Wednesday 5 October 2011

Sejarah ANDROID


ANDROID,nama yang tidak asing bagi kita ketika ini terutama bagi pengguna smartphone dan PC tablet. Namun,tahukah anda akan asal usul nama yang menjadi perhatian dunia ini? Si hijau ini datang dari perkataan Yunani, 'Andr' yang membawa maksud lelaki. Android Inc. sebuah perniagaan kecil berasaskan IT pada awalnya ditubuhkan di Palo Alto,California oleh Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears dan Chris White. Android Inc. berperanan untuk membangunkan sistem untuk kegunaan peranti mobil yang akhirnya menarik minat pihak Google. Pada bulan ogos 2005, Android Inc. telah dikuasai oleh gergasi Google yang dikatakan bernilai lebih USD 50 juta pada ketika itu. Maka bermulalah perjalanan sebuah sistem yang bakal menggegarkan dunia. Android mula dijana menggunakan sistem operasi Linux untuk dipadankan dalam peranti telefon bimbit.




Pada 5 November 2007, terbentuklah sebuah konsortium yang diberi nama Open Handset Alliance. Ia merupakan gabungan beberapa buah syarikat gergasi telekomunikasi termasuklah Google, Broadcom Corporation, HTC, Intel, LG, Motorola, Nvidia, Samsung Electronics, T-Mobile, Texas Instrument dan Marvell.Gabungan ini bersepakat untuk mengembangkan sebuah perisian terbuka untuk semua selular. Pada 12 November tahun yang sama, produk pertama mereka iaitu Android SDK yang dijana menggunakan perisian Linux Kernal 2.6 telah berjaya dikeluarkan.


Evolusi terus berkembang dan pada 23 September 2008, telefon bimbit pertama yang dijana oleh Android 1.0 telah berjaya dikeluarkan iaitu HTC Dream (G1) diikuti pula pada 9 Februari 2009, Android 1.1 menjana telefon bimbit T-Mobile G1. Berikutan itu, 14 buah syarikat gergasi lain turut serta dalam konsortium OHA untuk tidak kelihatan ketinggalan dari segi terknologi. Syarikat-syarikat tersebut termasuklah Garmin Ltd., Sony Ericson, Toshiba Corp., Vodafone Group, ARM Holding, Asustek Computer Inc, Softbank, Atheros Communication dan PacketVideo.


Berikut ialah infografik unik sejarah Android yang cukup unik kerana evolusinya menggunakan nama menu makanan kegemaran ramai dan kelihatan santai :

The-Andriod-Story

Infographic by Android Developers at [x]cubelabs

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...