Indonesia ke Malaysia sebelum kemerdekaan Malaysia.

Tuesday, 30 June 2015

Rohingnya : Keranda Terapung?


Pada hari ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menamakan kejadian bot-bot orang Rohingya di lautan dan tidak boleh mendarat di persisiran pantai dengan nama “keranda terapung”. PBB meningkatkan amaran menentang kejadian “keranda terapung” yang sedang berlaku pada ketika ini dengan menggesa pemimpin-pemimpin serantau mengutamakan nyawa manusia terlebih dahulu. Amerika Syarikat pula telah menggesa kerajaan-kerajaan terlibat supaya tidak menolak kedatangan bot yang baru tiba di perairan negara masing-masing. Apakah yang menjadi punca asal kejadian “keranda terapung” ini berlaku?

Pelarian Rohingya

Rohingya adalah bumiputra Myanmar yang sedang ditindas, dirompak, dirogol, disiksa dan dibunuh beramai-ramai oleh rejim Myanmar, sami-sami dan orang-orang Buddha di Myanmar semata-mata kerana orang Rohingya beragama Islam. Penghapusan etnik Rohingya adalah tajaan rejim Myanmar dan dipromosi oleh sami-sami Buddha dan dilaksanakan oleh orang-orang Buddha di Myanmar. Penindasan yang tidak berperi kemanusiaan ini menyebabkan 1 juta orang Rohingya menjadi pelarian di negara asing dan 800,000 orang Rohingya dalam Myanmar menjadi mangsa penindasan, rompakan dan pembunuhan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya oleh rejim Myanmmar, sami-sami dan orang-orang Buddha.


Sejarah Rohingya

Orang Rohingya adalah orang-orang berketurunan orang Islam (Muslim) yang berhijrah ke bahagian utara Arakan dalam abad ke-8 dan mereka ini adalah kacukan Bengali, Farsi, Moghul, Turki, dan Pathan. Kehadiran orang Rohingya di Arakan adalah jelas pada abad ke-12. Orang Rohingya adalah rakyat kerajaan Mrauk-U (Mrohaung) di Arakan yang bernaung di bawah Sultan Jalaluddin Muhammad Shah dari Kesultanan Islam Bengal.

Sultan Jalaluddin Muhammad Shah dan tenteranya telah membantu Meng Soamun Narmeikhla, raja Arakan dengan membebaskan Arakan dari penjajahan kerajaan Burma dalam tahun 1430 dan sebagai balasannya Arakan berada di bawah naungan kerajaan Islam Bengal. Orang-orang Benggali yang pergi ke Arakan bersama Raja Narmeikhla telah membuat pertempatan di Arakan. Raja-raja Arakan telah menggunakan gelaran-gelaran Islam dan wang Islam Benggali dan rakyat Islam dijadikan pegawai-pegawai dalam pentadbiran kerajaan, penulis-penulis dalam istana dan tenaga kerja di Arakan.

Pada tahun 1785, Arakan telah diserang dan ditakluk oleh kerajaan Buddha Burma. Akibatnya, orang-orang Buddha telah membunuh orang-orang Islam Rohingya yang mereka temui dan lebih kurang 35,000 orang Arakan telah berjaya melarikan diri ke Bengal yang telah menjadi jajahan British. Pada tahun 1826, pihak British berjaya menakluk Arakan dan mereka menggalakkan petani-petani Rohingya dan Benggali berpindah ke Arakan sebab Arakan mempunyai sangat sedikit penduduk yang disebabkan oleh penjajahan kerajaan Buddha Burma.

Rohingnya : Kronologi Sejarah Kekejaman Dan Penindasan


Asal Rohingya dalam kerajaan purba Arakan: Arab-Chandra

Bangsawan India Chandra memanggil bangsa purba berkulit gelap Arakan sebagai Rakkhasas.

788: Semasa pemerintahan raja Arakani India Chandra iaitu Raja Sing Mahat Daya telah mencatatkan beberapa buah kapal Arab pecah di Pulau Ramree. Mangsa yang selamat telah dihantar ke Arakan dan terus menetap di perkampungan-perkampungan di situ. Tercatat juga penempatan Arab yang serupa di bahagian selatan Chittagong.

785 – 957: Pedagang Arab mula menetap di Arakan dan Chittagong iaitu Bangladesh pada hari ini. Percampuran dengan populasi tempatan telah membentuk golongan pertama Chandra-Rohingyas di Arakan. Bahasa mereka dipengaruhi Sanskrit, Pali, Bahasa Arab, Krasnovodsk, Portugis yang akhirnya membentuk dialek Chandra-Rohingya yang serupa dengan dialek Chittagonian dengan sedikit perbezaan. Mereka adalah rakyat kerajaan purba Chandra.


