Tuesday, 25 March 2014

Lela Rentaka - Senjata Hebat Melayu Nusantara


Lela merujuk kepada salah satu daripada jenis senjata api tradisional Melayu yang menggunakan ubat bedil. Reka bentuk Lela adalah jenis bedil mudah alih dan agak kecil. Pada kebiasaannya, Lela diperbuat daripada tembaga dan lebih panjang berbanding Rentaka dalam jenis meriam Melayu.Meriam/Lela digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya. Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara



Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.

Sungguhpun kebanyakan rentaka memiliki berat di bawah dua ratus paun, dan bayak yang hanya beberapa paun, rentaka terbesar memiliki berat melebihi seribu paun dengan sesetengah seberat melebihi satu tan. Banyak daripada meriam yang indah ini dipasang pada tenggekan. Rentaka yang kecil boleh dipasang pada mana-mana termasuk pada tiang layar. Meriam serdahana biasanya digunakan pada susuran tepi kapal yang diperkukuh dan dikenali sebagai meriam susuran ("rail guns"). Meriam tenggekan yang terberat dipasang pada pedati meriam bagi menjadikan ia lebih mudah alih


Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.


Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Kini rentaka boleh didapati dikebanyakan kepulauan di Pinggir Pasifik, tetapi ia biasanya didapati dikawasan Muslim di Indonesia dan Malaysia. Koleksi terbesar terdapat di Brunei, di mana ia kini diharamkan untuk dieksport. Malah di negara lain, permit eksport muzium biasanya diperlukan. Meriam ini amat digemari dan dicari oleh pengumpul, dengan sesetengahnya mencecah US$50,000 bagi satu meriam. Meriam biasa boleh dibeli di bawah US$1,000. Rentaka tiruan dan replika juga diketahui wujud

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...