Friday, 21 February 2014
Melayu Hebat Dilautan
Penulis-penulis Eropah seperti Tome Pires yang terkenal dengan karyanya Suma Oriental, Godinho de Eredia dan Duarte Barbosa pernah menulis bahawa kapal-kapal milik bangsa Melayu yang berlayar dan berlabuh di pelabuhan Melaka adalah bersaiz besar. Dicatatkan juga dalam buku Sulalatus Salatin, kapal milik Sultan Mahmud Syah iaitu Sultan Melaka yang berlayar menuju ke Majapahit atas lawatan rasmi pada abad ke 15 merupakan kapal yang bersaiz besar. Nama kapal tersebut adalah 'Mendam Berahi'. Kapal Mendam Berahi dikatakan jauh lebih besar dan hebat berbanding kapal Portugis Flor de la Mar. Tetapi, mengapakah di Melaka, terdapat tugu kapal penjajah diletakkan ? Mengapa tidak diletakkan tugu atau replika kapal Mendam Berahi milik bangsa Melayu yang jauh lebih hebat ?
Orang-orang Eropah sendiri pun kagum dengan teknologi pembuatan kapal orang Melayu. Mereka juga kagum bagaimana orang Melayu mengemudi kapal-kapalnya di laut sehingga mereka mencatatkan dalam buku-buku mereka lalu menjadi rujukan sejarah pada zaman kemudian. Tetapi, sebaliknya berlaku, kita lebih banyak mengagungkan penjajah walhal mereka telah menjajah dan menjarah hasil bumi negeri ini beratus tahun lamanya. Pelik Bin Ajaib.
Monday, 3 February 2014
Rahsia Garam
Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .
Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Hang Nadim Bin Hang Jebat
Nama asal beliau ialah Nadim Bin Jebat di lahir kan pada tahun 1436M di Pulau Besar Melaka. Bapa nya ialah Hang Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapa nya dibunuh, ibu nya melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu Pulau Besar. Penduduk Pulau itu banyak yang berketurunan Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun 1420M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai, Kelantan/Cermin dan Jeddah datang. Pada tahun 1495M rombongan Ulama Pasai yang di ketuai Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46 orang, iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki, kebanyakan nya adalah Ulama.
Setelah lahir Hang Nadim, beliau di serahkan kepada Hang Tuah untuk di didik. Anak yatim ini di didik olih Hang Tuah seperti anak nya sendiri. Hang Tuah juga ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna. Ketiga mereka ini di didik dengan ilmu ugama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih dan Pulau Besar. Mereka di hantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid Thanauddin wafat pada tahun 1510M dan makam nya ada di Pulau Besar. Setelah dewasa Hang Nadim di kawinkan dengan Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana Melaka. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana di serah kan kepada Laksamana Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi Laksamana jawatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.
Makhluk Sebelum Nabi Allah Adam A.S
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman
kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami senantiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya
Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah:30)
Jika anda antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, anda juga adalah salah seorang diantara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah Adam as. Kemungkinan ramai tidak sedar akan hakikat itu.
Ahli keilmuan arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang ini kita berada di tahun 2013, ini bermakna tamadun Mesopotamia berusia sekitar 6013 tahun yang lalu.
4000BC + 2013AD= 6013 tahun.
Dikatakan Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan adalah agama Hindu Kuno telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu Kuno terawal dibentuk, sehingga kini pun tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu Kuno ini.