Pernah dengar tak nama Timujin? Pasti ramai yang tengah cuba nak cari dalam google,sapa la lelaki nama Timujin ni kan. Itulah nama asal Genghis Khan dan bala tenteranya yang cukup terkenal dengan kehebatan menjajah sesebuah negara dengan penuh keganasan dan meletakkan kerajaan Mongul antara 10 kerajaan yang paling berkuasa dalam sejarah.
Semasa berusia 27 tahun, Timujin telah menubuhkan puaknya sendiri dan dilantik menjadi ketua. Timujin telah menubuhkan tentera yang berdisiplin dan kuat. Dalam masa belasan tahun, tentera Timujin telah berjaya mengalahkan semua puak lain dan menjadi pemimpin yang paling berkuasa di padang rumput Mongolia. Pada tahun 1206, Timujin menubuhkan Negara Mongolia. Beliau naik takhta sebagai maharaja negara itu yang memakai gelaran Genghis Khan.
Setelah menyatukan pelbagai puak di padang rumput Mongolia, wilayah Negara Mongolia menjadi sangat luas. Di sebelah timur, negara itu bersempadan dengan Pergunungan Xingan di bahagian utara China manakala wilayahnya di sebelah barat meluas hingga ke Pergunungan Altai di Asia Tengah. Sempadan negaranya di sebelah selatan ialah Gunung Yin iaitu bahagian tengah Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China pada masa sekarang, manakala wilayah di sebelah utaranya telah sampai ke Tasik Baikal di Siberia timur iaitu wilayah Rusia pada masa ini.
Genghis Khan telah menubuhkan sistem pemerintahan berpusat dan mencipta perkataan Mongol. Perkataan itu disempurnakan secara berterusan dan digunakan sehingga sekarang. Genghis Khan juga telah menguatkuasakan undang-undang negara, melaksanakan dasar yang keras untuk memerintah negara dan ketika memimpin pasukan tentera. Dengan tindakan sedemikian, negaranya berkembang secara pesat.
Pada tahun 1219, Genghis Khan yang gagah perkasa telah mengarahkan ekspedisi ke bahagian barat bagi meluaskan empayarnya dan merampas lebih banyak harta. Tentera Mongolia telah mengalahkan banyak negara di Asia dan Eropah. Pada tahun 1227, Genghis Khan meninggal dunia sewaktu dalam peperangan. Pada tahun 1279, cucunya Kublai Khan telah mengalahkan kerajaan Dinasti Song dan menubuhkan kerajaan Dinasti Yuan China. Ini menjadikan China buat pertama kalinya diperintah oleh etnik minoriti selain etnik Han dalam sejarah feudal China.
Kekalahan Tentera Mongul Dengan Tentera Islam Pada bulan Ramadhan
Genghis Khan wafat pada tahun 624 Hijrah. Namun peperangan antara umat Islam melawan bangsa Mongol dan Tartar tetap berlanjutan. Sehinggalah tampuk pemerintahan kerajaan Mongol diserahkan ke tangan cucu Genghis Khan, iaitu Hulago. Hulago yang memang terlalu benci dengan Islam telah berniat untuk memeranginya. Ia telah menyiapkan sebuah pasukan tentera berjumlah 200 ribu orang untuk menyerang Baghdad.
Mereka menduduki Baghdad dengan mudah pada akhir bulan Muharram tahun 656 Hijrah. Pada ketika itu, tentera Islam berjumlah kurang dari 10 ribu orang. Dengan jumlah sedikit itu menjadikan pasukan Islam mudah ditewaskan. Ditambah lagi pengkhianatan dari para pejabat khalifah, sehingga pasukan Mongol mudah menguasai Baghdad. Di kota Baghdad Hulago menumpahkan kebenciannya pada Islam, ia memerintahkan untuk membunuh seluruh penduduk Baghdad.
Tak terkecuali khalifah yang berkuasa saat itu Al Mu’tashim Billah, yang merupakan khalifah terakhir Dinasti Abbasiyyah. Beberapa sejarawan berbeza pendapat tentang jumlah umat Islam yang terbunuh di Baghdad. Sebahagian mengatakan 800 ribu orang dan ada yang mengatakan 2 juta orang terbunuh di Baghdad. Ini kerana pedang-pedang perajurit Hulago tidak berhenti-henti selama 40 hari menebas leher orang-orang Islam, hingga diibaratkan saat itu Baghdad banjir darah. Disamping itu juga, banyak buku karangan sarjana Islam yang dibuang ke dalam sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi,angkatan tentera Islam telah bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Kerajaan Mamlum, Mesir telah mara ke Palestin setelah Mongul menguasainya. Kedua-dua pihak telah bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu,tentera Islam telah meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan untuk menyerang baghdad. Kitbuqa dihukum bunuh dan kemenangan itu adalah sangat luar biasa apabila Mongul yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
Kesimpulannya,kedatangan Ramadhan akan menguatkan lagi semangat untuk beribadah dan cintakan agama sehingga berjaya mengatasi segala halangan dan rintangan yang tiba. Selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat.
Xfhm aq..kate timujin ni islam..npe plk anak dia serang islam..lps 2 katenye tentera mongol ni baek tp laen plk critanye..
ReplyDeletePerlu diketahu Temujin memeluk agama Syiah..bkn Islam Sunni..ni lah salah satu sebab knp islam sunni di Iraq dibunuh sehabisnya & Hulagu Khan mmg sgt2 bnci trhadap Islam sunni..
ReplyDelete