Haikal Sulaiman dipercayai telah didirikan pada tahun 960 SM oleh Nabi Sulaiman a.s. Pada 370 tahun kemudian bangsa Babylon menaluk Jerusalem dan menghancurkan kuil tersebut. Setelah itu, tentera Parsi yang dipimpin Cyrus telah menaluki Jerusalem dari tangan Babylon dan membangunkan semula Haikal Sulaiman. Tetapi pada tahun 70 M, pasukan Romawi telah menyerang Jerusalem dan menghancurkan kembali Haikal Sulaiman serta meratakannya separas tanah.
Kurun demi kurun berlalu, namun cita-cita kaum Zionis-Yahudi untuk membangunkan kembali Haikal Sulaiman terus membara. Kerana bagi mereka Haikal Sulaiman yang termaktub dalam Torrah (kitab Taurat) itu adalah pusat dunia dan di situ jugalah bakal bersemayamnya Messiah bagi orang Yahudi. Oleh kerana itu, mereka memerlukan persedian untuk menyambut Messiah.
Rancangan telah lama disusun, ketika gerakan Zionisme Antarabangsa memulakan kongres pertama di Bassel, Swiss, pada tahun 1897, seorang rabbi utama Yahudi, Theodore Hertzl telah menyeru agar semua bangsa Yahudi dari seluruh pelusok dunia kembali semula ke Tanah Suci Palestin (Israel kini) yang disebutnya dalam Taurat sebagai The Holy Land.