Wednesday, 3 August 2011

Virus Koobface Menyerang Facebook

Tengok je gambo atas ni,dah cukup gerun. Inilah virus terkini yang sedang hangat menyerang laman sosial terkenal iaitu facebook. Sebelum ini,virus Koobface ini telahpun menyerang laman sosial Myspace, Twitter, Hi5, Friendster, Badoo dan lain-lain lagi. Virus dalam kategori 'worm' ini mula dikesan pada Disember 2008 dan terus berhibernasi sehingga kini bukan sahaja menyerang pengguna sistem operasi 'windows' namun ianya juga mampu menyerang sistem operasi Linux dan Mac OS X.

Antara jenis virus koobface mengikut laman sosial yang dijangkiti :
1 - Net-Worm.Win32.Koobface.a ( menyerang Myspace )
2 - Net-Worm.Win32.Koobface.b ( menyerang Facebook )
3 - WORM_KOOBFACE.DC ( menyerang Twitter )
4 - W32/Koobfa-Gen ( menyerang Hi5 , Friendster ,Bebo , Tagged , Badoo dll )


Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan & Kejatuhan Kerajaan Mongul


Pernah dengar tak nama Timujin? Pasti ramai yang tengah cuba nak cari dalam google,sapa la lelaki nama Timujin ni kan. Itulah nama asal Genghis Khan dan bala tenteranya yang cukup terkenal dengan kehebatan menjajah sesebuah negara dengan penuh keganasan dan meletakkan kerajaan Mongul antara 10 kerajaan yang paling berkuasa dalam sejarah.

Semasa berusia 27 tahun, Timujin telah menubuhkan puaknya sendiri dan dilantik menjadi ketua. Timujin telah menubuhkan tentera yang berdisiplin dan kuat. Dalam masa belasan tahun, tentera Timujin telah berjaya mengalahkan semua puak lain dan menjadi pemimpin yang paling berkuasa di padang rumput Mongolia. Pada tahun 1206, Timujin menubuhkan Negara Mongolia. Beliau naik takhta sebagai maharaja negara itu yang memakai gelaran Genghis Khan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...