Tuesday 16 February 2016

Freemason (Part 3) - Apa Itu Freemason?

Untuk memahami permasalahan sebenar dunia hari ini sejak zaman Rasulullah SAW wafat adalah dengan meneliti satu pertubuhan rahsia Yahudi yang amat berpengaruh iaitu Freemason. Jika dikaji maklumat-maklumat berkaitan Freemason dan upacara-upacara mistiknya, kita akan faham bagaimana orang-orang yahudi di dunia ini bekerja dan menjatuhkan umat Islam. Perencanaan menjatuhkan umat Islam dilakukan secara amat terancang dan memakan masa yang sangat lama,lebih seribu tahun. Yahudi amat komited dalam hal ini kerana pendeta-pendeta mereka sudah dapat meramal akan kebangkitan Islam di akhir zaman kelak.

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sekitar 5 juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu DAJJAL (Supreme Being).

Pakaian ahli Freemason sewaktu perjumpaan atau ritual
Di dalam memahami pergerakan kumpulan freemason ini, beberapa istilah berkaitannya perlu diketahui. Istilah-istilah ini adalah sebagaimana istilah-istilah yang terkandung di dalam kitab freemason.
  • Freemason - nama pertubuhan
  • Mason - Anggota freemason
  • Grand Master - Mahaguru
  • Lodge - Loji, tempat khas ahli untuk berjumpa dan berbincang
  • Grand Lodge - Ibu pejabat utama
  • Freemason Hall - Dewan di Lodge atau Grand Lodge untuk tujuan perjumpaan dan ritual
  • Degree - Darjah kebesaran, pangkat dan status ahli
Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene. Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.

Hiram Abiff


Di dalam kitab Perjanjian Lama, Hiram Abiff (The Widow's son) dikenali sebagai ketua jurubina untuk Haikal Sulaiman atau dikenali sebagai King Solomon's Temple. Beliau telah dibunuh dengan kejam di dalam Haikal Sulaiman oleh pihak yang mahukan rahsia sulit Haikal Sulaiman tersebut. Atas peristiwa pembunuhan tersebut, ia dijadikan sebagai salah satu ritual dikenali sebagai The Legend Of 3rd Degree untuk mereka yang dinaikkan ke taraf Master Mason iaitu antara anugerah terawal bagi pengikut freemason.

Gambaran Ritual 3rd Degree
Freemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's Templar). Mengikut legenda, pada abad ke-11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman (berpandukan sesetengah pendapat; terletaknya di sebuah bilik rahsia di bawah Masjidil Aqsa) semasa Perang Salib ke-3. Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria Templar dipenjarakan, ada yang dijatuh hukuman bunuh dan ada yang dibakar hidup-hidup kerana mengamalkan ilmu hitam yang disimpan di bawah bangunan Haikal Sulaiman tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada abad ke-17 di bawah nama Freemason. Tujuan penubuhan gerakan ini mulanya menjatuhkan raja-raja Eropah dan juga persediaan sebelum kemunculan Dajjal yang akan menjadi pemerintah dan raja mereka di masa Akhir Zaman.

Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry - Albert Pike
Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris.

Versi yang lebih tua dari sejarah Freemason adalah kisah yang menyebutkan pembentukan Freemasonry pada zaman Raja Israel, Herod Agrippa I yang meninggal dunia pada tahun 44 Masihi. Freemason pada zaman ini dibentuk untuk membendung ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Konon waktu itu namanya The Secret Power atau kekuatan yang tersembunyi. Tujuan utamanya adalah memusuhi pengikut Nabi Isa, menculik mereka, membunuh, melarang penyebaran agama baru tersebut, termasuk membunuh bayi-bayi Kristian. Tapi, berkenaan dengan segala kesadisan yang dilakukan Herod ini, para sejarawan dunia, meyakini bahawa hal tersebut hanyalah mitos belaka dalam tradisi agama Kristian. Herod Agripa I menjalankan segala misi The Secret Power ini dibantu dua pengikut setianya, Heram Abioud sebagai Naib Presiden gerakan dan Moab Leumi sebagai pemegang rahsia utama gerakan ini.

Piramid kuasa dan kedudukan ahli Freemason
Tapi beberapa ahli Freemason juga mempercayai dan menarik sejauh mungkin sejarah mereka ke masa lalu, bahkan hingga ke zaman Firaun. Itu pula yang menjadi salah satu penjelasan mengapa mereka kerap kali menggunakan simbol-simbol Mesir Kuno dalam tradisi dan aktiviti ritual mereka, seperti penggunaan Mata Horus atau The All Seeing Eye, Piramid, Matahari dan pelbagai simbol Mesir lainnya. Penggunaan ini bermula dari penggalian Haikal Sulaiman oleh para Templar dan penemuan doktrin dan ajaran Kabbalah yang terus-menerus mereka eksplorasi dan diajarkan dari mulut ke mulut. Penggalian ini begitu serius mereka lakukan sehingga kelak akan mempengaruhi cara pandang kaum Templar dan juga rancangan mereka dalam kehidupan dunia.

Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.

Grand Lodge Of England
Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717 dengan terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which all men agree… that is, to be Good Men and True). Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua Amerika.

Ahli freemason Malaysia termasuk yang berbangsa melayu
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...