957 – 1430: Kedaulatan Mongoloid Mogh di Arakan: Kebangkitan Rakhine Moghs
Penaklukan Mongoloid dan permulaan “Kula” (Chandra) berhijrah beramai-ramai ke Utara Arakan dan Chittagong. Permulaan Rakhine di Selatan dan Rohingya di Utara.

957: Pencerobohan Mongolia (Burma) dan kejatuhan Chandras dan permulaan dinasti Tabaung Mongoloid dan permulaan “Kula” (Chandra Indians, Rohingya purba) berhijrah beramai-ramai ke timur India (Chittagong). Rohingya adalah Muslim dan Rakhine adalah pengikut agama Buddha.

1044 – 1077: Permulaan penempatan Mongoloid Burma di Arakan dan dikenali sebagai Moghs. Agama bertukar dari Mohayana kepada Theraveda Buddhism. Rohingyas meninggalkan Arakan dan pergi ke Chittagong.

1406: Raja Burma, Raja Min Khaung Yaza telah menyerang Arakan. Raja Arakan, Noromi-kala bersama pengikut-pengikutnya telah meminta perlindungan dari Sultan Gaisuddin Azam Shah, raja Bengal. Noromi-kala dilantik menjadi pegawai tentera.

Tuesday, 9 June 2015

Nabi Luth & Kaum Sodom


(Demikian juga) kaum Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan) oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Luth, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam – Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Luth telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu
(Surah Al-Qamar: 33 -36)

Nabi Luth a.s. hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s. Baginda telah dihantar sebagai rasul bagi satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, kaum nabi Luth a.s. membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan, iaitu homoseksual dan mengamalkan perbuatan meliwat. Apabila Luth mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut juga amaran dari Allah SWT, mereka telah menolak seruan itu, menafikan kerasulannya sambil meneruskaan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya masyarakat itu telah dimusnahkan melalui satu malapetaka yang dahsyat.

Bandar tempat tinggal Nabi Lut a.s. disebut oleh Perjanjian Lama sebagai Bandar Sodom. Bandar ini terletak di bahagian utara Laut Merah dan dipercayai telah dimusnahkan seperti yang tersebut di dalam Al-Quran. Kajian-kajian arkeologi mendapati bahawa Bandar ini terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Israel-Jordan.

Vaksin: Suntikan Tanpa Was-Was – KKM & JAKIM



1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa.

2. Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan. Kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi. Imunisasi juga telah berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.

 
3. Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia. Ia mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti. Vaksin juga mengandungi komponen lain seperti bahan pengawet (preservatives dan additives) serta adjuvant. Setiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan kualiti, keberkesanan vaksin serta keselamatannya.

MERS-CoV Menyerang Republik Korea


Pada 20 Mei 2015, Republik Korea telah mengesan kes yang disahkan dijangkiti MERS-CoV. Kes tersebut mempunyai sejarah perjalanan ke beberapa buah negara di rantau Timur Tengah sebelum jatuh sakit. Penularan jangkitan melibatkan kontak kes terbabit seterusnya dikesan telah berlaku. Sehingga 2 Jun 2015, sejumlah 25 kes yang disahkan dijangkiti Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) telah dilaporkan oleh Republik Korea termasuk 2 kematian.

Susulan perkembangan tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pelbagai aktiviti kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi potensi penularan jangkitan tersebut di Malaysia telah terus diperkukuhkan di pelbagai peringkat yang terlibat termasuk di Pintu Masuk Antarabangsa Negara. Selain aktiviti saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa Negara, edaran kad amaran kesihatan turut dijalankan khususnya kepada para pelawat yang tiba dari rantau Timur Tengah.


Sebarang kes yang disyaki atau Patient Under Investigation (PUI) for MERS-CoV yang dikesan sama ada semasa saringan di Pintu Masuk Antarabangsa Negara, hospital atau klinik akan dirujuk untuk menerima pemeriksaaan dan rawatan lanjut di hospital yang dikenalpasti. Bermula dari November 2013 sehingga penghujung bulan Mei 2015, pihak KKM telah menerima sejumlah hampir 800 notifikasi di mana kebanyakannya daripada kalangan jemaah haji dan umrah dari seluruh negara yang dikategorikan sebagai kes PUI MERS-CoV. Selain daripada satu (1) kes positif yang dikesan pada bulan April 2014, kesemua kes yang lain disahkan sebagai bebas dari jangkitan MERS-CoV melalui ujian makmal yang telah dijalankan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...