Thursday, 9 July 2015

Songkok Atau Tanjak?

Gambar Hiasan

".....Berbaju putih bersongkok merah....."

Itulah antara frasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu melalui manuskrip Syair Siti Zubaidah (Perang Cina) yang dianggarkan telah ditulis pada atau sebelum tahun 1840. Manuskrip ini telah disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia.

Songkok, perhiasan kepala yang sinonim dengan masyarakat melayu di nusantara terutama sekali di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia begitu berbangga dengan songkok sebagai budaya Melayu namun sebenarnya tanggapan itu adalah salah. Songkok ialah Peci yang dipopularkan oleh Soekarno presiden indonesia pertama. Pengaruhnya telah masuk ke Malaysia semasa Presiden Soekarno telah merancang penyatuan negara-negara Nusantara dibawah panji Indonesia. Konsep "Greater indonesia" atau Indonesia Raya, menjadi laungan Bung Soekarno. Ini juga untuk menjadikan Malaysia sebagai hak indonesia.

Soekarno, Presiden Pertama Indonesia

Tujuan asal Songkok ini dibuat ialah untuk konsep penyatuan semua etnik, bangsa di Indonesia bagi meggantikan Dekstar, ikat kepala atau penutup kepala yang mewakili setiap etnik dan bangsa di seluruh Indonesia. Ini penting kerana selepas menggabungkan Jawa, Sulawesi, Kalimantan dan sumatera di Indonesia meyebabkan mempunyai terlampau banyak bangsa dan etnik yang amat memegang teguh pada adat budaya kaum, etnik atau bangsa sendiri. Maka Songkok atau Peci dicipta untuk mewakili dan mengadili semua pihak.

Tanjak atau Tengkolok ialah simbol sebenar orang Melayu dan bukanya songkok. Hingga hari ni ramai yang tidak tahu perkara sebenar mengenai Songkok atau Peci. Belum ada lagi dalam sejarah Melayu sebelum datangnya British menggunakan Songkok sebagai simbol Melayu atau Islam. Kekuatan pengaruh Soekarno untuk menyatukan semua bangsa dan etnik di negara Indonesia dengan Konsep "Greater indonesia" atau Indonesia Raya telah sampai ke Malaysia hingga menyebabkan Orang Melayu sekarang lebih sukakan Songkok dari Tanjak atau Tengkolok. Pengaruh Ini juga terjadi apabila penghijrahan rakyat Indonesia ke Malaysia sebelum kemerdekaan Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...